Kehidupan yang sempurna impian setiap insan..
Sempurna yang bagaimana adalah sempurna?
Kita adalah sama tetapi berbeza..
Mungkin sempurna bagiku adalah mempunyai keluarga bahagia..
Mungkin bagi kamu memiliki kemewahan adalah sempurna..
Mungkin juga cukup makan,minum dan pakaian sudah sempurna..
Namun kesempurnaan yang dicari sukar dipenuhi
Memadai bagiku kehidupan yang sederhana tetapi sempurna..
Adanya petunjuk dariMu.. UjianMu.. Nikmat dan RedhaMu..
Adanya keluarga yang sentiasa menyayangi
Adanya teman dikala suka dan duka
Adanya ruang kesempatan untuk muhasabah diri
Adanya ilmu untuk dipelajari
Adanya peluang untuk memberi
Adanya kamu dalam kehidupanku
Dan.. Tanpa hidayahMu tak mungkin adanya semua ini..
Syukur Alhamdulillah..
Syukur Alhamdulillah..
Ku harus sempurnakan segala amanahMu
Kehidupan di dunia adalah bekalan untuk hidup di akhirat
Berbuat baik dan sempurnakan amalan di dunia
Di sana nanti ganjaran sedia menunggu
Ku inginkan kesempurnaan dalam kehidupanku
Kerana ku dambakan syurgaMu yang sempurna
Ya Allah.. Bimbinglah daku ke jalanMu
Berkatilah daku di dunia dan akhirat
Aminnn...
"Sesiapa yang bersifat SEDERHANA nescaya akan dikayakan oleh ALLAH. Sesiapa yang bersifat BOROS nescaya akan DIMISKINKAN oleh ALLAH. Dan sesiapa yang BERZIKIR, nescaya akan DIKASIHI oleh ALLAH". (Maksud Hadis)
Sentiasalah memohon keampunan agar tiada dosa yang akan menjadikan
kita tidak sempurna di sana nanti. Insyaallah..
No comments:
Post a Comment