Wednesday, 4 January 2012

5 M Dalam Kehidupan

“Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum sebelum kaum itu mengubah apa yang ada pada dirinya sendiri”. 
(Surah Ar-Raa'd 13: 11)

MUJAHADAH AN-NAFS
Mujahadah bermaksud pertarungan menentang nafsu dan perjuangan menegakkan agama Allah SWT .
Mujahadah perlu dilaksanakan secara istiqamah pada setiap masa dan tempat sehinggalah ke akhir hayat.
Mujahadah juga membersihkan diri dari segala dosa dengan cara meninggalkan perkara tersebut dengan taubat dan doa.
Manusia juga akan sentiasa dekat dengan hidayah Allah apabila mereka memiliki hati yang bersih . Selain itu, hati yang bersih juga akan melahirkan perbuatan yang baik.
► Usaha bersungguh-sungguh dalam setiap usaha (bekerja keras untuk berjaya dan bertawakal kepada ALLAH)
► Mujahadah dilakukan dengan selalu melakukan perencanaan terhadap aktiviti yang dilakukan. 

MUHASABAH
Muhasabah bermaksud menghisab dan menghitung setiap amalan dan dosa, ia bertujuan untuk meningkatkan lagi amalan dan mengingatkan manusia terhadap balasan Allah terhadap perkara kebaikan dan keburukan yang dilakukan.
Muhasabah akan mendorong manusia supaya sentiasa berhati-hati dalam kehidupan. Ia juga akan menimbulkan keinsafan dan keyakinan bahawa nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT terlalu banyak. Sekiranya dihitung dan dibandingkan nikmat Allah SWT dengan ibadah beratus tahun sekalipun, pasti ibadah yang itu belum boleh menyamai betapa besarnya nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT. Tanpa muhasabah diri, manusia akan hidup dalam kelekaan dan penderhakaan.
► Menilai diri sendiri (macam kita semak untung rugi perniagaan kita macam tu juga lah kita semak tahap diri kita di sisi manusia juga ALLAH)
►Hitung diri sekarang sebelum diri dihitung di akhirat; apa yang kurang dan apa yang perlu ditambah.

MU’AQABAH
Mu'aqabah adalah suatu bentuk denda yang dikenakan terhadap diri sendiri kerana kecuaian dalam melakukan sesuatu perintah Allah SWT. Denda ini adalah dalam bentuk amalan yang akan membawa seseorang itu lebih mendekati Allah SWT. Amalan mendenda diri sendiri ini membuktikan bahawa keimanan terhadap Allah SWT akan menjadi semakin teguh. Ini akan menunjukkan kebimbangannya terhadap balasan Allah SWT terhadap kecuaiannya.
► Sentiasa mendidik diri (ikhlaskan diri dalam apa bidang yang di ceburi kerana ALLAH S.W.T) dan menjaga agar diri kita tidak keluar dari dari apapun yang tidak diinginkan ALLAH SWT.

MU’AHADAH
Mu’ahadah dengan Allah SWT adalah perkara yang berlaku sebelum kelahiran manusia. Allah SWT telah membuat perjanjian dengan manusia semasa berada di alam roh.
Mengingati perjanjian kita ketika berada di alam roh dari semasa ke semasa merupakan suatu perkara yang amat penting untuk membina dan memperkukuhkan lagi keimanan kita kepada Allah SWT.
►Senantiasa berusaha mengikat janji antara manusia dengan Allah SWT

MURAQABAH
Muraqabah bermaksud kewaspadaan atau pengawasan.
Hati yang sentiasa bermuraqabah akan merasai kehadiran ALLAH S.W.T setiap ketika dalam apa jua tindakan dan sentiasa merasai bahawa Allah S.W.T. mengawasi segala gerak gerinya.
Penjagaan aspek muraqabah amat penting dalam pembetukan akidah. Langkah awalnya ialah dengan melaksanakan perintah Allah S.W.T. dengan penuh ketelititian dan meninggalkan larangan Allah S.W.T sepenuhnya.
►Selalu menjaga keikhlasan hati, menghindarkan diri dari sikap riya’ dan sombong.

No comments:

Post a Comment