Saturday, 19 November 2011

Alamak... Jumaat Kedai Tutup????

Haram lelaki Islam menjual atau membeli barangan sebaik sahaja azan pertama Jumaat dilaungkan bukan sahaja di perkarangan masjid malah dimana-mana jua hatta di pasaraya, restoran dan sebagainya. Walaupun mereka yang berjual beli ini tidak mendengar azan tetapi ianya tetap haram kerana kita sudah ada segala kemudahan sekarang dengan jam, radio, takwim dan sebagainya untuk menentukan bila masuk waktu.

Lelaki Islam yang menjual haram dan lelaki Islam yang membelinya juga haram. Tetapi tidak haram jika yang menjualnya wanita Islam dan membelinya wanita Islam. Tidak haram jika yang menjualnya wanita Islam tetapi haram jika membelinya lelaki Islam.

Bayangkan orang Islam lelaki yang sedang menikmati makan tengahari  di restoran sementara menunggu solat Jumaat atau minum cendol di gerai tepi jalan berhampiran masjid... sumber rezekinya Halal tetapi waktunya Haram. Itu yang yang hendak menunggu solat Jumaat, apatah lagi yang langsung tak solat Jumaat.

Ini adalah berdasarkan Firman Allah s.w.t.:

"Wahai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk kamu menunaikan sembahyang pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu kepada mengingati Allah dan meninggalkan jual beli. Yang demikian itulah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui".
Surah Al-Jumu'ah, ayat 9

P/s: Pernah terdengar bisikan khalifah di muka bumi ini bersungut sebab tidak dapat membeli barang keperluan pada hari Jumaat.. Sebenarnya 1 jam sahaja kedai ditutup.. waktu solat jumaat... bukannya sepanjang hari..
Sedar atau tidak awak telahpun diselamatkan daripada melakukan DOSA... Renungkan!

No comments:

Post a Comment