Sedang asyik menyiram pokok2 di belakang rumah..seekor lembu bersama anak kecil datang menghampiri pagar rumahku.
Seolah-olah memanggil aku.... tiba2 matanya bergenang..
"Kenapa kau lembu.. kau nak air ke?" Aku beranikan diri dekat dengan pagar...
Lembu itu hanya bersuara perlahan. Anaknya lompat2 keriangan...
Aku bawa sebaldi air. Ku buka pagar dan letakkan di luar pagar.
Lembu tak nak air.
"Kenapa.. kau sakit ke lembu?"
Tiba2 lembu itu melangkah perlahan dan berhenti di tepi longkang. Melihat simen yang menutup longkang...
"Kamu lembu itu.. lembu yang talinya tersangkut di simen..lembu yang tak boleh bergerak itu?"
Air matanya basah...
"Owh.. ini anak kamu... kamu dah ada anak... jagalah anak kamu... hati2.. jaga diri kamu.."
Lembu itu datang hampiri aku.. aku hanya senyum... dia memandang aku... aku anggukkan kepala dan senyum lagi... airmata aku juga tertitis...
Allah Maha Berkuasa... diberikanNya perasaan kasih sayang ke dalam setiap makhluk ciptaanNya.
Hampir setahun yang lalu seekor lembu berhempas pulas menyelamatkan diri.
Aku sekadar datang melihat rumahku. Terkejut tertengok lembu itu. Tiada orang yang boleh aku minta tolong. Aku cuba tolong tapi lembu itu ingat aku mengancam dia.
Lembu itu melawan. Aku tawakkal kerana aku kasihankannya.
Hampir 30minit aku usaha. Alhamdulillah... tangan aku sedikit luka terkena simen... lembu itu terus lari.. dia takut.. lagipun hari hampir senja..
Aku yakin lembu yang ini adalah lembu itu... Alhamdulillah...
*Benar sekali.. haiwan juga hebat kasih sayangnya... manusia ada yang tidak berperikemanusiaan.. buat malu je kan..lembu pun tahu apa itu erti kasih sayang...
Terima kasih Allah untuk segala2 nya..
No comments:
Post a Comment