Ya Allah.. ampunilah segala dosa kami...Ya Allah.. ku mohon kepadaMu.. berikanlah kekuatan kepada kami semua dalam menghadapi ujian ini.. permudahkanlah segala urusan mencari Mh370.. tabahkan hati, tetapkan iman para penumpang dan krew Mh370 agar tidak goyah malah bercambah keimanan kepadaMu.. Kau lembutkan hati mereka-mereka yang terlibat agar kembali kepadaMu.. ya Allah selamatkanlah pesawat MH370 dan para penumpang serta krew anak kapal... aamiin
Tuesday, 11 March 2014
Saturday, 8 March 2014
MH370 8 Mac 2014
Inna lillahi wainna ilaihi rajiun
Sama2 kita berdoa agar dipermudahkanNya usaha mencari pesawat MH370. Semoga Allah selamatkan semuanya. Kurniakan kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian ini buat ahli keluarga penumpang dan krew MH370. AAMIIN...
InshaaAllah.
P/s: saya ikuti sepanjang hari kupasan dari Astro Awani.. hanya doa dapat dikirimkan.. bersabar dan bertawakal... inshaaAllah.
Kun fayakun..
Thursday, 6 March 2014
Rasa atau Perasaan..
Tak ketemu rasa yang aku rasa sebagaimana yang pernah aku makan buat kali pertama..
Beli yang sama tetapi rasa itu seperti tidak sama seperti waktu itu...
Atau "moment" itu yang jadikannya sedap.. sangat sedap... kerana dibelinya dengan penuh kasih sayang?
Rasa itu istimewa.. mungkin juga waktu itu hatiku berbunga2..
BAHAGIA... ya itu adalah perasaan bahagia yang diterjemahkan melalui sebungkus Nasi Tumpang..
ALHAMDULILLAH..
Ampun
Ada dosa yang tidak terampun dengan Istighfar tetapi terampun dengan ujian dari ALLAH SWT.. jadi, ujian juga penghapus dosa...
Kadang2 sebagai manusia.. aku juga tidak terlepas dari persoalan yang tidak ku ketemu jawapannya...
"Di mana pasangan hidupku.. apa kekuranganku..."
"Bila agaknya aku akan dapat kerjaya yang lebih baik.. gaji lagi mahal..."
"Bila aku dapat buat umrah.. haji.."
....dan macam2 lagi persoalan..
Usah terlalu memikirkan tentang jodoh yang tak kunjung tiba... gaji yang tak pernah cukup... muhasabah diri... kesemuanya ini ujian dariNya..
Fikirkan... Betapa banyaknya dosaku.. semoga diampuninya dosa2 lalu.. dosa masa kini.. dosa2 yang diketahui dan yang tak diketahui... bertaubat dan perbaiki diri... inshaaAllah.. Allah Maha Pengampun.. Allah Maha Pengasih..
ASTAGHFIRULLAH....
Tuesday, 4 March 2014
Faham-faham la...
Contoh Situasi 1 :
"Apa azam awak tahun ni..."
"Saya nak fokuskan yang utama.. keluarga saya.."
"Lagi..."
"Banyakkan hadiri kuliah.. istiqamah dalam ibadat..."
"Saya nak fokuskan yang utama.. keluarga saya.."
"Lagi..."
"Banyakkan hadiri kuliah.. istiqamah dalam ibadat..."
Contoh Situasi 2 :
"Agak2 saya akan diterima tak?"
"Maaf.. kebelakangan ni saya tak pernah bincang dan tanya tentang hal ni..."
"Maaf.. kebelakangan ni saya tak pernah bincang dan tanya tentang hal ni..."
Apa kaitannya situasi2 di atas... ia berkaitan topik cinta luar biasa.. apabila wanita jatuh cinta pada lelaki luar biasa... suami orang...
Situasi 1 : kamu tiada dalam kalendar rancangan hidupnya
Situasi 2 : takkan kahwinimu..
Pada pandangan saya.. kamu kena faham.. lelaki itu tidak bersedia untuk jadikan kamu suri hidupnya... kamu tiada dalam agenda hidupnya..
Ini pandangan saya... terpulanglah kepada pendirian masing2... tapi jika tanya saya... jawapan saya... dia "tak boleh" berkahwin dengan kamu..
"dia benar2 cinta saya.. dia ada ajak saya kahwin..."
"benar dia cinta kamu tetapi cinta tak semestinya memiliki.... dia ingin kahwini kamu tapi dia tak boleh.. melainkan kahwin senyap2... dia ada kesulitan.. atau lebih mudah.. isterinya tak izin dia poligami..."
"benar dia cinta kamu tetapi cinta tak semestinya memiliki.... dia ingin kahwini kamu tapi dia tak boleh.. melainkan kahwin senyap2... dia ada kesulitan.. atau lebih mudah.. isterinya tak izin dia poligami..."
..sanggup ke kamu lukakan hati orang lain untuk perolehi kebahagiaan kamu?
P/s: jika benar dia mahu kahwini kamu.. dia akan usaha ke arah perkahwinan yang bukan rahsia...
Dan jika kamu ingin berkongsi kasih wanita itu.. kahwini suaminya apabila wanita itu redha kehadiran mu dalam rumahtangga nya..
Mohonlah kepada ALLAH SWT agar dilembutkan hatinya menerima dirimu...
All the best to u... ♡
Dan jika kamu ingin berkongsi kasih wanita itu.. kahwini suaminya apabila wanita itu redha kehadiran mu dalam rumahtangga nya..
Mohonlah kepada ALLAH SWT agar dilembutkan hatinya menerima dirimu...
All the best to u... ♡
Boleh ke?
Selalu dengar istilah 'Perampas' bila topik cinta luar biasa dikisahkan oleh masyarakat...
Ada Perampas dan ada juga yang ingin berkongsi kasih... ada ke? Ada....
Perampas memang popular sebab itulah apabila cinta benar-benar cinta juga dipandang hina masyarakat.
Cinta pun luar biasa namanya.. situasinya juga akan luar biasa... banyak cabarannya.. hanya yang terpilih sahaja akan dapat memiliki cinta luar biasa ini.
Ingat... Jangan jadi perampas... jika benar cinta jadilah rakan kongsi yang sehati sejiwa... cubit paha kiri, paha kanan juga terasa.. boleh buat macam tu? Kalau boleh.. Doaku.. semoga dipermudahkanNya segala urusan hidupmu... aamiin.
Tiada Dalam Senarai
Tak pernah sekali pun terfikir akan disingkirkan dari senarai itu... egonya diri ini... padan muka... :'(
...Senarai apa???
"Tahun ni saya pergi beberapa rumah sahaja.."
"Kenapa?"
"Saya pergi ke rumah yang ada dalam senarai je... saya dah buang beberapa rumah dari senarai saya.."
"Owhh... termasuk rumah saya ya.. patutlah awak tak datang rumah saya..."
"Kenapa?"
"Saya pergi ke rumah yang ada dalam senarai je... saya dah buang beberapa rumah dari senarai saya.."
"Owhh... termasuk rumah saya ya.. patutlah awak tak datang rumah saya..."
Realiti yang perlu dihadapi dengan tenang... apa tidaknya.. kamu telah tersingkir... dibuang dari senarai... bagaikan program realiti.. tiada undi tiada markah.. kurang diminati.. tak cukup syarat... dan lain2 yang seumpamanya.. keluarlah kamu dengan linangan airmata...
Takdir... Tentu ada sebabnya disingkir... usah pertikai.. muhasabah diri dan redha dengan segala2 nya...
P/s : Alhamdulillah.. Bersyukur diberikanNya peluang berkasih sayang walau seketika cuma. Hargai setiap detik yang dipinjamkanNya kerana kita tidak tahu bila dan bagaimana ia diakhiri...
Ruang Hati
"Ada lagi ke ruang dalam hati awak untuk saya.. muat ke saya tumpang di hati awak..."
...mencintai tetapi menyedari hakikat diri tidak akan dicintai...
Kasihan dan sedih kan tetapi itulah hakikatnya. Bagaikan mengejar bayang2.. sampai masanya bayang pun hilang dari pandangan...
"Mencintai tetapi tidak semestinya memiliki..."
Walau bagaimanapun... memiliki itu kerana mencintai... kan..kan..
Walau bagaimanapun... memiliki itu kerana mencintai... kan..kan..
Bila dah tau diri tak mungkin dicintai.. paksalah hati keluar dari ruang yang tiada buatmu.. berilah peluang kepada hati yang sudah penuh itu ruang untuk bernafas... lepaskan.. berilah hati itu bahagia pasti hati yang undur diri itu juga akan bahagia...
Bahagia membahagiakan... ♥
Jangan Sedih....
Ia subjek pembelajaran dari sebuah sekolah cinta...
Robek hatiku di saat cinta pergi meninggalkanku. Manakan tidak.. ku yakin akan cintaku... sepenuh hati... Semua ini ketentuan dariNya... ku lepaskan cintaku tetapi bagaimana...rasa cinta itu tetap kekal di sini..
Aku mengerti... Perasaan cinta itu datangnya dari ALLAH SWT.. anugerah dariNya... cinta itu pergi juga dengan izin dariNya..
Terima kasih cinta..
LA TAHZAN....
Subscribe to:
Posts (Atom)