Tuesday 28 August 2012

Tengah Malam



Kalau kita terjaga di tengah-tengah malam itu, ia sebenarnya satu anugerah dari Allah swt. Allah swt. kirimkan malaikatNya mengejutkan kita supaya kita bangun beribadah kepada Allah. Sebagai tanda terima kasih kerana mengejutkan kita, paling malas pun, mintalah apa-apa (berdoa) walau sedikit (meskipun kita masih di tempat tidur) kepada Allah swt. Kemudian tidurlah.

Kalau kita sedar, kemudian kita terus sambung tidur tanpa ucapkan apa-apa (contoh beristighfar, bertahmid dan sebagainya). Kemudian malam kedua dan malam ketiga pun begitu juga. Kita bimbang malaikat tidak akan datang lagi mengejutkan kita.


Things To Do..


Apabila kamu teringatkan seseorang, perbanyaklah olehmu ISTIGHFAR

Apabila kamu lupa tentang apa yg kamu pelajari, perbanyakkanlah SELAWAT

Apabila kamu ingin wajah berseri & sejuk mata memandang, perbanyaklah SOLAT DHUHA

Apabila kamu inginkan perlindungan & kekuatan hati, perbanyaklah TAHAJUD

Apabila kamu inginkan malaikat mendampingimu & mengelak dari pandangan nafsu syaitan, hendaklah kamu sentiasa berada dalam keadaan BERWUDHU

Friday 24 August 2012

♥ Bahagia ♥



Simple Rules of Happiness


Doa Keluarga Bahagia


Saya Tumpang Bahagia



~..Semoga MELIHAT kebahagiaan orang lain yang tidak pernah kita kecapi itu, masih mampu membuat kita TERSENYUM, REDHA dengan ketetapanNYA, SABAR dengan ketentuanNYA dan BERSANGKA BAIK dengan aturanNYA..~

InsyaAllah, semoga dalam KEKURANGAN dan KEPAYAHAN..
kita masih mampu MENDOAKAN kesejahteraan insan lain..
semoga tidak timbul iri hati dan dengki,
semoga yang lahir dari sudut hati adalah DOA yang TULUS
dan BISIKAN IKHLAS:

“SAYA TUMPANG BAHAGIA”

Semoga melihat kebahagiaan orang lain itu,
menjadi KEBAHAGIAAN buat kita

Monday 20 August 2012

TAPAI Di Hari Raya...


Menu yang dicari semasa berkunjung di hari raya.. hehe.. Tak tau bila bermula atau sejak bila saya gemarkan tapai beras pulut.. Saya akan meninjau meja hidangan melihat ada ke tak ada tapai.. kalau ada.. tersenyumlah saya.. ♥♥

Tapai dalam bungkusan daun lebih nikmat rasanya. Sama ada daun getah atau daun pisang.. itulah tapai yang saya gemari.. Tapi peredaran masa menyebabkan tapai juga bertukar wajah. Tapai kini 'dibungkus' di dalam bekas plastik... hmmmm.. macam bukan tapai je kan.. Bagi saya tapai daun tetap menjadi pilihan hati..


Bila bercerita tentang tapai saya teringat salah satu petua semasa membuat & membungkus tapai.. pantang larang la lebih kurang.. perempuan yang sedang dalam 'period' tak boleh menyibuk nak buat atau bungkus tapai nanti hasilnya tapai berwarna merah. Betul ke tidak punca tapai menjadi merah disebabkan langgar pantang atau sebaliknya.. saya tak tahu la pulak kan. Itu hanyalah petua kat kampung saya. Kampung orang lain saya tak tahu apa petuanya.

Tapi ada yang kata tapai bergantung kepada ragi yang digunakan. Semakin berkualiti ragi semakin sedap & manis tapai yang dibuat..

Apa-apa pun.. saya sangat sukakan tapai... Jom.. kita makan tapai yang manis niii...


Sunday 19 August 2012

1 Syawal 1433H


Firman Allah:
“Dan sempurnakanlah ibadah puasa kamu mengikut bilangan hari dalam bulan Ramadhan (29 atau 30 hari), dan bertakbirlah (membesarkan Allah) atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur.” 

(AlBaqarah: 185)


Saturday 18 August 2012

TaqobalAllahu Minna Wa Minkum


Amalan Sunnah Pada Aidilfitri


Menyambut hari raya adalah ibadah dalam Islam. Aidilfitri merupakan hari kejayaan dan kegembiraan bagi setiap orang mukmin yang telah berjaya menjalani kursus intensif di madrasah Ramadhaniah selama satu bulan.

Berikut adalah beberapa perkara sunnah ketika menyambut ketibaan bulan Syawal, agar Aidilfitri yang kita raikan benar-benar diterima sebagai ibadat di sisi Allah.

1)    Bertakbir .
        Umat Islam disunatkan bertakbir pada Aidilfitri bermula daripada malam raya sehingga imam mengangkat takbiiratul ihram untuk solat sunat hari raya. Bagi Aidiladha, ia disunatkan bermula selepas solat subuh 9 Zulhijjah sehingga selepas asar hari ke 3 tasyriq ( menurut tarjih Imam Nawawi ). Umat Islam sangat digalakkan untuk memahami dan menghayati setiap ungkapan takbir yang dilaungkan. Ia sarat mengandungi makna keagungan dan keesaan Allah, serta kebenaran janji-Nya untuk memberi pertolongan kepada orang-orang mukmin. Bahkan ia juga mengingatkan kita peristiwa Perang Ahzab, di mana Allah telah memporak-perandakan tentera Barisan Ahzab dengan kekuasaanNya.


2)    Mandi sunat , memakai pakaian yang terbaik dan berwangi-wangian.
        Imam Hakim telah meriwayatkan bahawa Hassan bin Ali bin Abi Talib r.a. berkata : ”Rasulullah s.a.w telah memerintahkan kami pada kedua-dua hari raya supaya memakai sebaik-baik pakaian yang kami miliki, menggunakan wangian yang paling baik dan menyembelih binatang korban yang paling berharga (mengikut kemampuan)” ( Mustadrak Hakim ; 4 / 230 ). Manakala mandi sunat hari raya pula, tidak ada sebarang hadis yang sahih tentangnya, tetapi terdapat beberapa ( آثار ) daripada para sahabat r.a. Di antaranya adalah ungkapan Abdullah ibnu Abbas r.a : ”Rasulullah s.a.w sentiasa mandi pada hari Aidilfitri dan Aidiladha”( riwayat Ibnu Majah : no 1315 ).  Menurut Sheikh Naasiruddin di dalam kitabnya Irwa’ul Ghaliil, katanya ”sebaik-baik dalil tentang sunatnya mandi pada hari raya ialah apa yang diriwayatkan oleh Imam Baihaqi di mana Saidina Ali r.a telah ditanya oleh seorang lelaki tentang mandi, lantas beliau menjawab : Mandilah setiap hari kalau kamu kehendaki. Lelaki itu berkata lagi : Aku maksudkan mandi yang betul-betul mandi (mendapat pahala). Ali menjawab : Hari Jumaat , hari Arafah , hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” ( Irwa’ul Ghaliil : 1 / 176 ).

Justeru, wujudkanlah suatu persekitaran ibadah di dalam rumah masing-masing. Apabila hari raya menjelang tiba, anak-anak perlu diingatkan untuk melakukan perkara-perkara ini sebagai suatu bentuk ibadah. Walaupun ia dilihat kecil tetapi ruh ibadah ini akan membawa kepada keberkatan dalam keluarga.


3)    Makan sebelum keluar rumah.
        Imam Bukhari telah meriwayatkan bahawa Anas bin Malik berkata ”Rasulullah s.a.w tidak keluar dari rumah baginda pada hari Aidilfitri, melainkan baginda makan dahulu. Baginda makan beberapa biji kurma dalam bilangan ganjil (bukan genap)” ( Bukhari ; no 2 / 21 ). Oleh itu sebaik-baik makanan pada pagi tersebut adalah kurma kerana menepati 2 sunnah iaitu sunnah makan terlebih dahulu dan sunnah memakan kurma. Walaubagaimanapun, tidaklah menjadi suatu kesalahan untuk memakan selain kurma, kerana ianya tetap mendapat pahala makan sebelum keluar dari rumah. Insya Allah.


4)    Pergi ke masjid untuk menunaikan solat Aidilfitri dan pulang dengan melalui jalan yang berbeza.
        Jabir bin Abdullah r.a menceritakan bahawa pada hari raya, Rasulullah s.a.w menggunakan jalan yang berbeza. ( Bukhari ; no 2 / 29 ). Abu Hurairah juga turut menyatakan ”Setiap kali hari raya, Rasulullah akan pergi menunaikan solat hari raya, kemudian baginda pulang melalui jalan yang berbeza ” ( Ahmad : no 2 / 338 Tarmizi 2 / 541 ). Justeru, usahakanlah untuk menghidupkan sunnah ini, semoga kesungguhan kita memilih jalan berbeza untuk pulang ke rumah semata-mata kerana menuruti Rasulullah s.a.w, bakal menambahkan kasih kita kepada baginda s.a.w.

5)    Islamic greeting pada hari raya.
(TAQOBBALALLAHU MINNAA WA MINKUM )
        Jubair bin Nufair r.a berkata ” Apabila para sahabat Rasulullah s.a.w bertemu sesama mereka pada hari raya, mereka saling mengucapkan:

  تقبل الله منا و منكم"  
(moga-moga Allah menerima amalan kami dan amalan kalian semua)
(Ibnu Hajar–Fathul Baari 2/517 )(Sheikh Naasiruddin–Tamaamul Minnah–354). 

Namun begitu, tidak ada sebarang larangan untuk kita mengungkap ”maaf zahir batin” atau ”selamat hari raya”, tetapi sebagai umat yang sentiasa ingin menjadikan generasi para sahabat sebagai contoh, maka utamakanlah ungkapan yang diamalkan oleh para sahabat ini, kemudian diikuti adat masyarakat setempat. Semoga Allah menempatkan kita bersama para sahabat baginda di akhirat kelak.


6)    Solat sunat hari raya dan mendengar khutbah
        Umat Islam disunatkan melakukan solat sunat pada kedua-dua hari raya secara berjemaah dan mengambil iktibar daripada khutbah yang disampaikan. Para imam berkewajipan mengingatkan umat Islam akan kebesaran Allah dan menimbulkan rasa kesyukuran kerana telah berjaya menundukkan hawa nafsu sepanjang Ramadhan serta menasihatkan ummah agar sentiasa istiqamah dengan ketaatan dalam 11 bulan seterusnya. Begitu juga para imam perlulah menggalakkan masyarakat agar berkongsi kegembiraan hari raya ini dengan golongan fakir miskin dengan memberi zakat dan bersedekah kepada mereka. Sebaiknya juga, ketika berkhutbah imam menafsirkan makna takbir yang dilaungkan supaya kisah pertolongan Allah di dalam Perang Ahzab sentiasa menjadi ingatan umat Islam dalam menghadapi cabaran menjaga agama mutakhir ini.

Kredit : Ustaz Syed Norhisyam Al-Idrus

Amalan Malam Raya


Thursday 16 August 2012

YESTERDAY


Tersenyum saya bila terdengar lagu Yesterday... 
Setiap lagu ada kisahnya yang tersendiri dalam kehidupan kita kan..

Saya terkenangkan alam kampus sekali lagi.. pensyarah pun ada macam-macam ragam kan.. Tersenyum dan tersenyum lagi.. Roda masa berpusing dan saya akan kembali ke alam kampus.. kembali ke kelas pada tahun pertama, semester pertama... Pensyarah yang membuat saya tersenyum hari ini ialah peminat The Beatles..

Pertama kali saya masuk kelas beliau saya dah terasa yang dia seorang yang 'sentimental'.. jiwa halus.. Saya suka dengan kaedah pengajaran beliau. Maklumlah kelas pada hari pertama lebih kepada sesi berkenalan dengan pensyarah.. kalau pensyarah 'syok sendiri' jawabnya akan ada yang ponteng kelas nanti.. 

Kelas yang di ajar tak 'boring' dan yang menariknya bila kelas hampir tamat, kami diminta membaca 'nota' agak pendek di skrin. Agak 'familiar' tapi saya ingat-ingat lupa. Dengan selambanya Puan pensyarah saya melagukannya.. Rupa-rupanya YESTERDAY, The Beatles. Kami pula diminta menyanyi bersama-sama. Hmmmm... bukan hari pertama tu sahaja ya.. 1 semester saya dan kawan-kawan saya nyanyikan lagu YESTERDAY bila tamatnya kelas  beliau.

Saya teringin nak tanya kenapa Puan begitu gemarkan lagu ini? Ada kisah di sebalik lagu ini? Semua itu tidak tertanya dan menjadi persoalan hingga ke hari ini..

Biarlah.. "Setiap orang ada rahsia yang tak perlu dikongsikan dengan sesiapapun..."

p/s: Puan Pensyarah saya akan berdiri seperti konduktor orkestra.. sambil tu beliau akan betulkan tudung beliau.. kadang-kadang tudung beliau akan senget kerana selalu sangat dibetulkan sebab asyik menghayati 'koir' oleh para pelajarnya.. hehehe

Wednesday 15 August 2012

Rindu... Halwa Buah Pala..


Dalam kesibukan persiapan akhir untuk menyambut ketibaan aidilfitri saya rindukan keriangan bersama kawan-kawan di alam kampus.. 3 tahun berpuasa di perantauan.. perasaannya berbeza tetapi dengan kehadiran kawan-kawan semuanya menjadi indah dan senyuman pasti terukir saat terkenangkan gelagat bersahur, berbuka, terawih di kampus.. Pulau Pinang akan sentiasa di hatiku..

Saya juga rindukan buah pala kering... halwa buah pala.. kawan-kawan sibuk cari biskut untuk di bawa pulang ke kampung tetapi saya pulak mencari jeruk dan buah pala kering... pusing Chowrasta mencari buah pala kering yang paling sedap untuk diisi ke dalam balang biskut hari raya.. dihidangkan kepada tetamu.. Keluarga saya pun suka makan buah pala kering.. jadi setiap tahun semasa di alam kampus buah pala kering melengkapi menu hari raya kami... bila dah habis belajar saya masih dapat menghidangkannya kepada tetamu kerana jiran sekampung belajar kat Pulau Pinang... tapi.. itu semua kisah lama... dah lama dah tak merasa halwa buah pala Pulau Pinang... 

p/s: InsyaAllah... akan ke Pulau Pinang juga.. raikan setiap kenangan di dalam kehidupan... ♥

Friday 10 August 2012

Qiam with Me 1433H









p/s: ALLAHUAKBAR...
ISLAM DIJUNJUNG, RAJA DISANJUNG, RAKYAT DI PAYUNG.... ALHAMDULILLAH..

Tuesday 7 August 2012

Kanvas Ilahi..

“Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda & keterangan Kami di ufuk sana, dan dalam diri mereka sendiri sehingga jelas kepada mereka bahawa sesungguhnya Dia adalah benar. Adakah tidak cukup sesungguhnya Tuhanmu amat menyaksikan tiap sesuatu. Sesungguhnya mereka dalam keraguan terhadap pertemuan dengan Tuhan mereka (di Hari Pembalasan). Sesungguhnya Dia Maha Menggarap tiap sesuatu” (Fussilat:52-54).]


Subhanallah..Mahasuci Allah

...yang berkuasa memperlihatkan bukti kewujudanNya



Alhamdulillah..Segala puji bagi Allah

...syukur di atas petunjukNya



La ilaha illallah..Tiada tuhan selain Allah

...sesungguhnya solat kita, ibadah kita, hidup dan mati kita hanyalah kerana ALLAH




Allahu Akbar..Allah Maha Besar

...besarnya kekuasaanMu Ya ALLAH 


“Sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi, dan pertukaran malam dan siang, sungguh terdapat ayat-ayat (tanda-tanda) bagi ‘ulul-albab’ (ahli fikir). (Iaitu) orang yang mengingati Allah semasa berdiri, duduk dan berbaring dan mereka bertafakur (memikirkan dengan mendalam) tentang penciptaan langit dan bumi (lalu mereka mengucapkan): “Rabbana (wahai Tuhan kami)! Engkau (Allah) tidak jadikan (semua) ini dengan sia-sia. Subhanaka (Maha Suci Engkau/Allah)! Lindungilah kami daripada azab neraka.”(Aali Imran 3:190-191)


P/s: Kebanyakan gambar yang dirakam oleh pengirim foto "kalimah Allah swt di langit" yang saya 'google' dan pilih untuk dikongsikan di blog saya secara tak sengaja adalah dalam bulan Ramadhan... Subhanallah.. pasti ada hikmahNya.. InsyaAllah...

PurpleGifts... Renungkanlah setiap penciptaan di langit & bumi dengan MATA HATI...

"Allah menciptakan langit dan bumi dengan hak. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang-orang mukmin." (Al-Ankabut : 44)

Monday 6 August 2012

Senaskah Al-Quran

Sempena Nuzul Al-Quran tetiba saya terkenangkan 'nasib' senaskah Al-Quran yang sangat popular dijadikan barang hantaran perkahwinan. Sebelum ni saya anggap ia adalah adat di dalam majlis perkahwinan orang Melayu. Al-Quran mesti dimasukkan ke dalam senarai barang-barang hantaran perkahwinan. 

Alhamdulillah.. hari ini.. ketika menatap naskah Al-Quran pemberian arwah Ayoh (Datuk).. sedikit pencerahan berlegar di benak fikiran saya.. Nilai Al-Quran sebagai hantaran.. kedudukan Al-Quran di dalam majlis perkahwinan orang Melayu.. pelbagai persoalan mula berlegar... 

Al-Quran dijadikan hantaran sebagai simbolik rumahtangga yang dibina adalah berlandaskan Al-Quran.. Rumahtangga yang acuannya Al-Quran dan Hadis.. Alhamdulillah.. Sememangnya itulah yang seharusnya jadi pegangan setiap muslim.. InsyaAllah rumahtangga yang dibina barakah..diberkatiNya...

Cuma... Ini pandangan saya secara peribadi ya.. Senaskah Al-Quran yang dijadikan hantaran itu di mana fungsinya selepas majlis yang gilang-gemilang? Di dalam almari yang terukir indah? Di atas rak koleksi buku-buku? Atau dijadikan bacaan oleh pasangan pengantin.. Si suami perbetulkan bacaan isteri.. pasangan mengalunkan bacaan surah-surah di dalam Al-Quran sama-sama..Alhamdulillah.. bahagianya senaskah Al-Quran.. tidak hanya dipandang tetapi dimanfaatkan bersama.. Mengamalkan isi kitab Al-Quran untuk membentuk keluarga sakinah mawaddah wa rahmah.. InsyaAllah..

Walau bagaimanapun, semuanya bergantung kepada nawaitu setiap dari kita juga.. perbetulkan niat jangan sekadar mengikut adat semata-mata..dan jangan sesekali melayan kitab Al-Quran sama seperti sebuah buku atau novel tebal yang hanya dibaca untuk mengisi masa.. ambil dan letak sesuka hati tanpa berwudu' terlebih dahulu..

Sama-samalah kita menjaga hati.. InsyaAllah.. tidak salah Al-Quran dihias indah sebagai hantaran perkahwinan tetapi peliharalah kemuliaannya, kedudukannya untuk memastikan Al-Quran itu mendapat layanan sewajarnya.. Al-Quran... Kitab Allah...

Wallahualam...



p/s: Peringatan untuk diri sendiri juga yang mungkin bakal berkahwin suatu hari nanti yang akan memberi dan menerima senaskah Al-Quran... ♥ 

Al-Quran adalah hadiah terakhir yang Baginda Rasulullah saw tinggalkan kepada umatnya....
"Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku."

17 Ramadhan 1433H




Wednesday 1 August 2012

Indahnya Takdir -Syikin Zainal



Syikin Zainal..
Tahniah.. dah jadi novelis rupanya kawan saya yang sorang ni.. Tak sangka la pulak Syikin Zainal suka berkarya.. setahu saya Syikin Zainal seorang penghibur.. penglipur lara.. hahaha.. Apa taknya di mana ada Syikin Zainal di situlah ada lawak jenaka.. nak tergolek pun ada.. Idea gila-gila.. Tapi.. Syikin Zainal sentiasa dirindui...

Syikin Zainal dan saya antara yang menunggu surat masa kat kampus.. Apa taknya kami berdua memang suka mengutus surat dengan kawan-kawan tercinta.. hehe.. Bilik si Jamilah yang akan jadi sasaran lepak sebab dekat dengan Bilik TV.. Banyak sangat kenangan dengan Syikin Zainal.. 

Syikin Zainal... terima kasih sentiasa menjadi teman setia.. menambah keceriaan di dalam alam kampus yang penuh cabaran.. "Kanak-kanak Riang".. 

Selamat berkarya.. Saya akan sentiasa memberi sokongan dan akan sentiasa merindui seorang gadis yang nakal yang kini dah pun bergelar ibu dan juga novelis yang saya minati... :)