Tuesday 31 January 2012

5 Perkara..

5 PERKARA TERPENTING PERLU ANDA TAHU ✔
••► Solat Subuh   
» Wajah yang cantik
••► Solat Zohor     
» Duit yang banyak
••► Solat Asar       
» Kesihatan yang baik
••► Solat Maghrib 
» Anak2 yg cerdik dan berjaya
••► Solat Isyak       
» Tidur yang nyenyak tanpa gangguan


Kata Nabi Muhammad S.A.W :
~► Barangsiapa yang tinggalkan solat Subuh tiadalah padanya nur di wajahnya
~► Barangsiapa yang tinggalkan solat Zohor tiadalah padanya rezeki yang berkat
~► Barangsiapa yang tinggalkan solat Asar tiadalah padanya kekuatan badan
~► Barangsiapa yang tinggalkan solat Maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat
~► Barangsiapa yang tinggalkan solat Isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak.

4 HAL..

Ada 4 hal yang tidak dapat diraih kembali :

~ BATU......setelah dilempar..!!
~ KATA-KATA ....setelah diucapkan..!!
~ KESEMPATAN ....setelah berlalu..!!
~ WAKTU...setelah beranjak pergi...!!




Hilang

Jika HARTA yang hilang dari diri seseorang,
maka tiada apa pun yang hilang,

Jika KESIHATAN yang hilang dari diri seseorang, 
maka ada sesuatu yang hilang,

Tetapi jika AKHLAK yang hilang dari diri seseorang, 
maka segala-galanya telah hilang dari diri seseorang

Ucapkanlah..

Kenangilah segala pujian yang anda terima.
Lupakan segala maki hamun, caci umpat cela.....
Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda;
Anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.

Sekiranya anda mempunyai sahabat baik,
Ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik.
Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik,
Sejam untuk menghargainya,
Sehari untuk teman tetap paling setia..

Walaupun punya harta yang banyak, 
Teman tetap paling berharga.

Apa Saja


Hiduplah sesuka hatimu,
Sesungguhnya kamu pasti mati.

Cintai siapa saja yang kamu senangi,
Sesungguhnya kamu pasti akan berpisah dengannya.

Lakukan apa saja yang kamu kehendaki,
Sesungguhnya kamu akan memperoleh balasannya.

3 Soalan

Ada seorang pemuda yang lama sekolah di luar negeri, kembali ke tanah air. Sesampainya di rumah ia meminta kepada orang tuanya untuk mencari seorang guru agama, kiyai atau sesiapa sahaja yang boleh menjawab 3 pertanyaannya.
Akhirnya orang tua pemuda itu mendapatkan orang tersebut, seorang kiyai.


Pemuda : Anda siapa? Dan apakah boleh menjawab pertanyaan- pertanyaan saya?
Kiyai : Saya hamba Allah dan dengan izinNya saya akan menjawab pertanyaan anda.
Pemuda: Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.
Kiyai : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.
Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan:-
1. Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukkan wujud Tuhan kepada saya
2. Apakah yang dinamakan takdir
3. Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

Tiba-tiba kiyai tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.

Pemuda (sambil menahan sakit): Kenapa anda marah kepada saya?
Kiyai : Saya tidak marah...Tamparan itu adalah jawaban saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.
Pemuda: Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.
Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda: Tentu saja saya merasakan sakit.
Kiyai : Jadi anda percaya bahwa sakit itu ada?
Pemuda: Ya!
Kiyai : Tunjukan pada saya wujud sakit itu!
Kiyai : Itulah jawaban pertanyaan pertama...kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat
Kiyai : Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?
Pemuda: Tidak.
Kiyai : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?
Pemuda: Tidak.
Kiyai : Itulah yang dinamakan takdir.
Kiyai : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?
Pemuda: Kulit.
Kiyai : Terbuat dari apa pipi anda?
Pemuda: Kulit.
Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda: Sakit.
Kiyai : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan.

Istighfar


“Barangsiapa yang tetap melakukan istighfar, maka Allah swt akan membebaskannya dari segala kesusahan dan melapangkannya dari setiap kesempitan serta akan memberinya rezeki dari jalan yang tidak diduganya.” (HR Abu Dawud:1297)

Taubat Nabi Adam a.s.

Tahukah saudara semenjak Nabi Adam dikeluarkan dari syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlanjur malu kepada Allah SWT. Beliau sujud di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip.

Dari air mata Nabi Adam itulah Allah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata, "Sedap sekali air ini". Terdengar Nabi Adam oleh kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya karena perbuatan derhakanya kepada Allah. Hal ini membuat Nabi Adam semakin hebat menangis.

Akhirnya Allah menyampaikan wahyu kepada Nabi Adam "Hai Adam, sesungguhnya Aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dan lebih hebat dari air mata taubatmu itu".

Pintu Kebahagiaan

Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan...
Tetapi seringkali kita terpaku terlalu lama, pada pintu yang tertutup
Sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita...

Email Buat Isteri

Seorang lelaki telah menginap di sebuah hotel di KL. Terdapat sebuah komputer di dalam bilik hotel itu. Dia pun mengambil keputusan untuk menghantar e-mail kepada isterinya.Malangnya, dia telah tersalah taip alamat e-mail isterinya dan tanpa mengetahui kesilapan itu, dia pun terus menghantar e-mail tersebut. 
Di sebuah rumah di Kedah pula, seorang janda baru sampai ke rumahnya selepas pulang daripada majlis pengebumian suaminya. Janda tersebut mengambil keputusan untuk menyemak e-mailnya untuk melihat sekiranya terdapat mesej daripada saudara-mara dan teman-temannya. Selepas membaca e-mail pertama itu si janda tersebut pun pengsan. Anak lelaki janda tersebut pun bergegas ke bilik ibunya dan mendapati ibunya terlentang di lantai dan dia pun membaca mesej di dalam skrin komputer:

To : Isteri kesayanganku
Date : 16 May 2011
Subject : Abang telah selamat sampai


Abang tahu Sayang pasti akan terkejut dengan kehadiran mesej ini. Mereka telah menyediakan komputer di sini pada ketika ini dan kita boleh menghantar e-mail kepada sesiapa sahaja terutama insan kesayangan kita.
Abang telah selamat sampai dan telah menginap dengan aman di sini. Abang lihat semuanya telah di sediakan di sini untuk kedatanganmu pada hari esok.Semoga berjumpa denganmu nanti, Sayang. Abang harap perjalananmu ke sini nanti lebih bermakna seperti apa yang telah Abang lalui ketika ini.

Hadiah dari ibu..

PELAJAR : Assalamulaikum Ustazah
USTAZAH : Waalaikumussalam..
PELAJAR : Saya perlukan bantuan ustazah.
USTAZAH : (Senyum) InsyaAllah.. apa yang awak nak ustazah
bantu?
PELAJAR : Saya nak minta ustazah doakan saya dapat 5A UPSR.
USTAZAH : InsyaAllah.. Ustazah sentiasa doakan semua pelajar.
Usaha dan doa, insyaAllah awak akan dapat apa yang awak impikan. InsyaAllah.
PELAJAR : Ustazah kena doakan saya.. sungguh-sungguh. Saya
berharap.
USTAZAH : InsyaAllah.
PELAJAR : Biar betul ustazah..  ustazah tak tanya pun nama saya. ustazah nak  
                doakan saya ke tak..
USTAZAH: (Kehairanan) Boleh bagitau ustazah kenapa awak nak sangat dapat  
                5A?
PELAJAR : Ibu saya akan beri saya hadiah.
USTAZAH : Hadiah?
PELAJAR : Iya. Ibu dah janji akan tunaikan apa saja yang saya
minta.
USTAZAH : Apa hadiah yang awak mahu dari ibu?
PELAJAR : Saya hanya ingin ibu saya  menutup aurat.. pakai tudung.
USTAZAH : Alhamdulillah.
(terus menadah tangan & berdoa kepadaNya)



Alhamdulillah.. anak kecil memahaminya kerana Allah mengurniakan hidayahNya kepada sesiapa sahaja yang dikehendakiNya tanpa mengenal usia atau agamanya.
Semoga kita jua terpilih dan mendapat hidayahNya kerana sesiapa yang ingin berubah akan lebih mudah menerima hidayah dariNya. InsyaAllah

Dzun Nuun

QUOTES..

► FORGIVENESS AND LETTING GO ARE STEPS ON OUR ROAD BACK TO HAPPINESS ◄

► RUNNING AWAY FROM YOUR PROBLEMS IS A RACE YOU’LL NEVER WIN ◄

► YOU DON’T ALWAYS GET WHAT YOU WISH FOR. 
YOU GET WHAT YOU WORK FOR ◄

► THE HARDEST PART ABOUT MOVING ON IS NOT WANTING TO ◄



► 3 THINGS YOU CANNOT RECOVER IN LIFE : 
THE WORD 
AFTER ITS SAID, 
THE MOMENT 
AFTER ITS MISSED 
THE TIME 
AFTER ITS GONE ◄



► LIFE IS LIKE A BOOK: DON’T JUMP TO THE END TO SEE IF IT’S WORTH IT. JUST ENJOY LIFE AND FILL THE PAGES WITH BEAUTIFUL AND AMAZING MEMORIES ◄

ALHAMDULILLAH


P/s: Time doesn't wait for anyone. Use it wisely..

Sunday 22 January 2012

Menyesal???


P/s: 
Saya tak menyesal.. saya hargai segala-galanya.. 
Sekurang-kurangnya saya faham dan berpeluang untuk belajar dan terus belajar melalui kesilapan yang telah saya buat.
Mungkin ada yang akan cuak dengan sikap saya.. itu adalah kelemahan saya.. 
Terima kasih kerana sudi membantu saya kenali kelemahan diri saya. ♥

Maafkan Saya..











Hadiah Terbaik..

Koleksi : RAHSIA TARIKH LAHIR ISLAM

BAROMETER PERSONALITI NUMEROLOGI
KAJIAN DR MIR HAZIL

BAROMETER INI ADALAH UNTUK ‘TARIKH LAHIR HIJRAH’ 

1. Untuk tahu TARIKH LAHIR HIJRAH sekiranya tak ingat atau tak tahu, gunakan ‘HIJRAH CONVERTER’ seperti di:

SEMAK KETEPATANNYA DENGAN MELIHAT “HARI KELAHIRAN”.

2. Untuk tahu nombor ‘barometer personaliti’ ; dapatkan nilai mampatan (Gt @ Mufrad) TARIKH LAHIR HIJRAH dengan MENCAMPURKAN semua angka yang hadir pada susunan tarikh tersebut, sehingga nilai sedigit terakhir.. contoh:

19 Ramadhan 1395 = 19 09 1395

1+9+9+1+3+9+5 = 37 @ 3 + 7 = 10 @ 1


BAROMETER PERSONALITI NILAI – Angka 1:
♥pemurah
♥suka mengasihi (kebesaran jiwa yang semulajadi)
♥memiliki kebijaksanaan @ berilmu
♥suka belajar
♥Mampu mengendalikan / mampu mengawal sesuatu dengan baik.
♥bercita-cita besar
♥memiliki sifat bijaksana
♥Mampu menjadi pelindung kepada yang lain
♥Berinovasi / menjadi yang pertama atau pencetus
♥pemaaf
♥mampu menilai atau menghukum demi menegakkan keadilan

BAROMETER PERSONALITI NILAI – Angka 2:
♥pengasih dan selalu menyayangi
♥Suka dan mampu menghasilkan sesuatu (mereka-cipta) yang baik atau kebaikan
♥Memiliki kemampuan untuk menghalang kezaliman atau penganiayaan
♥mengendalikan dengan sesuatu yang positif
♥Bersikap adil
♥suka memelihara (menjaga)
♥Selalu bersimpati kepada yang lain
♥pandai menyejukkan hati orang lain
♥Memiliki sifat yang baik (terpuji) dan mulia perilakunya
♥Mampu menjadi kalangan mereka yang melengkapkan atau menyempurnakan (penutup – terakhir)
♥Memilki sifat belas kasihan kepada yang menderita
♥suka memberi khidmat untuk kemanfaatan ramai atau orang lain

BAROMETER PERSONALITI NILAI – Angka 3 :
♥mampu menguasai dirinya sendiri
♥bijak merencana masa depan
♥Amat suka membantu dan melapangkan jalan kepada orang lain  
♥memiliki sifat kelembutan dan memahami perasaan
♥Mampu menjadi penjaga yang baik, pemerhati dan teman tempat mengadu kepada yang lain
♥Sering bersifat baik (mulia)
♥suka memberi kebajikan kepada yang lain
♥Seorang yang peka dan bijak dalam pengiraan (perhitungan) dengan meneliti semua faktor atau bahagian
♥Mampu menjadi yang pertama dalam linkungannya
♥bersikap terbuka dan berintegriti
♥Sering berhasil dalam bidang yang diceburi
♥Suka mencari dan berkongsi ilmu serta membimbing (menyinari) yang lain

BAROMETER PERSONALITI NILAI – Angka 4 :
♥Seorang yang suci pemikiran dan tindakannya
♥Memiliki wawasan dan bercita-cita tinggi  
♥mampu menghasilkan (mencipta)
♥Berupaya menundukkan kezaliman  
♥teliti (berhati-hati) dalam tindakan atau urusan
♥Selalu merangsangkan semangat (memotivasikan) orang lain
♥suka mengambil inisiatif awal yang positif
♥Memiliki keupayaan menyatukan
♥mendalami isu atau sesuatu kondisi secara teliti
♥Sering bersifat mulia dan terhormat
♥suka membimbing kepada mereka yang memerlukan bimbingan

BAROMETER PERSONALITI NILAI – Angka 5:
♥Seorang yang sukakan kedamaian  
♥selalu memaafkan orang lain
♥Mampu meninggikan kedudukan orang lain (memuliakan)
♥Amat bersantun (sopan)
♥penyabar dalam tindakan
♥Memiliki peribadi yang luhur dan sempurna
♥Sukakan kepastian sebelum bertindak  
♥suka meniliti (dan memerhatikan) segala sesuatu
♥Mampu mengembalikan sesuatu ke asalnya demi keadilan atau kebaikan
♥Boleh dipercayai dan sering diharapkan (diperlukan) oleh orang lain sebagai tempat bergantung
♥Memiliki sikap suka membimbing, mengendali dan menguasai yang lain (pemimpin)
♥Mampu bersikap adil dan cermat (ekonomi)
♥Sukakan kerapian, keindahan dan kebersihan

BAROMETER PERSONALITI NILAI – Angka 6:
♥Seorang yang sukakan keamanan
♥boleh dipercayai  
♥memelihara keyakinanannya
♥Memiliki keupayaan untuk berkongsi, menentukan dan menakluki menjadikannya seorang yang dihormati (disanjungi) dan dimuliakan
♥Bersifat pemurah dan jujur  
♥membela mereka yang seumpamanya (demi kebenaran)
♥Berkemampuan menghidupkan semangat diri sendiri dan orang lain
♥Memiliki keupayaan (kemampuan) yang tinggi menjadikannya seorang yang berperibadi tinggi dan mulia di sisi yang lain
♥Suka atau mampu berkolaborasi dan bekerjasama, menyatukan serta bijak memelihara dan menjaga (mengekalkan)

BAROMETER PERSONALITI NILAI – Angka 7 :
♥Seorang yang memiliki kemampuan untuk mengawal dan memelihara
♥Suka memberi dan bersifat pemurah.
♥Mampu mencegah kejahatan dan meninggikan kedudukan demi keadilan
♥Seorang yang pemaaf
♥Memiliki kemampuan menjadi pentadbir yang cekap mengawasi dan memantau  
♥selalu dipercayai  
♥bertanggung-jawab
♥Bersikap suka memberi inspirasi, harapan, membina orang lain agar memiliki kemampuan untuk memajukan diri
♥mampu mematikan fikiran negatif pada dirinya atau orang lain
♥Sering menjauhi keburukan dan bersifat dermawan
♥Mampu memilki kekayaan zahir dan batin (jiwa)
♥memiliki kemampuan mewarisi dan mendeligasikan wawasan atau amanah

BAROMETER PERSONALITI NILAI – Angka 8 :
♥Seorang yang mampu berkuasa, dihormati dan berjaya
♥Suka berkongsi dan membahagikan rezeki (kekayaan)
♥Bersifat selalu mendengar dan memahami atau empati
♥Mudah berterima kasih dan bersyukur kepada kebaikan atau kesenangan
♥Peka akan keperluan orang sekelilingnya
♥memiliki sikap suka memenuhi keinginan orang lain (berkorban)
♥Sering bersemangat tinggi (bermotivasi)
♥bertenaga (kekuatan minda dan emosi)
♥Suka memberi ‘kehidupan’ kepada yang lain serta
menyegerakan sesuatu untuk kebaikan dan keadilan
♥Bersifat pemaaf  
♥menerima kesilapan atau kesalahan orang lain demi kemakmuran
♥Suka memajukan atau mendorong diri dan orang lain ke arah kejayaan dan kekayaan
♥Mampu memiliki kecerdasan dan kebijaksanaan yang tinggi dan digunakan untuk menyuluh diri atau orang lain ke jalan kebaikan dan kemajuan

BAROMETER PERSONALITI NILAI – Angka 9 :
♥Seorang yang memiliki keyakinan tinggi, kekuatan diri dan wawasan besar
♥Bersikap terbuka dan suka membukakan paradigma (minda / jiwa) yang lain ke arah pengembangan
♥Mampu menjadi perintis
♥Suka memerhati dan menilai secara keseluruhan sebelum bertindak
♥Mampu mengindahkan dirinya dengan keperibadian akhlak yang mulia serta tinggi harga diri atau martabatnya (bermaruah)
♥Selalunya berfikiran luas dan berwawasan jauh, teguh pendirian (prinsip diri) dan konsisten dalam tindakan
♥Tegar dalam keputusan yang diyakini, cekal hati dan suka berdikari
♥Memiliki kemampuan untuk mengakhiri atau menghentikan sesuatu demi kebaikan atau keadilan
♥Juga mampu memperingatkan diri dan orang lain akan kesalahan
♥berani menghukum atas nama keadilan
♥Berupaya mencegah keburukan diri atau orang lain melalui nasihat dan teguran yang positif
♥Seorang pendorong yang memiliki sifat penyabar dan tidak tergesa-gesa atau menekan

Saturday 21 January 2012

HATI..


BERTAKHTA SEGALA YANG BAIK ITU DI HATI..  
HATI TEMPAT YANG PALING PENTING UNTUK KITA MERASA BAHAGIA..
JAGALAH HATI.. RAWATLAH HATI..

I won't go...

Saya dan "Cell Phone.."


Disember 2010- ???
Tak pernah terfikir untuk bertukar kepada BlackBerry Bold 9700 kerana saya adalah pengguna setia produk NOKIA.. BBM sesama rakan-rakan dan penggunaan Internet 'paksa' saya berkenalan dengan BB.. Tapi NOKIA masih digunakan... :)
September 2010
Nokia X6.. Telefon 'Touch Screen' pertama saya.. warnanya special.. Purple! 16gb.. Dan.. buat pertama kalinya saya pergi beli sendiri..  Sebabnya abang saya tiada di rumah dan saya tak boleh tunggu abang saya balik.. hahaha. 


2006-Disember 2010
Masih boleh digunakan sehingga hari ini.. tapi dah bagi kat adik.. sayang sangat kat N70 ni..
2005-September 2010
NOKIA 6630..Tahan lasak. Tak pernah rosak. Masih boleh digunakan dan kini menjadi koleksi saya.

2004 
Telefon kamera & video pertama saya. Suka sangat buat rakaman video dengan NOKIA 6600.. mangsanya family saya laa..


2003
Nokia 8310.. "Butterfly"..Telefon yang 'cute'.. kecil & ringan.. Telefon ni tak lama sangat saya gunakan..
2002-2006
Hmmm.. ini adalah telefon pertama yang saya bayar tapi dibeli oleh abang saya. Saya tak pandai nak beli telefon.. tak reti tawar-menawar. Itu kata abang saya. huhuu.. Syok sangat guna telefon ni sebab boleh tukar macam2 warna.. boleh pakai sedondon dengan pakaian.. hahaha.. Selesa sangat gunakan NOKIA 3310.
2001
NOKIA 3210.. Abang saya juga yang berikan padahal saya dah pun bekerja.. hehe..

2000
Cell Phone pertama saya... NOKIA 5190.. Hadiah daripada abang setelah tamat belajar.. Sekarang pun masih ada dalam koleksi.. tapi dah tak boleh digunakan. 

Saya lihat Pelangi.... :)

Penghujung Safar 1433H.. penghujung Jan 2012.. masa berlalu dan tidak pernah menunggu. Setiap saat ada sahaja yang terjadi di dalam kehidupan. Datang dan pergi. Kematian dan kehidupan.. Semua telah dirancang olehNya.. Yang patah akan tumbuh.. Yang hilang akan berganti.. Yang pergi tidak akan kembali.

Petang kelmarin saya berpeluang melihat pelangi. Petang hari ini saya merenung melihat langit tetapi pelangi tidak muncul. Setiap yang berlaku telah ditetapkan olehNya. Saya seharusnya sentiasa menghargai dan menikmati setiap saat yang dianugerahkan olehNya sebelum ia hilang dari pandangan mata saya. Siapa tahu itu adalah pelangi terakhir yang akan saya lihat. Alhamdulillah.. saya bersyukur di atas segalanya..

Hahaha.. jangan sedih-sedih.. senyum.. selalu emosional. Bahagiakan diri sendiri dan mereka yang sentiasa ada di sisi. InsyaAllah beri bahagia akan dapat bahagia..

Terngiang di telinga Pelangi Petang nyanyian arwah Sudir..
"Engkau tiba bagaikan pelangi, tak bercahaya namun kau berseri tapi cukup menghiburkan hati ini.."

Saya juga berdoa agar kehadiran saya di dalam kehidupan kalian penuh berseri.. walaupun seketika.. Sesuatu yang indah untuk dikenang. Kalau ada yang tak indah tu.. maafkanlah ya, maklumlah kita kan manusia. Adakalanya kalian terluka kerana saya. Maafkan saya ya.. Hmm.. lumrah kehidupan: suka pasangannya duka.. gembira pasangannya sedih.. pahit pasangannya manis dan saya pasangannya awak.. hehe..

Apa yang nak saya luahkan sebenarnya... saya sangat bahagia kerana saya telah lalui pelbagai pahit manis kehidupan dan saya bersyukur kerana tiap satu darinya mengajar saya erti sebuah kehidupan. Alhamdulillah.. 

Semoga esok kita masih berpeluang melihat matahari dan pelbagai keindahan ciptaanNya untuk kita sama-sama nikmati dan syukuri. Syukur tidak terkira kerana dapat bernafas untuk saat ini. DIA sayangkan kita setiap masa.. DIA izinkan kita bernafas supaya kita ada peluang untuk hidup agar kita muhasabah dan berusaha untuk menjadi lebih baik berbanding hari semalam. InsyaAllah. 

TERIMA KASIH.