Sunday, 27 November 2011

Jangan Putus Asa...


A lady was driving along with her father.
They came upon a storm, and the young lady asked her father,

“What should I do?"
He said
"Keep driving"..  

Cars began to pull over to the side, the storm was getting worse.
"What should I do?"   The young lady asked.
"Keep driving,"   her father replied.

On up a few feet, she noticed that eighteen wheelers were also pulling over.  
She told her father, "I must pull over, I can barely see ahead.  It is terrible, and everyone is pulling over!"  
Her father told her,
"Don't give up, just keep driving!"

Now the storm was terrible, but she never stopped driving, and soon she could see a little more  clearly. After a couple of miles she was again on dry land, and the sun came out.
Her father said,
"Now you can pull over and get out."
She said "But why now?"  
He said
"When you get out, look back at all the people that gave up and are still in the storm, because you never gave up your storm is  now over.”


This is a testimony for anyone who is going through "hard times".
Just because everyone else, even the strongest, gives up..
You don't have to...
If you keep going, soon your storm will be over and the sun will shine upon your face again.


P/s : Alhamdulillah.. Sempena Maal Hijrah 1433H kita semua sememangnya akan mendoakan dan akan menerima ucapan doa daripada kenalan kita.. 
Hmmm... testimony di atas juga kiriman dari seorang Sahabat.. saya baca dan renung..  Sahabat saya menantikan "perubahan" pada 1433H... "Jangan Putus Asa..." ..Insyaallah.. 
Terima kasih kerana memahami dan memberi sokongan kepada saya..

Bila Diri Disayangi..


P/s : Setiap yang berlaku pasti ada hikmahNya.. setiap ujian ada nikmatnya.. Insyaallah..

"Thank you my dear friend...
Thanks for always listening to me.. supporting me.. encouraging me.. believes in me..
Alhamdulillah.. Thank you for being my friend."  :)

KOLEKSI : Friendships..

And Will Not Contact
Thinking It May Be Disturbing Them

KOLEKSI : 21 Pesanan Ringkas..

PERTAMA.

Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.
 
KEDUA.

Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting apabila usia semakin tua.
 
KETIGA.

Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu
KEEMPAT.
Apabila kamu berkata, " Aku Cinta Padamu", maka tunaikanlah.
 
KELIMA.

Apabila mengatakan, "Maaf", tenunglah matanya.
 
KEENAM.

Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.
 
KETUJUH.
Percayailah cinta pandang pertama.
 
KELAPAN.

Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.
 
KESEMBILAN.

Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.
 
KESEPULUH.

Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.
 
KESEBELAS.

Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.
 
KEDUABELAS.

Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.
 
KETIGABELAS.

Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,"Kenapa anda ingin tahu?"
 
KEEMPATBELAS.

Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.
 
KELIMABELAS.

Ucaplah "Semoga anda diberkati" apabila mendengar seseorang bersin.
 
KEENAMBELAS.

Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.
 
KETUJUHBELAS.

Berpeganglah kepada tiga R:
1. Rasa hormat pada diri sendiri;
2. Rasa hormat kepada orang lain;
3. Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda
 
KELAPANBELAS.

Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.
 
KESEMBILANBELAS.

Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.
 
KEDUAPULUH.

Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.
 
KEDUAPULUH SATU

Ada ketikanya anda perlu bersendirian.

KOLEKSI : Lelaki...Wanita


LELAKI
*********

1. Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

2. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.
BERATKAN!!

3. Hukum menjelaskan kepada anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya.

4. Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin.

Banyak lagi lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung.Kalau nak
dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT.


WANITA
**********

1. Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.

2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.

3. Wanita saksinya kurang berbanding lelaki.

4. Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.

5. Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan 
melahirkan anak.

6. Wanita wajib taat kepada suaminya.

7. Talak terletak di tangan suami bukan isteri.

8. Wanita kurang dalam beribadat kerana
masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.


Pernahkan kita lihat sebaliknya?
  • Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat.Sudah pasti intan permata tidak dibiar bersepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.
  • Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?
  • Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.
  • Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak,tetapi setiap saat dia didoakan oleh seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Diakhirat kelak, seorang lelaki dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini :

*isterinya,
*ibunya,
*anak perempuannya
*saudara perempuannya

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini :

*suaminya
*ayahnya
*anak lelakinya
*saudara lelakinya

Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui mana-mana pintu syurga yang disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja :

*sembahyang 5 waktu
*puasa di bulan ramadhan
*taat suaminya
*menjaga kehormatannya

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

KOLEKSI : PERTAMA...


1. Orang yang pertama menulis Bismillah :
Nabi Sulaiman AS

2. Orang yang pertama minum air zamzam :
Nabi Ismail AS

3. Orang yang pertama berkhatan :
Nabi Ibrahim AS

4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat :
Nabi Ibrahim AS

5.. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat :
Nabi Adam AS

6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah :
Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS)

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat :
Nabi Muhammad SAW

8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam :
Abu Bakar AsSiddiq RA

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah:
Umar bin Al-Khattab RA

10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam:
Al-Hasan bin Ali RA

11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW:
Thuwaibah RA

12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki :
Al-Harith bin Abi Halah RA

13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita:
Sumayyah binti Khabbat RA

14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran :
Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah :
Saad bin Abi Waqqas RA

16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan azan:
Bilal bin Rabah RA

17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW :
Ali bin Abi Tholib RA

18. Orang yang pertama membuat mimbar masjid Nabi SAW:
Tamim Ad-dary RA

19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah :
Az-Zubair bin Al-Awwam RA

20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW:
Ibban bin Othman bin Affan RA

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW :
Khadijah binti Khuwailid RA

22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh :
Imam Syafei RH

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam:
Ali bin Abi Tholib RA

24.. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam :
Muawiyah bin Abi Sufyan RA

25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam :
Harun Ar-Rasyid RH

26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal :
Umar Al-Khattab RA

27. Orang yang pertama menghafal Al-Quran selepas Rasulullah SAW:
Ali bn Abi Tholib RA

28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah :
Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH

29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry :
Mus'ab bin Umair RA

30. Orang yang pertama masuk Syurga :
Nabi Muhammad SAW

KOLEKSI : ....dari HAWA buatmu ADAM....


ADAM...
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu.
Sesungguhnya aku adalah HAWA,
temanmu yang kau pinta semasa kau kesunyian di syurga dahulu.
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok.
Jadi, tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu.
Sentiasa aku mahu terpesong dari landasan kerana aku buruan syaitan..

ADAM...
Maha Suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai daripada bilangan kaummu di akhir zaman,
inilah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusan-Nya..
jika bilangan kaumku sedikit dari bilangan kaummu,
nescaya merahlah dunia kerana darah manusia,
kacau bilaulah suasana, sesama ADAM bermusuhan kerana HAWA.
Buktinya sudah cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu cicitnya.
Pun begitu,
maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan beristeri lebih daripada satu, tapi tidak lebih dari satu waktu.

ADAM...
Bukan kerana ramai isterimu yang membimbangkan aku.
Tidak kerana sedikitnya yang merunsingkan aku.

Tapi, aku risau, gundah gulana menyaksikan tingkah lakumu.
Kau sejak dahulu lagi tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu.
namun terasa berat pula untuk menyatakan isi perkara sebenarnya.

ADAM...
Aku tahu bahawa kau tahu dalam Al-Qu'ran ada ayat yang menyatakan
"kaum lelaki adalah penguasa kepada kaum wanita.."
kau diberi amaran untuk mendidik aku,
kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku,
mengawasi dan menjaga aku agar aku sentiasa dalam redha Tuhanmu dan Tuhanku.
Tapi ADAM, nyata dan rata-rata apa yang sudah jadi pada kaumku ini??
Aku dan kaumku telah menderhakaimu.
Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang telah ditetapkan.
Asalnya Allah menghendaki aku tinggal tetap di rumah.
Jalan-jalan, pasar-pasar dan bandar-bandar bukan tempatku.
Jika terpaksa aku keluar rumah,
maka seluruh tubuhku mesti dibalut dari hujung rambut ke hujung kaki.
Tapi realiti dan hakikatnya kini, HAWA telah berbuat lebih dari apa yang patut.

ADAM..
Mengapa kau biarkan aku begini?? Aku jadi ibu, aku jadi guru, "itu sudah tentu", katamu.
Aku ibu dan guru pada anak-anak mu.
Tapi sekarang, pada waktu yang sama, aku ke medan menguruskan urusan negara.
Aku ke hutan memikul senjata. Padahal, kau duduk-duduk sahaja.
Ada di antara kaummu yang menganggur tiada bekerja.
Kau perhatikan sahaja aku panjat tangga di pejabat bomba.
Kainku tinggi menyingsing paha mengamankan negara.
Apa kau sekarang tidak lagi seperti dahulu?
Apakah telah hilang kasih sucimu terhadap diriku?

ADAM...
Marahkah kau jika ku katakan"Andainya HAWA yang terpesong,
maka kau yang patut tanggung". Sebab apa ADAM?
Ramai yang berkata, jika anak jahat, mak bapak tak pandai mendidik,
jika murid bodoh, guru yang tak pandai mengajar. ADAM, kau selalu berkata,
"HAWA memang degil, tak mahu dengar kata, tak mudah makan nasihat, kepala batu.."
Pada hematku yang dhaif ini ADAM, seharusnya kau tanya dirimu.
Adakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi s.a.w.terhadap isteri-isterinya??
Adakah ADAM melayani HAWA seperti psikologi Muhammad s.a.w. terhadap mereka?
Apakah akhlak ADAM boleh dijadikan contoh buat kaum HAWA?
Aku,kaum HAWA merindukan kata-kata yang penuh kelembutan seperti Muhammad s.a.w.
Namun mungkin aku tidak akan mendengar kata-kata seperti itu lagi, kerana kau,
kaum ADAM kini bukanlah seperti Muhammad s.a.w. yang ku rindui...

ADAM...
Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmum.
Aku adalah pengikutmu kerana kau adalah ketua.
Jika kau benar, maka benarlah aku.
Jika kau lalai, maka lalailah aku.
Wahai ADAM, kau punya kelebihan akal, manakala aku kelebihan nafsu.
Akalmu sembilan, nafsumu satu. Akalku satu, nafsuku beribu!
Oleh itu ADAM, gunakanlah kelebihan akalmu itu, untuk membimbingku,
kerana aku sering lalai dan lupa, sering tergelincir ditolak nafsu dan konco-konconya.

ADAM...
Aku suka kalau kau mengimami solatku pada setiap waktu.
Akan ku aminkan bacaaan doamu.
Lebih aku suka kalau kau bangunkan aku untuk bertahajut bersamamu.
Kau kenalkan aku pada majlis-majlis agama.
Kau ajari aku untuk pandai membaca dan memahami Al-Qur'an.
Kau khabarkan kepadaku tentang fardu-fardu yang aku patut tahu.
Tunjukkan perkara sebenar yang patut aku tahu wahai ADAM!

ADAM...
Akhir kata, ajari aku agar menjadi isterimu yang solehah.
Didiklah aku supaya aku tunduk, patuh dan menghormatimu setiap waktu.
Tolonglah aku ADAM agar aku tidak beku. Bantulah aku agar otakku tidak buntu.
Selamatlah aku dari seksa neraka yang sudah tentu tiada siapa yang tegar menanggungnya...


P/s : 12/11/2009... Terima kasih SAHABAT..
Semoga HAWA dibantu ADAM sepanjang hayatnya.. Bantulah HAWA sehingga menjadi BIDADARI SYURGA.. Insyaallah..

Wednesday, 23 November 2011

Kulit Kekal Sihat Dan Cantik Pada Musim Hujan


HUJAN yang telah turun dalam beberapa hari ini menandakan bahawa kita sudah mulai memasuki musim hujan. Setelah melalui musim panas dengan sinar matahari yang terik dan suhu yang panas, kini saatnya kita mulai mempersiapkan baju hujan dan payung dalam menyambut musim hujan yang dingin.

Musim hujan seringkali membuat kulit berubah dan tidak konsisten. Tiba-tiba menjadi amat berminyak, tiba-tiba kering dan dehidrasi. Oleh itu, selama musim hujan, kulit perlu dirawat selalu agar kelihatan segar dan cantik.

Dinginnya suhu udara, tingkat kelembapan yang rendah, angin kencang pada musim hujan menyebabkan kulit kehilangan jaringan lemak (penghangat tubuh). Udara yang kering juga menyebabkan kelembapan kulit menurun.

Namun, bukan hanya itu sebenarnya yang mesti dirisaukan. Kulit kering pada musim hujan juga akan menyebabkan kita menjadi lebih lemah dan mudah diserang penyakit seperti demam selsema dan penyakit kulit.

Sayangilah kesihatan dan kecantikan diri dengan memberikan perhatian ekstra sebagaimana berikut:


1.      Jangan mandi terlalu lama

Mandi terlalu lama terutama dengan air panas dapat mengurangi kelembapan kulit. Untuk menjaga agar suhu tubuh tetap nyaman dan hangat, mandilah dengan waktu yang singkat.

2.      Penggunaan sabun mandian

Umumnya, produk sabun mandian yang mengandungi pengawet dan wangian akan mengurangi cairan pada kulit. Sebagai "teman" mandi, pakailah sabun mandi dengan bahan yang mengandungi kelembapan tinggi seperti kelapa, zaitun atau yang mengandungi antioksidan tinggi seperti cherry. Selain melembapkan, kulit juga lebih lembut dan sihat berkilau.

3.      Jangan menggosok kulit

Selesai mandi, keringkan kulit dengan tuala,jangan digosok kerana menggosok akan menyingkirkan sel-sel kulit dan minyak yang berfungsi sebagai pelembap.

4.       Bersihkan Wajah

Meski debu berkurang selama musim hujan, kulit tetap harus dibersihkan secara teratur dengan pembersih yang bersesuaian dengan jenis kulit.

5.      Toning / Penyegar

Penyegar sangat penting  terutamanya  pada waktu malam. Musim hujan merupakan saat membiaknya bakteria dan mikroba, baik di udara, mahupun di air. Jadi, pakailah toner atau penyegar yang mengandungi antibakteria untuk mencegah infeksi pada kulit.

6.       Pelembap

Kunci kulit kenyal dan segar adalah pelembap. Selain penting digunakan seiring bertambahnya usia, kulit yang kering perlu disapu pelembap sekerap  mungkin. Sebaiknya sesudah mandi dan sebelum tidur, pakailah pelembap terlebih dulu. Tidak hanya  pada wajah, tetapi seluruh badan.
Memakai pelembab saat musim hujan sama pentingnya seperti saat musim kemarau. Musim hujan pun boleh memberikan efek kehilangan kelembaban pada kulit kering dan dehidrasi berlebihan pada kulit berminyak. Kulit yang basah-kering berulang kali akan mengalami dehidrasi berlebihan. Akibatnya kulit sering terasa gatal.

Jika bekerja atau sering bertugas di luar, bawalah di dalam tas tangan losyen yang mengandungi vitamin A dan E. Dan, jangan lupa lindungi wajah dengan pelembap, ya.

7.      Melembapkan dari dalam

Bila tubuh terhidrasi, begitu juga dengan kulit. Minumlah sekurang-kurangnya enam hingga lapan gelas air putih setiap hari.

8.      Bibir

Seboleh-bolehnya bawalah selalu pelembap bibir (lip balm atau lip butter) dan sapukan agar bibir tidak kering dan mudah pecah.

9.      Gunakan pelindung sinar UV/ Tabir Suria

Tabir suria tidak hanya digunakan pada musim panas, tapi matahari saat cuaca dingin juga dapat merosakkan kulit. Sapukan krim ke wajah dan tangan secara teratur sekitar 30 minit sebelum ke luar untuk waktu yang lama.

Tuesday, 22 November 2011

Kita Ini Tetamu Senja


Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
Bila cukup detik kembalilah
Kita kepadanya
Kita datang ini kosong tangan dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala

Pada tetamu yang datang dan 
Kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra kepada
Tuhan kepada Insan
Pada tetamu yang datang
Dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka pula
Pada Tuhan kepada insan

Bila kita lihat manusia lupa tempat
Atau segera sesat puja darjat
Puja pangkat
Segera kita insaf kita ini punya kiblat
Segera kita ingat kita ini punya tekad

Bila kita lihat manusia terbiar larat
Hingga mesti merempat ke laut biru
Ke kuning darat
Harus kita lekas sedar penuh pada tugas
Harus kita tegas sembah
Seluruh rasa belas

Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat
Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat 

~ A. Samad Said