Tuesday, 20 May 2014

Momo dan Anak angkat

25 Syawal 1434H.. Momo kehilangan satu-satu anaknya, Nose yang hidup hampir setahun... kemalangan... beberapa minggu juga Momo kemurungan...

Momo lahirkan pula 7 ekor anak tapi tak sampai semua anaknya meninggal...

Hari ini... Momo girang.. lompat keriangan bersama anak2 angkatnya yang nakal...

Abu, Itam & Oren (Ren/Oyen).. lebih kurang 4 bulan umur mereka...

Hampir sebulan ambil anak2 angkat.. ( anak kucing adikku).. mula2 tak boleh sesuaikan diri... asyik marah aje... budak2 usik ditamparnya.. risau juga.

Alhamdulillah.. dalam 2-3 hari ni Momo macam dah boleh terima budak2 ni. Makan sama2 pun ok.. budak2 tidur dekat pun ok... seronok melihat perubahan Momo...

Syukur... ada 4 ekor kucing yang sudi berkongsi kasih sayang mereka denganku...

Alhamdulillah.

P/s: Semoga Nose  bahagia kerana ibu kesayangannya, Momo senyum kembali.. Nose... kami sayang kamu... (T_T)
Alhamdulillah.. walaupun seketika bersamamu... kami bahagia.. ♡

Sunday, 18 May 2014

Bekas Makan Tengahari

Tajuk apakah ini... Bekas Makan Tengahari... Lunch box... hmmmm...

Mengemas dan memilih barang2 untuk di buang... maklum la bukan berkurang bertambah ada la koleksi kan.. koleksi sampah kata adik ku yang comel...

Sampah yang ada nilai sentimental adik oooiiii... sebab tu simpan... sayangggg..

Terpandang bekas yang ada sudu garfu... adikku terus capai...
"Apa kebenda yang disimpan bekas makan ni... buang je laa.."

Aku terus ambil dan tenung...
"Tak boleh buang... akan terus simpan yang ni..."

Adikku geleng kepala melihat aku bungkus bekas makan ni dan letak kembali ke dalam kotak koleksi.

Kenapa ya aku sayang sangat kat bekas ni... jom.. Throwback...

Aku lupa tahun 2012 kut... aku bekerja di hari raya ketiga... restoran tak dibuka...

Alhamdulillah... rezeki.. sahabat baikku singgah dan berikan aku nasi ayam Radix.. terharunya.. hanya Allah yang dapat balas jasa baiknya..

Hmmmm.... itu je kisah bekas makan tengahari ni....

P/s: Aku juga simpan gelas air minuman yang pernah aku share dgn sahabat baikku... Hahahaha...

Saturday, 10 May 2014

Lembu itu..

Sedang asyik menyiram pokok2 di belakang rumah..seekor lembu bersama anak kecil datang menghampiri pagar rumahku.

Seolah-olah memanggil aku.... tiba2 matanya bergenang..

"Kenapa kau lembu.. kau nak air ke?" Aku beranikan diri dekat dengan pagar...
Lembu itu hanya bersuara perlahan. Anaknya lompat2 keriangan...
Aku bawa sebaldi air. Ku buka pagar dan letakkan di luar pagar.

Lembu tak nak air.
"Kenapa.. kau sakit ke lembu?"
Tiba2 lembu itu melangkah perlahan dan berhenti di tepi longkang. Melihat simen yang menutup longkang...

"Kamu lembu itu.. lembu yang talinya tersangkut di simen..lembu yang tak boleh bergerak itu?"

Air matanya basah...
"Owh.. ini anak kamu... kamu dah ada anak... jagalah anak kamu... hati2.. jaga diri kamu.."

Lembu itu datang hampiri aku.. aku hanya senyum... dia memandang aku... aku anggukkan kepala dan senyum lagi... airmata aku juga tertitis...

Allah Maha Berkuasa... diberikanNya perasaan kasih sayang ke dalam setiap makhluk ciptaanNya.

Hampir setahun yang lalu seekor lembu berhempas pulas menyelamatkan diri.
Aku sekadar datang melihat rumahku. Terkejut tertengok lembu itu. Tiada orang yang boleh aku minta tolong. Aku cuba tolong tapi lembu itu ingat aku mengancam dia.
Lembu itu melawan. Aku tawakkal kerana aku kasihankannya.
Hampir 30minit aku usaha. Alhamdulillah... tangan aku sedikit luka terkena simen... lembu itu terus lari.. dia takut.. lagipun hari hampir senja..

Aku yakin lembu yang ini adalah lembu itu... Alhamdulillah...

*Benar sekali.. haiwan juga hebat kasih sayangnya... manusia ada yang tidak berperikemanusiaan.. buat malu je kan..lembu pun tahu apa itu erti kasih sayang...
Terima kasih Allah untuk segala2 nya..

Friday, 2 May 2014

Buat dia di hati..

Istikharah Cinta -Sigma

Bersaksi cinta di atas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman di malam sunyi penuh doa

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Di penantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

Di istikharah cinta..

P/s : Andai dia tercipta buatku.. satukanlah hatinya dan hatiku..
Permudahkanlah urusan jodoh kami..
Jadikanlah dia suami dan sahabat yang akan membimbing dan menemani perjalanan hidupku dalam urusan agama.. urusan dunia dan akhirat.. Aamiin..