Monday 31 October 2011

Universiti Unggu...



USM telah ditubuhkan sebagai universiti ke dua di Malaysia pada 1969 selepas UM dan pertama kali dikenali sebagai Universiti Pulau Pinang.




Portal USM berwarna unggu... kenapa???
Unggu : Warna rasmi USM

Desasiswa Bakti Permai (Warna rasmi desa-Unggu)
Ada 4 Blok :
H09 & H11 - Blok Lelaki
H12 - Blok Perempuan
H10 - Kafetaria dan Pentadbiran
Salah satu desasiswa yang terawal dibina di USM.
Kedudukan yang strategik, berhampiran dewan kuliah, pusat pengajian, bilik tutorial dan pilihan menu makanan yang best...


Konvokesyen... akan kelihatan warna unggu di mana-mana... Saat yang sangat menggembirakan buat para graduan.. pelbagai ragam dan fesyen.. happy.... airmata.. bunga.. hadiah... family.. 

Ibu bapa sangat bahagia melihat kejayaan anak-anak.. Ijazah ini untuk ibu bapa.. tanpa sokongan dan kasih sayang ibu bapa, anak-anak mungkin tidak dapat melalui kehidupan dan cabaran di kampus.. Terima kasih..jasa ibu bapa tidak akan terbalas.. jutaan terima kasih buat ma & abah serta family tersayang.. 


Saat yang istimewa dan kekal di ingatan.. melangkahkan kaki ke atas pentas dan menerima skrol.. Alhamdulillah..
Tahniah kepada yang telah berjaya menamatkan pengajian.. berhempas-pulas.. berhabis RM dan masa.. perjuangan untuk mendapatkan ilmu dan CGPA yang terbaik.. tiket untuk memulakan kerjaya dan perjalanan hidup yang masih jauh... ingat.. mula berbakti dan selamat berjuang.. Jadilah Insan yang cemerlang..


wahhh.. semuanya cantik dan kacak berjubah unggu... :)
TAHNIAH...


P/s : Kenangan terindah buat Purple Gifts... 
         warna-warna unggu yang pernah hadir dan serikan kehidupan sepanjang tempoh 
         bergelar pelajar.. 
         Terima Kasih USM... Universiti Ungguku... 

Sunday 30 October 2011

Hujan...



Doa Ketika Turun Hujan


Ketika melihat hujan telah turun, Nabi biasa membaca doa di bawah ini :

اَللَّهُمَّ صَيِّبًا نَافِعًا 
Allahumma shoyyiban naafi’an

“Ya Allah, jadikanlah hujan ini hujan yang membawa manfaat.” (H.R. Al-Bukhary)


Hujan adalah rahmat dariNYA.. Bersyukur atas nikmatNYA.
PurpleGifts suka melihat titisan hujan.. dari titisan hujan rintik hinggalah ke titisan yang lebih lebat..
Sungguh hebat ciptaanNYA.. Subhanallah.. سبحان الله   
  
Bagaimana hujan terjadi..
Masa belajar kat sekolah cikgu ada ajar dalam kelas Sains proses pembentukan hujan..
Hmmmm... sebenarnya dalam Al-Quran telah jelas tertulis proses pembentukan hujan..


اللَّهُ الَّذِي يُرْسِلُ الرِّيَاحَ فَتُثِيرُ سَحَابًا فَيَبْسُطُهُ فِي السَّمَاءِ كَيْفَ يَشَاءُ وَيَجْعَلُهُ كِسَفًا فَتَرَى الْوَدْقَ يَخْرُجُ مِنْ خِلَالِهِ فَإِذَا أَصَابَ بِهِ مَنْ يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ إِذَا هُمْ يَسْتَبْشِرُونَ                 
“Allah, Dialah yang mengirim angin lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang dikehendakiNya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal: lalu kamu lihat hujan keluar dari celah-celahnya. Maka apabila hujan itu turun menimpa hambaNya yang dikehendakiNya menjadikan mereka gembira". (Surah Ar-Rum: 48) 

أَلَمْ تَرَ أَنَّ اللَّهَ يُزْجِي سَحَابًا ثُمَّ يُؤَلِّفُ بَيْنَهُ ثُمَّ يَجْعَلُهُ رُكَامًا فَتَرَى الْوَدْقَ يَخْرُجُ مِنْ خِلَالِهِ وَيُنَزِّلُ مِنَ السَّمَاءِ مِنْ جِبَالٍ فِيهَا مِنْ بَرَدٍ فَيُصِيبُ بِهِ مَنْ يَشَاءُ وَيَصْرِفُهُ عَنْ مَنْ يَشَاءُ يَكَادُ سَنَا بَرْقِهِ يَذْهَبُ بِالْأَبْصَارِ 

“Tidakkah kamu melihat bahawa Allah mengarak awan, kemudian mengumpulkan antara (bagian-bagian)nya, kemudian menjadikannya bertindih-tindih, maka kelihatan olehmu hujan keluar dari celah-celahnya, dan Allah juga menurunkan (butiran) ais dari langit, dari gumpalan awan seperti gunung maka ditimpakanNya ais itu kepada siapa yang dikehendakiNya dan dipalingkanNya siapa yang dihendakiNya. Kilauan kilat itu hampir-hampir menghilangkan penglihatan". (Surah An-Nur: 43)


PurpleGifts berdoa agar kita sebagai khalifah di muka bumi ini sentiasa bersyukur dan mempelajari setiap kejadian alam ciptaanNYA..
Segala kejadian yang terjadi kepada manusia yang memberi manfaat  ataupun yang membawa bencana adalah bukti kebesaranNYA..
Sentiasa memohon keampunan dariNYA di atas segala kekhilafan agar kita berada di bawah lindunganNYA.
Insyaallah. 

P/s : Ilmu dan segala maklumat berkenaan misteri alam ada di dalam AL-Quran..
        So, bacalah dan fahamilah setiap patah perkataan di dalam AL-Quran..

SALAM PERKENALAN

 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
 
ASSALAMUALAIKUM  WA RAHMAT ALLAHI WA BARAKATUH
(PEACE AND MERCY AND BLESSING OF ALLAH BE UPON YOU)

Tidak pernah terlewat untuk kita memulakan setiap langkah
Permulaan adalah segala-galanya.. "Now or Never"..
Jika selama ini saya hanya menerima.. tibalah masa untuk memberi
Memberi tidak jadikan kita kurang atau rugi kecuali menambah keuntungan
Memberi adalah lebih baik daripada menerima..

Semoga apa jua "post" yang akan dikongsikan akan memberi manfaat bersama
Saya ingin bercerita dan berkongsi pengalaman kehidupan
"Sharing is caring.... Caring is Loving..." :) 
Mohon dihalalkan saya "copy & paste" artikel dan info saudara saudari
Saya muatkan di sini untuk rujukan dan berkongsi ilmu

Tegurlah saya jika perlu ditegur.. "Nobody's Perfect"..
Saya hanyalah insan biasa yang tercari-cari ruang dan peluang untuk belajar
Sekolah hidup saya masih ada banyak ujian dan peperiksaan yang akan diduduki
Insyaallah saya akan manfaatkan ilmu yang dikongsi untuk muhasabah diri
Terima Kasih di atas segala perkongsian ilmu di dunia maya ini
SELAMAT BERKENALAN...



P/s :Teringat pesanan seorang sahabat :
"APABILA KITA MATI PUTUSLAH SEGALA AMALAN KECUALI 3 PERKARA:
- SEDEKAH JARIAH
-ILMU YANG BERMANFAAT KEPADA ORANG LAIN
-DOA ANAK YANG SOLEH..."
Bagi yang masih bujang atau masih belum dikurniakan rezeki untuk mendapat anak.. tiadalah doa anak yang soleh sebagai bekalan.. oleh itu, selagi masih bernyawa.. usahalah dengan memperbanyakkan sedekah dan cubalah memberi ilmu kepada orang lain.. Insyaallah...
~Sebarkanlah ilmu walau sebaris ayat... 
Ilmu, walaupun hanya sebaris ayat, kongsilah dengan seramai mungkin...~