Wednesday 29 February 2012

BAGAIKAN PELANGI



ٱلۡأَخِلَّآءُ يَوۡمَٮِٕذِۭ بَعۡضُهُمۡ لِبَعۡضٍ عَدُوٌّ إِلَّا ٱلۡمُتَّقِينَ


"Pada hari itu sahabat-sahabat karib: Setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan takwa (iman dan amal soleh)".

(Surah Az-Zukhruf 43: Ayat 67)

Teman Sejati


Selama ini
Kumencari-cari
Teman yang sejati
Buat menemani
Perjuangan suci

Bersyukur kini
PadaMu Illahi
Teman yang dicari
Selama ini
Telah kutemui

Dengannya di sisi
Perjuangan ini
Senang diharungi
Bertambah murni
Kasih Illahi
KepadaMu Allah
Kupanjatkan doa
Agar berkekalan
Kasih sayang kita

Kepadamu teman
Ku pohon sokongan
Pengorbanan dan pengertian
Telah kuungkapkan
Segala-galanya...

TEMAN SEJATI - BROTHERS

Sahabat?



Yusuf bin Al-Husain r.a. telah berkata:

"Aku telah bertanya kepada Zun-Nuun Al-Misri r.a. ketika aku akan berpisah darinya: "Siapakah yang sewajarnya aku jadikan sahabat dan selalu duduk bersamanya?"



Jawab Zun-Nuun:

"Mestilah engkau bersahabat dengan orang yang apabila engkau melihatnya, engkau teringat akan Allah 'Azza wa Jalla, dan kehebatannya meresap ke dalam sanubarimu/batinmu. 
Dan apabila engkau mendengar ucapannya /mantiqnya/kalamnya maka amal engkau akan menjadi bertambah. 
Dan bila engkau memandang amalnya maka engkau menjadi seorang yang zahid/zuhud terhadap dunia ini. Dan selagi engkau berada di sampingnya, selagi itulah engkau tidak menderhakai Allah SWT. Dia memberikan mau'idzoh/nasihat kepadamu menerusi lidah fi'ilnya/perbuatannya dan tidak hanya dia menasihatimu menerusi lidahnya sahaja."

Tuesday 28 February 2012

TANDA-TANDA SIFAT TAKBUR DALAM PELBAGAI BENTUK


Tidak mahu bergaul dengan orang miskin sebaliknya suka memandang berat kepada golongan kaya dan orang kenamaan.

Mengambil berat secara berlebihan dalam pakaian.

Tidak mahu berucap melainkan dalam perhimpunan yang dihadiri ramai orang.

Menggunakan bahasa yang payah dan berbunga dengan berlebihan sehingga sukar difahami. Inilah yang diperingat oleh baginda nabi Muhammad SAW:
“Sesungguhnya Allah benci kepada pemidato dari (golongan lelaki) yang memilih (kata-kata) dengan lidahnya seperti lembu memilih-milih (rumput) dengan lidahnya” (Abu Daud dan al-Tirmizi)

Kagum dengan ilmu sendiri dan membodohkan orang lain

Sombong

Sombong, bongkak, angkuh, atau takbur mempunyai satu pengertian yang sama iaitu tergolong dari sifat mazmumah (sifat-sifat tercela atau keji).

Sifat ini, walaupun sedikit, menjadi kebencian dan kemurkaan Allah. Dan boleh menghalang kita mendapat Syurga.

Firman Allah yang bermaksud:
“Sesungguhnya mereka yang sombong untuk taat sebagai hambaKu, mereka akan masuk neraka jahanam sebagai makhluk yang hina-dina.” (Al-Mukmin: 60)

Sifat sombong atau takbur boleh dibahagi kepada dua:
►Takbur zahir     ►Takbur batin


Takbur zahir boleh dilihat melalui percakapan dan tindakannya. Gayanya angkuh, mulutnya tajam, mudah menghina orang yang dianggapnya lebih rendah daripadanya. Kadangkala ia boleh dilihat melalui percakapan seperti tidak mahu mengaku kalah, menganggap dirinya sentiasa benar dan tidak mahu mendengar atau mengikut nasihat.

Imam Al-Ghazali berkata:

“Orang yang takbur ialah apabila ditegur dia marah, sedangkan kalau menegur orang lain, caranya keras dan kasar.”


Takbur batin ialah membesarkan diri dalam hati. Inilah maksiat hati yang dicela. Contohnya iblis menganggap dirinya lebih baik dan mulia daripada Nabi Adam. Lalu dengan angkuhnya dia enggan tunduk kepada Nabi Adam sehingga menyebabkan Allah melaknat Iblis dan seluruh keturunannya.

Orang yang takbur mereka lupa  bahawa sombong adalah pakaian Allah, iaitu hak uluhiyahNya yang tidak boleh dirampas oleh sesiapa seperti dinyatakan dalam hadis yang diriwayatkan Muslim:


Rasulullah Saw bersabda:


“Allah Swt berfirman; Kemuliaan adalah pakaianKu, sedangkan sombong adalah selendangKu. Barang siapa yang melepaskan keduanya dariKu, maka Aku akan menyiksanya”. [HR Muslim]

Ziarah

Orang mukmin menziarahi saudaranya kerana 7 perkara InsyaAllah mendapat pahala berlipat kali ganda:

1.         Menziarahi saudaranya kerana kemuliaan, kehormatan & 
kedudukannya
2.        Menziarahi saudaranya untuk menjalinkan mahabbah
3.        Menziarahi saudaranya kerana mencintai sunnah Rasulullah  saw

4.        Menziarahi saudaranya bagi menghapuskan dosa-dosa dan
kesalahan yang pernah dilakukan.
5.        Menziarahi saudaranya bagi mendapatkan barakah dengan melihatnya.
6.        Menziarahi saudaranya untuk mengambil tahu keperluan, keadaan dan  
            hajatnya.
7.        Menziarahi saudaranya untuk mencari kecintaan Allah swt.

Orang Muflis

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud :
“Tahukah kamu siapakah dia Orang Muflis?”

Sahabat-sahabat baginda menjawab :
 “Orang Muflis di antara kami, ya Rasulullah ialah orang yang tidak ada wang ringgit dan tidak ada harta benda.”

Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud :

“Sebenarnya Orang Muflis dari kalangan umatku ialah orang yang datang pada hari kiamat membawa sembahyang, puasa dan zakat, sedang datangnya itu dengan kesalahan memaki hamun orang ini, dan menuduh orang itu, memakan harta orang orang ini, menumpah darah orang itu dan juga memukul orang. Maka akan di ambil dari amal kebajikannya serta di beri kepada orang ini dan orang itu, kemudian kiranya habis amal kebajikannya sebelum habis di bayar kesalahan-kesalahan yang di tanggungnya, akan di ambil pula dari kesalahan-kesalahan orang yang di aniayakannya serta di timpakan ke atasnya, kemudian ia di humbankan kedalam neraka.” (Hadis Riwayat Muslim dan Turmizi)

Monday 27 February 2012

ORANG YANG DICINTAI ALLAH MENJELANG KEMATIANNYA:

"Sesungguhnya Aku tidak akan mengeluarkan seseorang dari dunia, sedangkan Aku hendak memberikan rahmat kepadanya sampai dilunasi segala kesalahan yang diperbuatnya dengan penyakit pada badannya, musibah bagi keluarga dan anaknya. Kesempitan dalam penghidupannya, kekurangan dalam rezekinya, sampai kepada masalah-masalah kecil. Kalaulah masih ada sisa, Aku perberat kematiannya sehingga habislah dosanya terhadapKu seperti pada hari kelahirannya. (Tanda-tanda setelah kematiannya iaitu dahinya berkeringat, kedua matanya mengeluarkan airmata, lubang hidungnya mengembang)." [Hadist Buchary Muslim]

ORANG YANG TIDAK DICINTAI ALLAH MENJELANG KEMATIANNYA:

"Demi kemuliaan dan keagunganKu, Aku tidak akan mengeluarkan dari dunia, seorang hamba yang akan Aku seksa, sampai Aku sempurnakan segala kebaikan yang telah dikerjakannya dengan kesihatan badan, kelapangan rezeki, keleluasaan dalam penghidupan, keamanan dalam usaha, sampai kepada masalah-masalah yang dianggap kecil sekalipun, jika masih tersisa kebaikannya, Aku rendahkan kematiannya, sehingga habislah kebaikannya yang ditakuti oleh Neraka." [Hadist Buchary Muslim]

4 PERKARA

Rasulullah s.a.w. bersabda;
“Tidak bergeser kaki seorang hamba pada hari kiamat sampai ia dipertanyakan tentang 4 perkara; tentang usianya untuk apa dihabiskan, tentang masa mudanya untuk apa dipergunakan, tentang hartanya dari mana didapat dan untuk apa dinafkahkan, dan tentang ilmunya untuk apa diamalkan.”
[Riwayat al-Baihaqi dan selainnya dari Mu'adz bin Jabal radhiallahu Anhu]

KEMUNCUP..



Kalau kita berjalan di tengah padang yang banyak kemuncup, pasti dia akan melekat di seluar kita.. Teruskan berjalan sambil mencabutnya, tapi jangan berhenti duduk cabut kemuncup… Kita tidak akan sampai ke destinasi..”(TGNANM)

U. M. I.- PRINSIP KERJA

Menyebut tiga prinsip di dalam Islam berhubung dengan kerja iaitu; prinsip ubudiah, mas’uliah dan itqan ini memang mudah tetapi menghayatinya tidak semudah menyebutnya.
Cuba kita renung dan fikir terhadap kerja kita sebagai kakitangan kerajaan atau swasta, yang sudah beberapa tahun berkhidmat…
Apakah kerja kita diterima Allah sebagai amal soleh?
Apakah kita amanah dengan kerja yang ditugaskan?
Apakah kita ikhlas dalam menjalankan tanggung jawab?
Apakah rezeki yang diperolehi rezeki yang halal?
Bagaimanakah kita hendak menampung lompang-lompang yang ada?
Apakah kita tidak takut doa orang-orang yang kena zalim sedangkan tiada hijab antara doa orang yang kena zalim dengan Allah?
…. dan banyak lagi soalan-soalan yang harus kita jawab, sebelum ditanya dihadapan Rabbul Jalil!.
Apa pun kita sebagai orang yang beriman tetap bersangka baik terhadap rahmat dan kasih sayang Allah, mudah-mudahan amal dan kerja diterimaNya sebagai ibadah walau pun berlubang-lubang lebih dari daun yang dimakan ulat.
“Allah sukakan hambaNya yang bekerja (secara profesional). Barang siapa yang bertungkus lumus mencari sara hidup keluarganya maka ia seperti seorang mujahid pada jalan Allah.” (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad)

ITQAN DALAM BEKERJA

Islam juga menggalakkan umatnya untuk bekerja dengan penuh tekun dan profesional. Hal ini disebut dengan istilah itqan yang membawa maksud tekun, teliti, cermat dan kemas.

Kerja yang sungguh-sungguh menggambarkan kesempurnaan iman dan taqwa, ketulusan hati, keluhuran budi dan kemuliaan akhlak yang semua sifat-sifat ini akan dikira oleh Allah dalam menentukan amal hambaNya diterima atau sebaliknya.

Konsep itqan dalam bekerja ini dapat dilihat melalui kehidupan peribadi Rasulullah saw sendiri dalam semua hal sama ada urusan ibadat mahupun urusan-urusan lain.

Diriwayatkan oleh A’isyah r.a bahawa Rasulullah saw beribadat diwaktu malam sehingga bengkak tumitnya. Begitu juga dalam masa peperangan Khandak, sebagaimana yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dari al-Barra’, bahawa Rasulullah saw memunggah pasir dari kubu-kubu sehingga tertutup kulit perut baginda, bahkan baginda sanggup mengikat perut baginda dan diselit dengan batu-batu untuk menahan lapar ( al-Buthi, 1991).

Prinsip yang menuntut manusia supaya melaksanakan sesuatu amal atau kerja dengan cara yang bersungguh-sungguh, melakukannya dengan sebaik-baiknya, serius dan bukan main-main sehingga tercapai perkhidmatan dan pengurusan yang cemerlang. Sifat seperti ini menjadi tuntutan Islam sebagaimana maksud hadis Rasulullah saw;

“Allah sangat menyukai mana-mana hambaNya yang bila melakukan sesuatu kerja dilakukannya dengan sungguh-sungguh”. [HR: Baihaqi, sanadnya "Hasan"]

Meskipun Islam menuntut umatnya agar tekun dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan namun janganlah ia menjadi penghalang atau membuatkan mereka lalai dari melaksanakan ibadat-ibadat khusus (wajib) kepada Allah.

Firman Allah yang bermaksud:

“Orang-orang yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan perdagangan dari mengingati Allah.” (Al-Quran, al-Nur,24:37)

ITQAN- KESUNGGUHAN

Konsep ini berkaitan dengan soal nilai (Akhlak), yakni merujuk kepada kualiti kerja yang boleh diterjemahkan sebagai ketekunan, komitmen dan kesungguhan serta disusuli dengan fokus dalam melakukan kerja. 


Ia juga bermaksud amal yang berterusan dengan tidak memberi ruang berlakunya penyelewengan atau sikap sambil lewa.

Rasulullah SAW telah bersabda:

"Sesungguhnya Allah suka kepada seseorang kamu yang apabila melakukan sesuatu kerja maka dilakukannya dengan bersungguh-sungguh (itqan)." (al hadith)

Maksud ‘itqan’ dalam bahasa Arab adalah melakukan sesuatu dengan penuh komitmen, kemahiran yang tinggi dan iltizam. Oleh itu, memberi tumpuan atau fokus pada setiap perkara bukan sahaja akan menjamin kecemerlangn kerja yang dilakukan, sebaliknya perbuatan itu juga mengundang kesukaan Allah pada kita.

Bayangkan andai sekiranya Allah menyukai perkara yang kita lakukan, pasti Dia akan membantu dan memberi kejayaan kepada kita.

MAS’ULIAH DALAM BEKERJA

Prinsip mas’uliah atau ’accountability’ ialah prinsip yang menuntut seseorang pekerja supaya sentiasa berwaspada dan bertanggung jawab ke atas apa yang dilakukan atau dibelanjakan kerana mereka akan di periksa dan disoal bukan sekadar di dunia malah di hari pembalasan.
Asas pegangan orang Islam dalam hal ini termaktub di dalam banyak ayat al-Qur’an dan hadis Rasulullah saw.
Ibnu Umar ra dari Nabi saw, Baginda saw bersabda:
Maksudnya: “Ketahuilah setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya tentang kepimpinan kamu. Seorang  amir/penguasa/ atau pemimpin yang berkuasa terhadap rakyat akan ditanya tentang kepimpinannya. Seorang laki-laki adalah pemimpin atas keluarganya. Dia akan ditanya tentang kepimpinannya. Seorang wanita adalah pemimpin rumahtangga suami dan anak-anaknya. Dia akan ditanya tentang kepimpinannya. Seorang hamba adalah pemimpin atas harta kekayaan tuannya yang dipercayakan kepadanya. Dia juga akan ditanya tentang kepimpinannya. Ketahuilah setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya tentang kepimpinan kamu. ” [HR: Imam Bukhari].
Hadis di atas menjelaskan dua perkara;
PERTAMA: setiap orang memikul amanah dan tanggungjawab yang wajib ditunaikan (kecualilah orang yang tidak mukallaf).

KEDUA; setiap amal sama ada kecil atau besar akan diminta pertanggungjawaban, akan ditanya dan diperiksa oleh Allah.

JAWATAN, KERJA, TUGAS ATAU APA-APA PROFESION yang kita pegang bukan suatu kebanggaan yang boleh kita gunakan sebagai suatu alat untuk mencapai cita-cita dunia tetapi ia merupakan suatu amanah yang wajib ditunaikan dengan cara yang sempurna seperti mana yang ditetapkan oleh institusi dan yang diakui oleh syarak.
Mudah-mudahan kerja yang kita lakukan itu bukan sahaja membawa manfaat duniawi tetapi juga manfaat ukhrawi sebagai suatu bentuk ubudiah kita kepada Allah.

Sebelum Allah bertanyakan kita tentang setiap amal dan kerja yang kita buat selama ini, adalah lebih baik kiranya kita sebelum terlambat memuhasabah diri kita sendiri dan kalau kita tersilap tentu tidak terlambat untuk memperbetulkannya sama ada menggantikan balik, menampung, memulangkan, menqada’ dan apa sahaja cara yang patut.

MAS’ULIAH-KEBERTANGGUNGJAWABAN

Konsep ini berkaitan dengan soal Amal (Syariat), yakni kebertanggungjawaban (akauntabiliti) yang merujuk kepada sifat kerja seseorang yang berkaitan dengan kedudukan Allah swt sebagai pemberi tanggungjawab. Segala kerja (tanggungjawab) akan dipersoalkan oleh Allah swt untuk pengadilan.

♥ Bertanggungjawab apa yang dilakukannya di hadapan Allah. Firman Allah  
   surah al An’am:164
       Ertinya:  “…dan tidaklah suatu kejahatan yang diusahakan melainkan  
                          orang itu sahaja yang menanggung dosanya”
♥ Bertanggungjawab dalam beriman, beramal soleh dan berakhlak mulia
♥ Allah s.w.t. akan menilai perbuatan manusia
♥ Anggota manusia akan menjadi saksi di hadapan Allah s.w.t.
“Bahkan manusia itu, (anggotanya) menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, Walaupun ia memberikan alasan-alasannya (untuk membela diri)." 
Surah al Qiyamah:14-15

‘UBUDIAH DALAM KERJA

Bekerja semata-mata kerana Allah dengan meletakkan setiap kerja yang dilakukan sebagai ibadah yang akan memperolehi ganjaran pahala di akhirat.
’Bekerja’ akan mencapai tahap ibadah apabila dapat memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak.

SYARAT PERTAMA- Niat Yang Ikhlas

Niat yang ikhlas di dalam kerja adalah syarat paling utama yang menjadi roh kepada amal untuk dikira sebagai ibadah.

Niat dalam bekerja hanya kerana Allah, bekerja bukan kerana yang lain, bukan kerana pangkat, gelaran, pujian, sanjungan atau kepentingan peribadi dan sebagainya melainkan hanya keranaNya semata-mata dengan harapan untuk mendapat keredhaanNya, itulah yang dikatakan niat yang ikhlas.

{Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan ikhlas kepadaNya dalam (menjalankan) agama dengan lurus dan supaya mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat dan yang demikian itulah agama yang lurus.} [Al-Bayyinah: 5]

Allah swt berfirman:

Maksudnya: {Sesungghunya kamu pasti merasakan azab yang pedih. Dan kamu tidak diberi pembalasan melainkan terhadap kejahatan yang telah kamu kerjakan. Kecuali hamba-hamba Allah yang ikhlas. Mereka itu memperolehi rezeki yang tertentu. Iaitu buah-buahan dan mereka adalah orang yang dimuliakan.} [Al-Saffat:38-42].

Ikhlas adalah suatu persoalan urusan hati yang sangat sukar dicapai, hanya kita mengharapkan rahmat dan kasih sayang Allah agar amal dan kerja dengan kekurangan dan kelemahan yang ada diterima Allah dan tidak menjadi kerja yang sia-sia.

SYARAT KEDUA- Halal

Pekerjaan yang dilakukan tidak melanggar atau bercanggah dengan hukum syarak; maksudnya bentuk, rupa atau nature kerja itu HALAL di sisi Allah.

“Mencari sara hidup yang halal adalah satu kewajipan di samping kewajipan-kewajipan yang difardhukan.” (Diriwayatkan oleh al-Tabrani dan al-Baihaqi)

Sebarang kerja yang haram sekali pun niat orang yang melakukannya baik tidak layak dikatakan bekerja kerana Allah dan bukan suatu bentuk ubudiah kepadaNya.

“Orang yang paling kecewa (rugi) pada hari kiamat kelak ialah orang yang mencari harta secara tidak halal lalu ia masuk ke neraka bersama-sama hartanya.” Diriwayatkan oleh al-Bukhari)

SYARAT KETIGA- Selaras Dengan Prinsip-Prinsip Syariat Dan Akhlak Islam

Perlaksanaan kerja hendaklah selaras dengan prinsip-prinsip syariat dan akhlak Islam seperti amanah, adil, bertanggung jawab dan sebagainya dan menepati kaedah atau cara yang ditentukan oleh syarak contohnya kerja dimulakan dengan bismillah atau doa dan lain-lain.

SYARAT KEEMPAT- Amalan atau kerja hendaklah dilakukan seelok-eloknya dan sebaik mungkin.(Syarat ini akan dijelaskan di bawah tajuk itqan)

SYARAT KELIMA-  Bekerja jangan sampai mengganggu atau melalaikan ibadah pokok seperti solat, puasa dan sebagainya.

Zahir dan batin manusia tidak boleh dipisahkan. Perlakuan zahir adalah buah atau kesan dari dalaman atau batin. Bagi memperbaiki amal, ia perlu dimulakan dengan memperbaiki dalaman atau jiwa dengan memupuk keimanan dan ketaqwaan dan menyuburkan dan membersihkan jiwa dengan ibadah; wajib dan sunat.

Iman dan taqwa menjadi pelindung kepada diri dari melakukan sesuatu yang tidak wajar atau maksiat kepada Allah termasuk dalam urusan kerja atau profesion dan ketika itu mungkin Institut Integriti Malaysia (IIM) sebagai institusi yang bertanggungjawab menilai dan memantau pelaksanaan pelan integriti nasional yang dirancang tidak lagi diperlukan. Begitu juga dengan SPRM, Jabatan Audit Negara, Biro Pengaduan Awam dan sebagainya.

Thursday 23 February 2012

‘UBUDIAH ~ PENGABDIAN

‘UBUDIAH ~ PENGABDIAN

Konsep ini berkaitan dengan soal Iman (Akidah), yakni merujuk kepada kedudukan manusia sebagai hamba Allah swt yang diciptakan semata-mata untuk beribadat kepadaNya. Ia memberi signifikan dari sudut sifat dirinya, tujuan hidupnya serta cara aktivitinya.

Rasa cinta kepada Allah:
►Menyembah atau beribadah kepada Allah dapat dilaksanakan apabila tercetus rasa cinta yang suci kepada Allah dan rela (ikhlas) menundukkan diri serendah-rendahnya kepada-Nya.
►Seseorang hamba disifatkan sedang menyembah Allah apabila dia:
♥menyerahkan seluruh jiwa raganya kepada Allah
♥bertawakkal kepada Allah
♥berpegang teguh dengan ajaran-ajaran Allah
♥berpaut pada ketentuan Allah
♥meminta atau berharap serta berserah hanya kepada Allah
♥mendekati Allah dengan cara sentiasa mengingatiNya
♥melaksanakan segala syariat Allah
♥memelihara segala perlakuan (akhlak, perkataan dan   
 sebagainya) menurut cara yang diredhai Allah.

‘Ubudiah Semakin Bertambah:

►Pengertian ‘ubudiah (pengabdian) kepada Allah akan bertambah mendalam, sebati dan hebat kesannya dalam kehidupan manusia apabila:
♥semakin mendalam pengertian dan keinsafannya tentang hakikat bahawa manusia terlalu fakir di hadapan Allah
♥manusia sentiasa bergantung dan berhajat kepada Allah
♥manusia tidak boleh terlupus daripada kekuasaan dan pertolongan Allah walaupun sekelip mata.

►Begitu juga dengan cinta atau kasih (hubb) manusia kepada Allah serta rasa rendah diri (khudu’) manusia kepada Allah bertambah teguh apabila:
♥semakin mantap makrifat dan kefahamannya terhadap sifat-sifat Allah
♥asma Allah al-husna (sifat-sifat Allah yang terpuji)
♥kesempurnaan Allah
♥kehebatan nikmat kurniaan Allah.

Semakin terisi telaga hati manusia dengan pengertian ‘ubudiah terhadap Allah maka semakin bebaslah dia daripada belenggu ‘ubudiah kepada yang lain daripada Allah. Dia akan menjadi seorang hamba yang benar-benar tulus dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Itulah setinggi-tinggi darjat yang dapat dicapai oleh seseorang insan.

Tuesday 21 February 2012

Jangan Ada Benci

Usah gelisah apabila dibenci manusia
kerana masih ada yang akan menyayangimu,
tapi gelisahlah apabila dibenci Allah
kerana tiada lagi yang menyayangimu
di akhirat kelak...

BUKAN KERANA NAMA

BUKAN KERANA NAMA
RAMLI SARIP FEAT A. ROMZI


Jangan kau pandang bibir yang manis
Kerana dia bisa menghancurkan
Jangan kau pandang wajah yang indah
Kerana dia bisa meracunmu

Dengarlah hai teman
Dengarkan bersama
Aku menulis bukan kerna nama
Kerna sifat kasih
Pada sesama insan
Dan menyatakan kasih sayangmu
Kita sama semuanya sama
Apa yang ada hanyalah kehidupan

Jangan kau dengar puisi dusta
Kerana dia bisa merosakkan jiwamu
Dengarkanlah puisi di pusaka
Yang telah turun temurun hari ini

Jangan kau alas hatimu itu
Dengan secebis warna kehitaman
Dialah seperti anai-anai
Lambat laun hancurlah dirimu


Sampan..

Monday 20 February 2012

Dua HATI

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan
Dua tangan untuk memegang
Dua telinga untuk mendengar
Dan dua mata untuk melihat.. 

Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati kepada kita?
Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati kepada seseorang
Oleh itu carilah dengan sabar dan yakin akan temuinya
Dua hati menjadi satu
Itulah namanya Cinta..

Sekeping HATI..

Pesan pada DIRI..
Jangan tersalah memberi HATI pada insan yang tak sudi..
Pada insan yang tak mengerti..
Kerana, sekali kau memberi, selamanya dia di HATI..
Kerana, sekali kau dilukai, sampai bila-bila tetap kau ingati..

Pesan lagi pada DIRI..
Berhati-hatilah dalam memberi HATI..
Sebab ia hanya untuk insan yang tahu menghargai..
Betapa tingginya nilai sekeping HATI...

CINTA = MATAHARI





"Cinta seperti matahari
 ia tetap bercahaya..
Walau malam menjelma, 
cahayanya pada bulan tetap menerangi.. 
kekadang ia juga gerhana 
tetapi akan kembali jua kecerahannya..."

Tuesday 7 February 2012

"Dop Payoh Nikoh Ni.. Bende Yang Mudoh.."

Rumahtangga


‎~>> INGAT KATA-KATA INI..<<~

"Rumah boleh dibina dengan batu, pasir, simen dan kayu..tetapi RUMAHTANGGA dibina dengan KASIH SAYANG, IMAN dan TAQWA kepada Allah SWT..."
( TG Nik Aziz Nik Mat, Mei 2011 )

♥♥♥♥



POKOK - Meet Uncle Hussain Ft. Hazama

Thursday 2 February 2012

SABAR

Sabar terbahagi kepada dua:

Sabar dalam menjauhkan apa yang kamu tidak suka

Sabar dalam mengejar apa yang kamu suka