Tuesday 15 November 2011

HAK-HAK ANDA SEBAGAI PEKERJA

Panduan ringkas ini hanya berupa maklumat atau info asas kepada para individu/organisasi yang ingin mendapatkan serba sedikit maklumat berkenaan hak-hak dan keistimewaan sebagai pekerja. Segala maklumat diperoleh dari sumber rujukkan yang dipercayai dan sahih iaitu MTUC ( Malaysian Trade Union Congress ), NAMM ( Networks of Action for Migrants in Malaysia ), Lawyerment ( Malaysia Online Legal Resources ) dan buku-buku mengenai akta-akta pekerja seperti Employment Act 1955, Industrial Relation Act 1967 dan Trade Union Act 1959.

Hak pekerja

Pada hari ini, dengan kesedaran dikalangan rakyat yang makin tinggi, pendedahan pihak media semakin meluas keberanian dan ketegasan pihak kerajaan dan badan bukan kerajaan ( NGO ) menyaksikan nasib pekerja-pekerja dinegara ini semakin terbela.

Pelbagai dasar, undang-undang dan akta digubal demi menjamin hak-hak dan keistimewaan pekerja sentiasa dibela. Setiap pekerja memiliki hak-hak keistimewaan tersendiri dan mampu menikmati kesenangan menerusi kuasa yang diterima.

Menyentuh mengenai keistimewaan yang diperoleh oleh para pekerja, masih ramai lagi yang belum mengetahui sejauh manakah pekerja-pekerja di Malaysia mendapat hak pembelaannya.

Hubungan antara pekerja dan majikan adalah dilindungi dibawah Akta Pekerja 1955 ( Employment Act 1955 ). Akta ini secara amnya meliputi dan melindungi hak-hak pekerja didalam hubungan pekerjaan. Ianya menyediakan faedah-faedah minimum dan hak-hak pekerja seperti had masa bekerja, bilangan hari cuti tahunan dan cuti am, minimum kerja lebih masa, bilangan hari cuti sakit, hospital, cuti bersalin dan sebagainya.

Setiap pekerja seharusnya mempelajari dan mengetahui kandungan-kandungan Akta ini dan tidak ragu-ragu untuk mengingatkan majikan dan jika perlu mengambil tindakan terhadap majikan-majikan yang gagal mematuhi segala perincian yang terkandung dalam undang-undang dan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.

Dibawah ini disediakan soalan-soalan mengenai hubungan antara pekerja dan majikan yang seringkali menjadi pertanyaan dikalangan pekerja-pekerja. Ia menjadi satu panduan asas untuk anda dalam memelihara hak dan kesitimewaan anda sebagai pekerja.

 
Antara soalan-soalan yang sering menjadi isu mengenai hak pekerja.
 
1 ) Apakah golongan pekerja yang dilindungi di bawah Akta Kerja 1955?

Semua pekerja yang mendapat gaji tidak melebihi RM1,500.00 sebulan, dan seseorang pekerja yang melakukan kerja tanpa mengira jumlah upah sebulan. Selain itu, pekerja dengan Kontrak Perkhidmatan turut dilindungi di bawah akta tersebut. Ini tidak bermakna jika anda berpendapatan melebihi RM1500 sebulan hak anda tidak dilindungi, anda tetap mempunyai hak-hak dan keistimewaan tetapi ianya adalah dibawah akta-akta yang lain. Anda perlu faham, setiap pekerja tidak hanya dilindungi oleh satu akta, tetapi pelbagai akta, jika mereka adalah tergolong dalam akta tersebut. Ini bermakna anda sebenarnya dilindungi oleh lebih dari satu akta.

2 ) Apakah definasi Kontrak Perkhidmatan?

Sebarang perjanjian (sama ada lisan atau bertulis dan sama ada dinyatakan atau dibayangkan) di mana seseorang itu bersetuju untuk mengambil seseorang yang lain bekerja dan pekerja itu pula bersetuju untuk berkhidmat kepada majikannya sebagai seorang pekerja. Pekerja tersebut juga mempunyai hak untuk mendapat dan menyimpan salinan Kontrak Perkhidmatan ini.

3 ) Adakah Buruh atau Pekerja Migran tergolong di dalam Akta Kerja 1955?

Ya.

4 ) Apakah hak-hak pekerja yang terkandung dalam Akta Kerja 1955?

Berbagai jenis hak pekerja termasuk jumlah jam kerja maksima, kerja lebih masa dan kadar pembayaran gaji, cuti am berbayar, cuti tahunan berbayar, cuti sakit berbayar, gaji dan jenis potongan yang dibenarkan kepada majikan, cuti bersalin dan lain-lain lagi.

 
5 ) Apabila seseorang pekerja sudah menandatangani kontrak dengan majikan, adakah pekerja itu boleh terus berpegang kepada Akta Kerja 1955?

Ya, dia boleh. Jika hak yang terkandung dalam Akta Kerja adalah lebih baik daripada apa yang terkandung dalam Kontrak Perkhidmatan, pekerja berhak mendapatkan hak sapertimana tercatat dalam Akta Kerja 1955. Jika hak terkandung dalam Kontrak Perkhidmatan adalah lebih baik daripada apa yang terkandung dalam Akta Kerja, pekerja berhak menuntuk hak yang lebih baik sapertimana terkandung dalam Kontrak Perkhidmatan tersebut.

6 ) Apakah definasi “ Waktu Kerja Biasa ” ?

“ Waktu Kerja Biasa ” ialah waktu kerja yang dipersetujui di antara majikan dan pekerja dalam kontrak perkhidmatan sebagai waktu-waktu kerja biasa dalam sehari. Waktu kerja biasa tersebut tidak boleh melebihi: 8 jam sehari tidak termasuk waktu rehat; 5 jam bekerja berterusan tanpa rehat sekurang kurangnya 30minit.

Pekerja mempunyai hak maksimum bekerja seminggu iaitu 48 jam. Atas persetujuan bersama, pekerja boleh bekerja 9 jam sehari tetapi tidak boleh melebihi 48 jam seminggu.

7 ) Apakah definasi „ kerja lebih masa ‟?

Kerja lebih masa bermakna bilangan jam kerja yang dilakukan melebihi masa kerja normal dalam satu hari.

8 ) Berapakah kadar bayaran untuk kerja lebih masa?

Kadar bayaran kerja lebih masa hendaklah sekurang-kurangnya seperti berikut:

- Pada hari kerja biasa, 1 ½ kali kadar gaji sejam untuk hari biasa. - Pada hari rehat, 1 ½ kali kadar gaji sejam untuk kerja hari rehat - Pada cuti am, 1 ½ kali kadar gaji sejam untuk kerja pada cuti am.

9 ) Apakah ada had kepada bilangan jam seseorang pekerja untuk dibenarkan bekerja lebih masa dalam satu bulan?

Seseorang pekerja tidak boleh bekerja lebih masa melebihi 104 jam dalam sebulan..

10 ) Apakah wajib bagi kontrak perkhidmatan untuk menyatakan tempoh gaji? Berapakah tempoh gaji yang sepatutnya?

Setiap kontrak perkhidmatan wajib menyatakan tempoh gaji yang tidak lebih daripada satu bulan. Sekiranya kontrak tersebut tidak menyatakan tempoh gaji tersebut, maka tempoh tersebut akan dikira sebagai sebulan.

11 ) Bilakah gaji harus dibayar kepada pekerja-pekerja?

Gaji pekerja perlulah dibayar tidak lewat dari hari ketujuh selepas tamat tempoh gaji. Majikan juga boleh memohon untuk melanjutkan masa pembayaran gaji daripada Ketua Pengarah Jabatan Buruh Semenanjung Malaysia.

12 ) Apakah potongan-potongan yang telah ditetapkan oleh undang-undang?

Potongan yang dibenarkan adalah seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), dan sumbangan keselamatan sosial (SOCSO). Selain itu, Akta Kerja juga membenarkan pemotongan untuk mendapatkan kembali gaji yang terlebih dibayar sebelum tempoh 3 bulan, dan juga untuk mendapatkan kembali apa-apa pendahuluan gaji yang telah diberikan, di mana jumlah tersebut tidak boleh melebihi nilai gaji bagi satu bulan.

13 ) Berapakah jumlah potongan gaji yang dibenarkan oleh undang-undang?

Jumlah maksima pomotongan gaji yang dibenarkan adalah jumlah yang tidak melampaui separuh gaji yang harus diterima oleh pekerja bagi bulan tersebut dimana, pekerja harus dibayar sekurang-kurangnya separuh daripada gajinya untuk setiap bulan.

14 ) Bilakah gaji perlu dibayar kepada pekerja jika berlaku penamatan kontrak perkhidmatan?

Gaji harus dibayar sebaik sahaja kontrak ditamatkan.

15 ) Apakah jenis pekerjaan yang dilarang wanita daripada melakukannya sejajar dengan Akta?

Jenis pekerjaan di mana seseorang wanita dilarang melakukannya adalah seperti berikut:

i. Kerja bawah tanah;

ii.Bekerja di sektor perusahaan/pertanian di antara pukul 10.00 malam sehingga 5.00 pagi tanpa pengecualian daripada Ketua Pengarah Buruh.

16 ) Berapakah cuti rehat untuk seorang pekerja di bawah Akta ini?

Setiap pekerja adalah layak untuk mendapat cuti selama satu hari penuh untuk setiap minggu.

17 ) Adakah tidak menjadi kesalahan dari segi undang-undang keatas majikan untuk meminta pekerjanya datang bekerja pada hari rehat?

Seseorang pekerja boleh dikehendaki oleh majikannya untuk bekerja pada hari rehatnya adalah seperti keadaan-keadaan berikut: kemalangan, sebenar atau diancam dalam tempat kerjanya; kerja yang mana perlaksanaannya adalah perlu kepada keselamatan masyarakat; kerja yang perlu bagi pertahanan atau keselamatan Malaysia; kerja segera yang harus dilakukan ke atas jentera atau loji; suatu gangguan kerja yang tidak mungkin dapat dijangka; kerja yang harus dilakukan oleh pekerja-pekerja dalam mana-mana kegiatan perusahaan yang perlu kepada ekonomi Malaysia atau mana-mana perkhidmatan perlu sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Perhubungan Perusahaan 1967

18 ) Bagaimanakah kadar bayaran kepada pekerja yang diminta untuk bekerja pada cuti rehat?

Seseorang pekerja yang dikehendaki bekerja pada hari rehatnya hendaklah dibayar bayaran satu hari tambahan gajinya atas kadar gaji biasanya. (iaitu 2 kali gaji hari kerja biasa)

19 ) Berapakah kelayakan cuti am bergaji pekerja dalam setahun?

Seseorang pekerja layak sekurang-kurangnya 10 hari cuti am bergaji dalam setahun. Dimana, 10 Hari Cuti Am tersebut adalah Hari Pekerja (Mei 1), Hari Kelahiran Yang Di Pertuan Agung, Hari Merdeka (Ogos 31), Hari Keputeraan Sultan atau Hari Wilayah Persekutuan, dan 6 cuti am yang lain yang majikan harus memutuskan dan memberitahu pekerja melalui notis pada permulaan setiap tahun.

20 ) Bagaimanakah kadar bayaran kepada pekerja yang diminta bekerja pada hari cuti tersebut?

Seseorang pekerja layak mendapat 2 hari gaji sebagai tambahan pada kadar gaji biasa jika pekerja bekerja pada hari tersebut. (iaitu 3 kali gaji hari kerja biasa)

21 ) Berapa harikah kelayakan cuti tahunan bagi seseorang pekerja?

Bekerja kurang dari 2 tahun:

- 8 hari setiap tahun Lebih dari 2 tahun tetapi kurang dari 5 tahun

- 12 hari bagi setiap tahun 5 tahun

dan lebih - 16 hari bagi setiap tahun

Di mana seorang pekerja yang mengambil cuti tahunan berbayar, berhak untuk cuti sakit berbayar atau mendapat cuti bersalin semasa dalam masa cuti tahunan, dan cuti tahunan berbayar akan dianggap belum diambil untuk hari-hari pekerja tersebut mengambil cuti sakit berbayar atau cuti bersalin.

22 ) Berapakah kelayakan cuti sakit seseorang pekerja dalam setahun?

Kelayakan cuti sakit bergaji setahun adalah:

Kurang dari 2 tahun perkhidmatan - 14 hari Lebih dari 2 tahun tetapi kurang dari 5 tahun - 18 hari 5 tahun dan lebih - 22 hari Di mana hospitalisi diperlukan sehingga 90 hari untuk cuti bersalin

23 ) Apakah keadaan yang menyebabkan pekerja tidak layak mendapat cuti sakit bergaji?

Pekerja tidak layak mendapat cuti sakit bergaji bagi tempoh di mana pekerja berhak mendapat elaun bersalin atau menerima pampasan bagi ketidakupayaan di bawah Akta Pampasan Pekerja 1952 atau Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969.

24 ) Apakah keadaan yang boleh menyebabkan pekerja tersebut melanggar Kontrak Perkhidmatan?

Seorang pekerja dianggap melanggar kontrak perkhidmatannya apabila dia berterusan tidak hadir kerja selama lebih daripada 2 hari bekerja berturut-turut tanpa kebenaran daripada majikannya. melainkan ia mempunyai alasan yang munasabah bagi ketidakhadhirannya itu, dan telah memberitahu atau telah mencuba memberitahu majikannya tentang alasan itu sebelum atau semasa awal ketidakhadhiran tersebut.

25 ) Di dalam keadaan apakah pula majikan dianggap melanggar Kontrak Perkhidmatan?

Seorang majikan dianggap telah melanggar kontrak perkhidmatan apabila gagal membayar gaji dalam tempoh tidak lewat daripada hari ketujuh selepas jangkamasa upah yang sepatutnya diberikan oleh seseorang majikan kepada pekerjanya.

26 ) Berhakkah bagi seorang majikan itu menamatkan kerja seorang pekerja tempatan, dan kemudiannya mengambil seorang pekerja migrant bekerja?

Tidak. Seorang majikan tidak boleh menamatkan kontrak perkhidmatan seorang pekerja tempatan bagi tujuan untuk mengambil seorang pekerja migrant atau pekerja asing.(seksyen 60M)

27 ) Bolehkah seorang majikan memberikan layanan berbeza kepada pekerja tempatan dan pekerja asing?

Tidakboleh, majikan hendaklah memberikan layanan yang sama kepada pekerjanya tidak kiralah pekerjanya merupakan rakyat tempatan ataupun asing. Jika pekerja tempatan mahupun asing merasakan wujudnya diskriminasi terhadap mereka berkenaan keadaan kerja atau selainnya, mereka boleh membuat aduan kepada Pejabat Buruh. ( Seksyen 60L )

28 ) Apabila berlaku pembuangan kerja, siapakah yang akan mula-mula dibuang kerja?

Biasanya, prinsip yang diguna pakai adalah pekerja yang akhir sekali diambil masuk bekerja akan dibuang kerja terlebih dahulu. Tetapi, seksyen 60N Akta Kerja 1955 menyatakan bahawa “Sekiranya majikan dikehendaki mengurangkan tenaga kerjanya oleh sebab lebihan pekerja, maka majikan itu tidaklah boleh menamatkan perkhidmatan pekerja tempatan melainkan jika dia telah terlebih dahulu menamatkan perkhidmatan semua pekerja asing yang bekerja dengannya dalam bidang tugas serupa dengan bidang tugas pekerja tempatan itu. Kami tidak setuju, dan menyatakan bahawa seksyen 60N ini bukan sahaja tidak adil tetapi juga bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menjamin kesamaan. Maka, seksyen 60N adalah tidak sah.

29 ) Apakah peraturan yang memperuntukkan kelayakan Faedah Penamatan dan Rentikerja Sentara ( Termination and Lay-off benefits ) yang diliputi di bawah Akta ini?

Peraturan-peraturan Kerja (Faedah Penamatan dan Rentikerja Sentara), 1980

Tahukah anda.. lebih 15 akta khas telah digubal untuk melindungi golongan pekerja di Malaysia. Jika anda merasakan anda tidak tergolong dalam sesuatu akta, ternyata anda silap, sebaliknya anda masih mempunyai hak dan keistimewaan sebagai pekerja dibawah pelbagai akta yang berlainan. Kesimpulannya... setiap golongan pekerja di Malaysia, tidak kira kerajaan mahupun swasta, semuanya dilindungi dibawah akta-akta yang sentiasa memihak kepada anda.

Banyak lagi yang perlu anda tahu mengenai hak-hak anda sebagai pekerja, mungkin juga sebenarnya anda sedang ditindas oleh majikan anda... tanpa anda sedari..

52 comments:

  1. di mana sy hendak membuat complain jika majikan mggunakan kuasa tanpa berasaskan hak pekerja... sepertinya kmi telah di tindas dari segi kerja lebih masa... seperti yg ttakluk kepada akta 1955 sebulan kita x bleh melebihi 104 jam bkeja... namun y demikian majikan kmi mendesak untuk melakukan kerja melebihi masa... jumlah jam pekerjaan sya bulan lalu adalah melebihi 104 jam.. sila bantu sy dlm hal ni..:)

    ReplyDelete
  2. nk tnya majikan saya memberhentikan staf yg tidak hadir bekerja 9.5 hari kerana ponteng..bagaimana cara pembyran gaji kpd staf tersebut kerana dia bekerja 3.5 hari dan cuti tahunan masih berbaki 8 hari.

    ReplyDelete
  3. Saya bekerja dlm bidang electrical site tnb gaji melebihi 2k ...syarikat sy tidak membayar ot jika kerja lebih masa dan digantikn dgn elaun harian sebanyak 50rgt selepas pukul 9pm akn ditambah sebanyak 20rgt....selalunye masa kerja memerlukan sy duduk di site selama 7hari kadang2x sebulan....cuti mingguan hanya ditambah 20rgt dri elaun biasa .... sy tidak boleh menyimpan cuti mingguan yang saya bekerja dan syarikat tidak akan membayar cuti mingguan selama bekerja krn sudah membayar tambahan 20rgt.... bila saya habis kerja di site ingin mintak cuti selalu ditolak kerana banyak kerja .....dlm sebulan mungkin hanya 2,3hari sy dpt bersama keluarga .... kadang2x 3bulan kerja tanpa rehat,tidur yang cukup dan perlu memandu setiap kali pergi site .... adakah akta buruh hnya membantu gaji bawah 2k sahaja ...ada ke akta mengatakan kita boleh bekerja 7hari tanpa rehat ..istilah 1jam rehat tiada untuk pekerja site seperti saya ? Di mana saya nak mengadu tentang masalah ini .... sampai tiada masa dengan keluarga ...syarikat bumiputera .

    ReplyDelete
  4. Mengenai surat amaran yang dikenakan terhadap pekerja. Adakah pihak majikan wajar mengeluarkan surat amaran pertama kepada terus ke surat amaran terakhir,,, Adakah begitu prosedur mengeluarkan surat amaran,,,,bukankah ada satu sistem berperingkat....atau sebagainya

    ReplyDelete
  5. Mohon pencerahan, adakah betul tindakan majikan memberi hanya 1 hari cuti ganti kpd pekerja yg bekerja pd hari cuti umum ? Gaji pula dibayar seperti hari biasa.

    ReplyDelete
  6. Mohon pencerahan, adakah betul tindakan majikan memberi hanya 1 hari cuti ganti kpd pekerja yg bekerja pd hari cuti umum ? Gaji pula dibayar seperti hari biasa.

    ReplyDelete
  7. mohon pencerahan, kawan sy tidak di benarkan hadir ke tempat kerja kerana pihak outlet manager dan pihak manager sendiri memadamkan namanya di jadual mingguan, kerana menyatakan bahawa kawan sy ini tidak hadir selama tiga hari, wahal kawan sy telah massage dan beritahu bahawa dia jatuh tandas dan tangannya bengkak, lalu keesokkan harinya kawan sy hadir ke outlet untuk menujukkan bukti tangannya bengkak. Namun bergitu, pihak manager outlet salah guna kuasa dan guna terms 'No Show' untuk memberhentikan kawan sy. Bagaimana sy dan kawan sy hendak membawa pekara ini ke pihak buruh? Dan atas Akta apa?

    ReplyDelete
  8. Hari cuti saya jatuh pada ahad,majikan suruh kerja tapi tak nk bayar double.dia hanya tambah cuti tahun sebanyak 1 hari bukan 2 hari.boleh ke macam tu

    ReplyDelete
  9. Sy nk tanye sy pekerja kontrak dh sthn blm dpt jawatan tetap lg tp majikan akn mmbuat rombakn pekerja yg akn dikekalkn@yg akn diberhentikan.sbg perkerja kontrak apabila diberhentikna layakkah sy mndpat pampasan dr pihak syarikat.n sbg pekerja kontrak sy tdk dibuat permotongan kwsp&sosco.adakah majikan berhak bt begitu krn sy hanye kontrak.

    ReplyDelete
  10. Sy nk tanye sy pekerja kontrak dh sthn blm dpt jawatan tetap lg tp majikan akn mmbuat rombakn pekerja yg akn dikekalkn@yg akn diberhentikan.sbg perkerja kontrak apabila diberhentikna layakkah sy mndpat pampasan dr pihak syarikat.n sbg pekerja kontrak sy tdk dibuat permotongan kwsp&sosco.adakah majikan berhak bt begitu krn sy hanye kontrak.

    ReplyDelete
  11. Sy nk tanye sy pekerja kontrak dh sthn blm dpt jawatan tetap lg tp majikan akn mmbuat rombakn pekerja yg akn dikekalkn@yg akn diberhentikan.sbg perkerja kontrak apabila diberhentikna layakkah sy mndpat pampasan dr pihak syarikat.n sbg pekerja kontrak sy tdk dibuat permotongan kwsp&sosco.adakah majikan berhak bt begitu krn sy hanye kontrak.

    ReplyDelete
  12. Sy nk tanye sy pekerja kontrak dh sthn blm dpt jawatan tetap lg tp majikan akn mmbuat rombakn pekerja yg akn dikekalkn@yg akn diberhentikan.sbg perkerja kontrak apabila diberhentikna layakkah sy mndpat pampasan dr pihak syarikat.n sbg pekerja kontrak sy tdk dibuat permotongan kwsp&sosco.adakah majikan berhak bt begitu krn sy hanye kontrak.

    ReplyDelete
  13. Sy nk tanye sy pekerja kontrak dh sthn blm dpt jawatan tetap lg tp majikan akn mmbuat rombakn pekerja yg akn dikekalkn@yg akn diberhentikan.sbg perkerja kontrak apabila diberhentikna layakkah sy mndpat pampasan dr pihak syarikat.n sbg pekerja kontrak sy tdk dibuat permotongan kwsp&sosco.adakah majikan berhak bt begitu krn sy hanye kontrak.

    ReplyDelete
  14. Mohon jelaskan majikan saya memaksa perkerja ambil cuti wajib selama 5hari untuk sambutan thn baru cina.Cuti kami dipotong iaitu tolak annual leave kami.

    ReplyDelete
  15. Mohon jelaskan majikan saya memaksa perkerja ambil cuti wajib selama 5hari untuk sambutan thn baru cina.Cuti kami dipotong iaitu tolak annual leave kami.

    ReplyDelete
  16. Mohon jelaskan majikan saya memaksa perkerja ambil cuti wajib selama 5hari untuk sambutan thn baru cina.Cuti kami dipotong iaitu tolak annual leave kami.

    ReplyDelete
  17. Mohon jelaskan majikan saya memaksa perkerja ambil cuti wajib selama 5hari untuk sambutan thn baru cina.Cuti kami dipotong iaitu tolak annual leave kami.

    ReplyDelete
  18. better korang semua pergi link sini http://mohr.spab.gov.my/eApps/system/index.do

    ReplyDelete
  19. silalah report ke pejabat tenaga kerja.... free of charge. nnti akan ade pegawai yang akan guide.

    ReplyDelete
  20. Sya pnjawat awam sabtu ahad hri cuti...majikan sya paksa datang kerja sabtu ahad...klau x datang surat merah...mohon pnjelasan

    ReplyDelete
  21. Majikan sya belum bayar gaji kami staff dia tanpa notis. Nak lebih sebulan sudah. Mohon penjelasan

    ReplyDelete
  22. Assalamu'alaikum.. saya seorang pekerja swasta di sebuah hypermarket selaku juruwang.. saya rasa saya tak mendapat hak saya semasa bekerja.. semasa ketiadaan saya di kaunter supervisor membuka peti wang milik saya.. selepas menutup akaun kami dapati berlaku kekurangan/kelebihan wang jualan.. saya perlu menanggung semua permasalahan tersebut sediri sedangkan saya yakin kesilapan tersebut bukan datang dari diri saya.. saya juga tak dibenarkan menyemak rakaman cctv walaupun setelah saya minta berkali-kali.. mohon pencerahan di mana saya nak buat aduan berkenaan masalah pecah amanah di sini?

    ReplyDelete
  23. Mohon pencerahan...comp tutup buku 31 may, slip cetak 1 jun, pekerja sain slip 5 jun, gaji masuk dalam akaun 7 jun,adakah ini dikira sebagai pembayaran gaji lewat oleh majikan sebab saya baca akta buruh mengatakan gaji hendaklah dibayar dalam tempoh 7 hari selepas tutup buku tetapi adakah sampai duit masuk dalam akaun atau sampai sain slip sahaja..adakah hari ketujuh dikira sebagai terlalu lewat atau masih diterima dalam akta buruh..boleh ke buat aduan..

    ReplyDelete
  24. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  25. saya ada soalan, majikan sy mendesak untuk kerja melebihi waktu kerja(8 jam) tanpa mmbayar gaji OT. kadang2 saya sampai stayback tidur ofis sbb kerja. bagaimana ye ? dan sekarang sy kerap mengalami sakit pinggang efek akibat terlampau lama berkerja.

    ReplyDelete
  26. Saya nk tye saya mengalami keguguran dlm tempoh 22mgu+5hari adakah saya layak dpt cuti 60 ari dan pihak hospital tidak mahu beri surat akuan pd saya mengikut akta wanita 1955 ada mengatakan bhwa bersalin dlm tempoh 22minggu samada anak hidup @ mati berhak dpt cuti 60ari,adakah pihak hospital tahu akan akta nie tlg bg penjelasan

    ReplyDelete
  27. saya ada masalah ni , bos saya mengugut saya bahawa saya tidak akan dibayar gaji kerana tak sengaja hilangkan salinan dokumen milik majikan , tak pasti samada jenis kepunyaan syarikat atau peribadi tapi itu salinan lesen kenderaan milik bos yg diserahkan pada saya utk disampaikan pada org lain utk tujuan tertentu,, tapi saya rasa kalau potongan gaji sebagai denda sudah memadai tapi perlukah sekatan gaji, saya bukan mencuri , merosakkan harta syarikat atau berhenti tanpa notis. mohon pencerahan samada tindakan bos saya betul atau salah

    ReplyDelete
  28. Salam...saya telah bekerja di negara brunei selama hampir 4tahun...di sini saya telah mengalami satu kes dipukul oleh manager tanpa alasan kukuh di waktu kerja di khalayak pekerja lain didalam pejabat dan saya tidak membalas tindakan manager tersebut...apakah perlu saya buat?apakah tuntutan yg harus saya buat ke atas manager tersebut?

    ReplyDelete
  29. Sslam...saya bekerja sebagai pemandu van seklah dan bekhudmad di sebuah sekolah swasta di bandar utama...saya ada masalah dr segi pembayaran gaji dan cuti..bole saya tau macaman cara utk membuat laporan supaya kami pekerja di sekolah mendapat gaji yg sejajar dan bersesuaian dengan perkhidmatan kami..?saya ingin meminta bantuan pakar2 utk mambantu kami dan membela nasib kami..mmohon bantuan.

    ReplyDelete
  30. Sslam...saya bekerja sebagai pemandu van seklah dan bekhudmad di sebuah sekolah swasta di bandar utama...saya ada masalah dr segi pembayaran gaji dan cuti..bole saya tau macaman cara utk membuat laporan supaya kami pekerja di sekolah mendapat gaji yg sejajar dan bersesuaian dengan perkhidmatan kami..?saya ingin meminta bantuan pakar2 utk mambantu kami dan membela nasib kami..mmohon bantuan.

    ReplyDelete
  31. Assalamualaikum . Saya berkerja d syarikat swasta . Saya nak tnya jikalau majikan saya memberhentikan saya tanpa notis tetapi menyuruh saya membuat notis berhenti kerja serta merta . Adakah terdapat dalam akta2 tersebut

    ReplyDelete
  32. Blh kah majikan mengurang kn cuti umum contohnya d malaysia ada 19 PUblic holiday.. tp majikan telah mengurangkn 14hari saja
    Yg blh di ambl..

    ReplyDelete
  33. Mohon jelaskan.. Saya sudah buat borang cuti dan hantar terus ke majikan, majikan saya suruh tunggu selama satu minggu baru boleh ambil cuti. Tapi sampai sekarang pun masih belum dapat cuti, cuti yang saya mohon pun bukan suka-suka, itu adalah cuti ganti saya juga yang belum saya ambil. Mana hak pekerja. Ini pun merupakan salah satu perjanjian juga kan patutkah saya menunggu lagi padahal dalam perjanjian itu bila sampai seminggu baru boleh cuti. Patutkah saya tunggu pihak atasan beri saya cuti? Sebab sudah sampai seminggu pun saya hantar borang tu. Saya hanya nak mohon penjelasan apakah betul tindakan ini.

    ReplyDelete
  34. Salam..saya nak bertanya.saya baru bermula kerja di sebuah syarikat itu pada 1 mac 2017 yg lalu sehingga 11 mac 2017 ..saya memohon untuk letak jawatan dari majikan kerana masalah pekerjaan itu tidak sesuai dengan saya..jadi majikan meminta saya memberikannya notis 14 hari atau meminta saya membayar ganti rugi itu..boleh kah majikan saya berbuat demikian? Sedangkan saya belum terima sebarang gaji dari majikan..saya baru kerja selama 11 hari...mohon penjelasan.

    ReplyDelete
  35. Asalamualaikum... saya nak bertanya sikit...suami saya bekerja selama 8 tahun tidak peenah ade cuti sakit dan cuti tahunan. Dulu majikannya bagi gaji bulan sekarang ini gaji hari.. start bulan ni gaji ikut hari bekerja..waktu bekerja jam8 pg hingga 7 ptg... tapi jam 7 tidak boleh bagi balik lagi... 7.30 baru leh balik... kerja lebih masa tidak pernah di kira ot... waktu solat pon tidak ade.. sekiranya lewat punckat potong gaji rm10... apekah yang harus suami saya lakukan.. mohon pencerahan

    ReplyDelete
  36. Assalamualaikum..saya nak bertanya..tempoh probation saya 6 bulan tapi syarikat mengarahkan saya berhenti dalam tempoh 3 bulan tanpa alasan..mgkn alasan mereka hendak mengurangkan tenaga pekerja. Syarikat memberi pilihan samada saya letak jawatan secara sukarela atau syarikat akan memberi surat penamatan perkhidmatan (walaupun belum sampai tempoh 6 bln). Saya tidak mahu meletak jawatan dan syarikat kata mereka akan beri surat penamatan perkhidmatan kepada saya. Adakah saya berhak utk tidak meletak jawatan kerana saya masih mahukan pendapatan ini sedangkan tempoh yang diberi dalam masa seminggu sahaja?
    Jika syarikat memberi saya notis penamatan perkhidmatan hanya dgn alasan utk mengurangkan tenaga pekerja atau mengurangkan kos pembayaran gaji kerana kedudukan kewangan syarikat yang teruk (gajipun dapat lambat melebihi hari ke 7 setiap bulan), adakah saya boleh membawa kes ini ke Pejabat Buruh? Adakah nasib saya akan terbela? Apa yang perlu saya lakukan Tuan?
    Mohon pencerahan secepat mungkin.
    Terima kasih

    ReplyDelete
  37. Saya bekerja di hotel melaka sekarang dan telah menghantar surat resign pada aeal april 17 dan sekarang pihat hotel telah menahan gaji saya.apakah yang perlu saya lakukan,

    ReplyDelete
  38. Assalamualaikum..suami saya selalu di tindas dan diperangkap oleh majikannya yg baru India kerana kebanyakan pekerja melayu diganti dengan pekerja India. serba tak kena dibuatnya..suami saya disuruh sains 2 kali warning later kerana kesalahan technision India yg buat perangai tidak mau buat kerja dan macam2lagi suami saya supervisor tapi kena buat kena buat kerja2 technision tak kisah la tapi sampai tak ada masa nak buat kerja sendiri kerana boss bagi tak cukup orang ..suami saya sedaya upaya buat yang trbaik tapi boss tetap berkelakuan menindas suami saya tambah lagi apabila suami saya dimarahi kerana kesalahan technision yang sengaja dibuat sampai suami saya hilang maya hari2 balik lewat keletihan dan pusing kepala.. Kepada yg bersangkutan Tolong apa yg patut suami saya buat untuk mempertahankan haknya..sekian terima kasih

    ReplyDelete
  39. Salam. Saya seorang pemandu lori berjawatan tetap. Ada gaji asas rm1000 dan insentif trip. Adakah saya masih lagi dianggap tertakluk dgn jam kerja wajib 48jam seminggu?

    ReplyDelete
  40. Saya nak bertanya tidak datang berkerja tapi memberitahu kepada rakan bertugas atau ada cuti sakit tidak memberitahu kepada pihak sykt.ada kah salah di sisi undang2.jAbatan buruh

    ReplyDelete
  41. Baru2 ini di umum kan cuti peristiwa pada 4 sept 2017..para operators dpt gaji berganda,tetapi bagi pihak management cuma dpt 1 hari cuti pada hari lain.pertanyaan saya ialah double pay,sepatut nya cuti ganti tu perlu dpt 2 hari bkn 1 hari..minta penjelasan..tq

    ReplyDelete
  42. Mohon pencerahan. Saya bekerja 5 hari seminggu ( Isnin ~ Jumaat ), 8pagi hingga 6petang setiap hari. Apabila Cuti Umum jatuh pada hari Sabtu ; apakah pihak majikan perlu memberi cuti ganti pada hari Isnin.

    ReplyDelete
  43. BERITA BAIK UNTUK AL

    Saya ingin mengingatkan semua pencari pinjaman internet untuk berhati-hati, terdapat penipuan pinjaman dalam talian di mana-mana, mereka akan menghantar dokumen palsu dan mereka akan mengatakan tidak ada bayaran, maka mereka akan meminta anda membayar yuran lesen dan bayaran pemindahan, jadi berhati-hati.

    Semua pemberi pinjaman palsu ini mempunyai banyak persamaan yang saya dapati dan saya akan menyenaraikan mereka di bawah

    Kebanyakan mereka mempunyai akaun gmail

    Mereka semua mempunyai kuasa yang meyakinkan. mereka akan menjanjikan segala-galanya

    Mereka semua mempunyai gambar profil palsu seorang wanita yang memakai tudung

    Mereka semua memberi kadar faedah 2%

    Tiada had pada jumlah yang anda boleh pinjam

    Berita baiknya ialah saya telah menemui firma pinjaman dalam talian yang sah. Saya tidak berada di sini untuk berkhotbah tetapi untuk membantu orang keluar dari pengisap wang ini. hubungi syarikat (Dailypayloan@yahoo.com) Jika anda berminat untuk mendapatkan pinjaman, atau anda menghantar saya e-mel peribadi (zaradam@yahoo.com). Satu perkataan cukup untuk orang bijak

    ReplyDelete
  44. Sya brkerja sebagai DJ di cheras..sblum sya kerja d kl ni Dulu sya kerja driver d Sabah..org janji kn sya gaji rm1400..utk JD DJ n tinggal d hostel n Ada potongan EPF .sya brmula kerja 5/6/2017
    Skg da setahun lebih gaji sya Masih rm1200 tp yg d jnji kn rm1400 n potongan EPF Ada..smpai skg APA pun X .sya da feadup ngan ketiga2 Bo's dia yg ambik smbil lewa he pekerja dia...nt tolong la siasat umur sya da 38th ..ni nama tmpt krja sya macam Di kk Kuala Lumpur..Taman pertama cheras ..kmi buka 9mlm smpai 6 Pg..

    ReplyDelete
  45. Sekiranya anda memerlukan pinjaman segera, sila hubungi kami untuk mendapatkan deposit sebanyak 2% untuk semua jenis pinjaman;
    SILA HUBUNGI KAMI VIA E-mel: capitalloanfinancier@gmail.com, ATAU WHATSAPP: 01126492306

    ReplyDelete
  46. Salam . Nak bertanya . Ada ke peraturan jika mahu memiliki PUBLIC HOLIDAY pekerja tidak boleh cuti seminggu sebelum tiba PUBLIC HOLIDAY ?

    ReplyDelete
  47. Selamat datang ke Syarikat Pinjaman Rossa Stanley

    Berhubung dengan syarikat pinjaman dengan rekod pencapaian pinjaman dan senarai pemeriksa pinjaman di seluruh dunia, di syarikat pinjaman rossa stanley kestabilan kewangan anda adalah matlamat kami, kami memberikan pinjaman kepada

    1) Individu
    2) Badan bekerjasama
    3) Syarikat terhad.
    4) Pinjaman peribadi.
    5) Pinjaman pelaburan.
    6) Pinjaman Pembinaan.
    7) Pinjaman Gadai Janji.
    Hubungi kami sekarang melalui medium berikut,

    E-mel: rossastanleyloancompany@gmail.com
    Pengarah Tel: +1 (914) 529-5708
    Whats-app: +1(914)529-5708
    Pengurus Operasi Tel: (+1) 2133153118
    Rasmi Instagram: rossastanleyloan
    Twitter rasmi: Rossastanlyloan
    Rasmi Facebook: Rossa Stanley Favor
    Alamat pejabat ibu pejabat: 3911 Kenwood Place, Orlando Florida USA.
    Zip-code: 32801
    Berdaftar di bawah pengawasan undang-undang perindustrian Florida,
    ATAU
    Isi borang permohonan di bawah dan kami akan menjawab anda dengan serta-merta, Kami sedia 24 jam setiap hari.

    DATA PEMOHON
    1) Nama Penuh:
    2) Tarikh lahir:
    3) Alamat:
    4) Nombor keselamatan sosial:
    5) Nombor Whats-app:
    6) Pekerjaan:
    7) Nombor Telefon:
    8) Jawatan di tempat kerja:
    9) Pendapatan Bulanan:
    10) Jumlah Pinjaman Diperlukan:
    11) Tempoh Pinjaman:
    12) Nama Facebook:
    13) Status Perkahwinan:
    14) Agama:
    15) Negara:
    16) Jantina:
    17) Apa-apa Hilang Upaya
    18 Pernahkah anda memohon pinjaman sebelum?, Jika ya, sebutkan nama syarikat pinjaman

    TINDAKAN,
    Mrs.Rossa Stanley Favor
    Ketua Pegawai Eksekutif ROSSASTANLEYLOANCOMPANY
    E-mel rossastanleyloancompany@gmail.com

    ReplyDelete
  48. Needs govrnment help for money

    ReplyDelete
  49. BERITA BAIK!!! BERITA BAIK!!! BERITA BAIK!!!

    Nama saya Maryam dari malaysia. Saya ingin menggunakan media ini untuk memberitahu semua pencari pinjaman agar sangat berhati-hati, kerana ada penipuan setiap hari, mereka akan menghantar dokumen perjanjian palsu kepada anda dan mereka akan mengatakan bahawa tidak ada pembayaran di muka, tetapi mereka adalah mode, kerana mereka akan kemudian minta pembayaran yuran lesen atau yuran pendaftaran dan yuran pemindahan, jadi berhati-hatilah dengan syarikat pinjaman dalam talian mereka yang curang.

    Beberapa empat yang lalu saya mengalami tekanan dan kecewa dari segi kewangan, saya tertipu oleh beberapa pemberi pinjaman dalam talian. Saya hampir kehilangan harapan sehingga Tuhan menggunakan rakan saya yang merujuk saya kepada pemberi pinjaman yang sangat dipercayai bernama Cik Christabel Missan, yang meminjamkan pinjaman tanpa jaminan sebanyak USD200,000 dalam masa kurang dari 24 jam tanpa tekanan dan tekanan dan kadar faedahnya hanya 2%,

    Saya sangat terkejut ketika memeriksa baki akaun bank saya dan mendapati bahawa jumlah yang saya kirimkan dihantar terus ke akaun bank saya tanpa berlengah.

    Kerana saya berjanji untuk menyampaikan berita baik, jadi orang dapat pinjaman dengan mudah tanpa tekanan. Oleh itu, jika anda memerlukan pinjaman dalam bentuk apa pun, sila hubungi dia melalui e-mel sebenar: christabelloancompany@gmail.com dan dengan rahmat Tuhan dia tidak akan mengecewakan anda dalam mendapatkan pinjaman jika anda patuh.

    Anda juga boleh menghubungi saya di e-mel saya: maryamlady12u@gmail.com dan Sety diperkenalkan dan bercakap mengenai Puan Christabel, dia juga mendapat pinjaman baru dari Puan Christabel, anda juga boleh menghubunginya melalui e-mel: amishadewi2@gmail.com dengan permatabudiwati@gmail.com dan anda juga dapat menghubungi Dian Pelangi yang memperkenalkan kami lianmeylad@gmail.com, dan liliyanabasuki@gmail.com apa yang akan saya lakukan adalah berusaha memenuhi pembayaran pinjaman yang saya kirimkan terus ke akaun mereka setiap bulan

    Ini adalah nombor whatsApp christabel Missan +15614916019

    Satu perkataan cukup untuk orang bijak dari orang Indonesia dan Malaysia

    ReplyDelete
  50. BERITA BAIK!!! BERITA BAIK!!! BERITA BAIK!!!

    Nama saya Maryam dari malaysia. Saya ingin menggunakan media ini untuk memberitahu semua pencari pinjaman agar sangat berhati-hati, kerana ada penipuan setiap hari, mereka akan menghantar dokumen perjanjian palsu kepada anda dan mereka akan mengatakan bahawa tidak ada pembayaran di muka, tetapi mereka adalah mode, kerana mereka akan kemudian minta pembayaran yuran lesen atau yuran pendaftaran dan yuran pemindahan, jadi berhati-hatilah dengan syarikat pinjaman dalam talian mereka yang curang.

    Beberapa empat yang lalu saya mengalami tekanan dan kecewa dari segi kewangan, saya tertipu oleh beberapa pemberi pinjaman dalam talian. Saya hampir kehilangan harapan sehingga Tuhan menggunakan rakan saya yang merujuk saya kepada pemberi pinjaman yang sangat dipercayai bernama Cik Christabel Missan, yang meminjamkan pinjaman tanpa jaminan sebanyak USD200,000 dalam masa kurang dari 24 jam tanpa tekanan dan tekanan dan kadar faedahnya hanya 2%,

    Saya sangat terkejut ketika memeriksa baki akaun bank saya dan mendapati bahawa jumlah yang saya kirimkan dihantar terus ke akaun bank saya tanpa berlengah.

    Kerana saya berjanji untuk menyampaikan berita baik, jadi orang dapat pinjaman dengan mudah tanpa tekanan. Oleh itu, jika anda memerlukan pinjaman dalam bentuk apa pun, sila hubungi dia melalui e-mel sebenar: christabelloancompany@gmail.com dan dengan rahmat Tuhan dia tidak akan mengecewakan anda dalam mendapatkan pinjaman jika anda patuh.

    Anda juga boleh menghubungi saya di e-mel saya: maryamlady12u@gmail.com dan Sety diperkenalkan dan bercakap mengenai Puan Christabel, dia juga mendapat pinjaman baru dari Puan Christabel, anda juga boleh menghubunginya melalui e-mel: amishadewi2@gmail.com dengan permatabudiwati@gmail.com dan anda juga dapat menghubungi Dian Pelangi yang memperkenalkan kami lianmeylad@gmail.com, dan liliyanabasuki@gmail.com apa yang akan saya lakukan adalah berusaha memenuhi pembayaran pinjaman yang saya kirimkan terus ke akaun mereka setiap bulan

    Ini adalah nombor whatsApp christabel Missan +15614916019

    Satu perkataan cukup untuk orang bijak dari orang Indonesia dan Malaysia

    ReplyDelete
  51. BERITA BAIK!!! BERITA BAIK!!! BERITA BAIK!!!

    Nama saya Maryam dari malaysia. Saya ingin menggunakan media ini untuk memberitahu semua pencari pinjaman agar sangat berhati-hati, kerana ada penipuan setiap hari, mereka akan menghantar dokumen perjanjian palsu kepada anda dan mereka akan mengatakan bahawa tidak ada pembayaran di muka, tetapi mereka adalah mode, kerana mereka akan kemudian minta pembayaran yuran lesen atau yuran pendaftaran dan yuran pemindahan, jadi berhati-hatilah dengan syarikat pinjaman dalam talian mereka yang curang.

    Beberapa empat yang lalu saya mengalami tekanan dan kecewa dari segi kewangan, saya tertipu oleh beberapa pemberi pinjaman dalam talian. Saya hampir kehilangan harapan sehingga Tuhan menggunakan rakan saya yang merujuk saya kepada pemberi pinjaman yang sangat dipercayai bernama Cik Christabel Missan, yang meminjamkan pinjaman tanpa jaminan sebanyak USD200,000 dalam masa kurang dari 24 jam tanpa tekanan dan tekanan dan kadar faedahnya hanya 2%,

    Saya sangat terkejut ketika memeriksa baki akaun bank saya dan mendapati bahawa jumlah yang saya kirimkan dihantar terus ke akaun bank saya tanpa berlengah.

    Kerana saya berjanji untuk menyampaikan berita baik, jadi orang dapat pinjaman dengan mudah tanpa tekanan. Oleh itu, jika anda memerlukan pinjaman dalam bentuk apa pun, sila hubungi dia melalui e-mel sebenar: christabelloancompany@gmail.com dan dengan rahmat Tuhan dia tidak akan mengecewakan anda dalam mendapatkan pinjaman jika anda patuh.

    Anda juga boleh menghubungi saya di e-mel saya: maryamlady12u@gmail.com dan Sety diperkenalkan dan bercakap mengenai Puan Christabel, dia juga mendapat pinjaman baru dari Puan Christabel, anda juga boleh menghubunginya melalui e-mel: amishadewi2@gmail.com dengan permatabudiwati@gmail.com dan anda juga dapat menghubungi Dian Pelangi yang memperkenalkan kami lianmeylad@gmail.com, dan liliyanabasuki@gmail.com apa yang akan saya lakukan adalah berusaha memenuhi pembayaran pinjaman yang saya kirimkan terus ke akaun mereka setiap bulan

    Ini adalah nombor whatsApp christabel Missan +15614916019

    Satu perkataan cukup untuk orang bijak dari orang Indonesia dan Malaysia

    ReplyDelete
  52. Assalamualaikum.. minta pencerahan.. adakah majikan berhak memberi cuti tanpa gaji kepada pekerja walaupun pekerja x minta apa2 cuti setelah habis cuti pekerja??

    ReplyDelete