Sunday 20 April 2014

Jawatan Di Dunia...

Masih lagi ada rasa debaran itu.. saat membaca baris ayat "...telah meninggal di dalam tidurnya..."

Seorang sahabat yang secara tidak langsung saya galas jawatan yang ditinggalkan beliau pada tahun 2009 kini tinggalkan seluruh jawatan di atas dunia ini dan telah kembali kepadaNya..

Sepanjang tempoh di awal pekerjaan saya mencarinya meminta pelbagai tunjuk ajar untuk 'mengambil' tugas yang ditinggalkan beliau... kali ini saya mencarinya untuk pertemuan akhir di dunia ini.. terbujur kaku.. bertemankan alunan bait-bait indah surah Yassin oleh para ahli keluarga serta sahabat...

Ya Allah semoga segala ilmu yang dikongsikan beliau kepada saya dan rakan seperjuangan menjadi saham akhirat buat beliau...

Sangat baik..warak..berkebajikan.. semoga setiap kebaikan yang dilakukan sepanjang hayat beliau menjadi bekalan di sana... dipermudahkanNya segala urusan di sana.. semoga diampuni segala dosa... ditempatkan bersama hambaNya yang soleh.. yang beriman di dalam syurgaMu.  Aamiin.

Terima kasih sahabat...

Saturday 5 April 2014

CD dan Autograf....

SELAGI ADA RINDU..... 

Lagu ni sentiasa buat aku tersenyum...
Terkenang sebuah perjalanan ke destinasi yang mengguris hati pada awalnya...
Aku buat pertama kalinya mengenali tuan empunya lagu Selagi ada rindu... Pak Long... di sini...

Bukan Pak Long yang memegang watak utama dalam kisahku ini..
Rakan setugasku..


Punyalah 'kedekut'....
Dia beli CD Pak Long dan ada autograf.
Aku minta nak pinjam.. selamba dia jawab... 

"Takde. Ada dalam kereta..." 
aduiiii... aku tertunggu2 dia cakap sekurang2nya.. 
"nak pinjam ke..kejap lagi.. dalam kereta..."
Tapi... memang patut pun dia tak bagi aku pinjam... 
baru kenal beberapa jam... tahap kepercayaan tu masih sedikit...
Apa2 pun... perjalanan yang sedih pada awalnya bertukar kepada... SENYUM...

Terima kasih sahabat.


SELAGI ADA RINDU - PAK LONG

Selagi ada bulan mentari
Selagi ada berkasihani
Selagi ada bulan dan bintang
Selagi ada berkasih sayang

Selagi ada ombak dan laut
Selagi hatiku terpaut
Selagi ada turunnya hujan
Selagi ada rahmat Tuhan

Selagi ada langit dan bumi
Selagi cintaku bersemi

Chorus
Selagi ada waktu
Selagi ada rindu
Biar beribu batu
Ingin aku bertemu

Oh kasih (oh kasih)
Damailah (damailah)
Engkau di sana

Ku berdoa (ku berdoa)
Pada Tuhan (pada Tuhan)
Agar kau bahagia

Ulang Chorus
Selagi ada langit dan bumi
Selagi cintaku bersemi

Ulang Chorus
Oh kasih (oh kasih)
Damailah (damailah)
Engkau di sana

Ulang Chorus 3X

Makcik Momo

Tangan 'tua' inilah seringkali kejutkan aku kala subuh hari...
Biasanya Makcik Momo akan ralat bila aku lena diulit mimpi... 
kalau ku fahami bahasanya barangkali Makcik Momo cakap... 
"bangun.. subuhhhhh... nak masuk syurga kena jaga solat.... bangun...bangunnnn..."
Terima kasih Allah hadirkan Makcik Momo dalam menemani perjalanan hidupku ini...

ALHAMDULILLAH..