Monday, 6 August 2012

Senaskah Al-Quran

Sempena Nuzul Al-Quran tetiba saya terkenangkan 'nasib' senaskah Al-Quran yang sangat popular dijadikan barang hantaran perkahwinan. Sebelum ni saya anggap ia adalah adat di dalam majlis perkahwinan orang Melayu. Al-Quran mesti dimasukkan ke dalam senarai barang-barang hantaran perkahwinan. 

Alhamdulillah.. hari ini.. ketika menatap naskah Al-Quran pemberian arwah Ayoh (Datuk).. sedikit pencerahan berlegar di benak fikiran saya.. Nilai Al-Quran sebagai hantaran.. kedudukan Al-Quran di dalam majlis perkahwinan orang Melayu.. pelbagai persoalan mula berlegar... 

Al-Quran dijadikan hantaran sebagai simbolik rumahtangga yang dibina adalah berlandaskan Al-Quran.. Rumahtangga yang acuannya Al-Quran dan Hadis.. Alhamdulillah.. Sememangnya itulah yang seharusnya jadi pegangan setiap muslim.. InsyaAllah rumahtangga yang dibina barakah..diberkatiNya...

Cuma... Ini pandangan saya secara peribadi ya.. Senaskah Al-Quran yang dijadikan hantaran itu di mana fungsinya selepas majlis yang gilang-gemilang? Di dalam almari yang terukir indah? Di atas rak koleksi buku-buku? Atau dijadikan bacaan oleh pasangan pengantin.. Si suami perbetulkan bacaan isteri.. pasangan mengalunkan bacaan surah-surah di dalam Al-Quran sama-sama..Alhamdulillah.. bahagianya senaskah Al-Quran.. tidak hanya dipandang tetapi dimanfaatkan bersama.. Mengamalkan isi kitab Al-Quran untuk membentuk keluarga sakinah mawaddah wa rahmah.. InsyaAllah..

Walau bagaimanapun, semuanya bergantung kepada nawaitu setiap dari kita juga.. perbetulkan niat jangan sekadar mengikut adat semata-mata..dan jangan sesekali melayan kitab Al-Quran sama seperti sebuah buku atau novel tebal yang hanya dibaca untuk mengisi masa.. ambil dan letak sesuka hati tanpa berwudu' terlebih dahulu..

Sama-samalah kita menjaga hati.. InsyaAllah.. tidak salah Al-Quran dihias indah sebagai hantaran perkahwinan tetapi peliharalah kemuliaannya, kedudukannya untuk memastikan Al-Quran itu mendapat layanan sewajarnya.. Al-Quran... Kitab Allah...

Wallahualam...



p/s: Peringatan untuk diri sendiri juga yang mungkin bakal berkahwin suatu hari nanti yang akan memberi dan menerima senaskah Al-Quran... ♥ 

Al-Quran adalah hadiah terakhir yang Baginda Rasulullah saw tinggalkan kepada umatnya....
"Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku."

No comments:

Post a Comment