Tuesday, 31 January 2012

Hadiah dari ibu..

PELAJAR : Assalamulaikum Ustazah
USTAZAH : Waalaikumussalam..
PELAJAR : Saya perlukan bantuan ustazah.
USTAZAH : (Senyum) InsyaAllah.. apa yang awak nak ustazah
bantu?
PELAJAR : Saya nak minta ustazah doakan saya dapat 5A UPSR.
USTAZAH : InsyaAllah.. Ustazah sentiasa doakan semua pelajar.
Usaha dan doa, insyaAllah awak akan dapat apa yang awak impikan. InsyaAllah.
PELAJAR : Ustazah kena doakan saya.. sungguh-sungguh. Saya
berharap.
USTAZAH : InsyaAllah.
PELAJAR : Biar betul ustazah..  ustazah tak tanya pun nama saya. ustazah nak  
                doakan saya ke tak..
USTAZAH: (Kehairanan) Boleh bagitau ustazah kenapa awak nak sangat dapat  
                5A?
PELAJAR : Ibu saya akan beri saya hadiah.
USTAZAH : Hadiah?
PELAJAR : Iya. Ibu dah janji akan tunaikan apa saja yang saya
minta.
USTAZAH : Apa hadiah yang awak mahu dari ibu?
PELAJAR : Saya hanya ingin ibu saya  menutup aurat.. pakai tudung.
USTAZAH : Alhamdulillah.
(terus menadah tangan & berdoa kepadaNya)



Alhamdulillah.. anak kecil memahaminya kerana Allah mengurniakan hidayahNya kepada sesiapa sahaja yang dikehendakiNya tanpa mengenal usia atau agamanya.
Semoga kita jua terpilih dan mendapat hidayahNya kerana sesiapa yang ingin berubah akan lebih mudah menerima hidayah dariNya. InsyaAllah

No comments:

Post a Comment