Masih lagi ada rasa debaran itu.. saat membaca baris ayat "...telah meninggal di dalam tidurnya..."
Seorang sahabat yang secara tidak langsung saya galas jawatan yang ditinggalkan beliau pada tahun 2009 kini tinggalkan seluruh jawatan di atas dunia ini dan telah kembali kepadaNya..
Sepanjang tempoh di awal pekerjaan saya mencarinya meminta pelbagai tunjuk ajar untuk 'mengambil' tugas yang ditinggalkan beliau... kali ini saya mencarinya untuk pertemuan akhir di dunia ini.. terbujur kaku.. bertemankan alunan bait-bait indah surah Yassin oleh para ahli keluarga serta sahabat...
Ya Allah semoga segala ilmu yang dikongsikan beliau kepada saya dan rakan seperjuangan menjadi saham akhirat buat beliau...
Sangat baik..warak..berkebajikan.. semoga setiap kebaikan yang dilakukan sepanjang hayat beliau menjadi bekalan di sana... dipermudahkanNya segala urusan di sana.. semoga diampuni segala dosa... ditempatkan bersama hambaNya yang soleh.. yang beriman di dalam syurgaMu. Aamiin.
Terima kasih sahabat...
No comments:
Post a Comment