Saturday 31 March 2012

Jangan Mengeluh..

Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya;

dan sesiapa yang di sempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu);

Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan. (Al Quran. 65:7)

P/s:  Ingat Allah semasa senang, Allah akan ingat kita semasa susah.

10 LALUAN YANG BAKAL DI LALUI OLEH MANUSIA DARI DUNIA


LALUAN MENUJU KE KUBUR
a. Jauhkan dari perbuatan mengumpat & mengeji
b. Hindarkan perasaan irihati (benci)
c. Jangan terpengaruh dengan harta dunia
d. Sucikan kadha' hajat dgn istibra (berdehem selepas buang air kecil!)

LALUAN UNTUK BERJUMPA IZRAIL
a. Bersihkan diri dengan bertaubat
b. Gembirakan hati orang Mu'min
c. Bayar semula kadha' (solat & puasa) yang tertinggal
d. Kasih sepenuh hati kepada ALLAH Taala

LALUAN UNTUK BERTEMU MUNGKAR NANGKIR
a. Mengucap dua kalimah syahadat
b. Suka memberi sedekah
c. Berkata benar
d. Bersihkan dan perbaiki hati

LALUAN UNTUK MEMBERATKAN TIMBANGAN
a. Belajar atau mengajar ilmu yang bermanafaat
b. Sucikan perkataan dan pakaian
c. Bersyukur dengan yang sedikit
d. Suka dan redha dengan yang didatangkan oleh ALLAH

LALUAN MEMANTAPKAN AMALAN
a. Jauhkan perkataan yang sia-sia
b. Pendekkan cita-cita dunia
c. Banyakkan puji-pujian kepada ALLAH
d. Banyakkan sedekah dan khairat

LALUAN MELALUI TITIAN SIRAT AL-MUSTAKIM
a. Kasihilah aulia ALLAH Ta'ala
b. Berbaktilah kepada kedua ibubapa
c. Berpegang teguh dengan hukum syara'
d. Bercakap perkataan yang baik sesama makhluk

LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA
a. Banyakkan membaca al-Quran
b. Banyakkan menangis kerana dosa-dosa yang lalu
c. Tinggalkan perkara yang maksiat
d. Jauhkan segala yang haram

LALUAN UNTUK MEMASUKI SYURGA
a. Membuat kebajikan seberapa banyak yang boleh
b. Kasihi orang yang soleh
c. Kerjakan segala suruh-suruhan ALLAH
d. Merendahkan diri di antara semua makhluk ALLAH

LALUAN BERJUMPA DENGAN NABI MUHAMMAD
a. Kasihilah Nabi ALLAH
b. Kasihilah Rasulluah
c. Tuntutilah yang difardhukan oleh ALLAH
d. Banyakkan selawat Nabi S. a. w.

LALUAN UNTUK BERTEMU ALLAH
a. Serahkan seluruh jiwa raga kepada ALLAH
b. Hindarkan diri dari menderhaka kepada ALLAH
c. Betulkan dan baikkan i'tiqad kepada ALLAH
d. Bencikan segala yang diharamkan-Nya

Quotes : The Love Stories

Good relationships don't just happen.
They take time, patience, and two people who truly want to be together.

Sometimes there are no explanations
and all you have to do is follow your heart
and hope you made the right decision.

Don't make someone a PRIORITY if all you are to them is an OPTION.
Stay true to you and all good things shall follow.




Be with someone who knows exactly what they have when they have you.
Not someone who will take you for granted.

God puts people in your life for a reason,
and removes them from your life for a better reason.


The best thing to spend on your relationship is
time, conversation, understanding, and honesty.

From good things, you learn to be a thankful person.
From bad things, you learn to be a strong person.

Your destiny is yours. Don't follow another person's destiny. 
Be who you are and let God take care of the rest.


Nothing lasts forever, so enjoy everything while it's happening...
cherish every moment of everything you love.


P/s: No matter what happen on us on the future, everyday I spent with you is the best day of my life.

Dosa

Dosa tak akan dipikul oleh orang lain
Siapa pun kita, janganlah sekali-kali berfikir bahawa dosa-dosa yang telah kita lakukan akan dipikul oleh orang lain. Siapa pun sama ada pemimpin, guru atau hartawan. Semua kebaikan dan keburukan akan kembali kepada pelakunya. Maha Benar Allah dengan firmanNya:
"Dan tidaklah seorang membuat dosa melainkan kemudharatannya kembali kepada dirinya sendiri; dan seorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain. Kemudian kepada Tuhanmulah kamu kembali, dan akan diberitakanNya kepadamu apa yang kamu perselisihkan.” 
(QS Al-An’am:164).

Friday 30 March 2012

10 SEBAB DOA DITOLAK

► Anda mengenal Allah, tetapi tidak menunaikan hak Nya.
► Anda berkata anda mencintai Rasulullah SAW, tetapi anda meninggalkan  
    sunnahnya.
► Anda membaca Al-Quran tetapi anda tidak beramal dengannya.
► Anda telah rasa nikmat-nikmat Allah tetapi anda tidak mensyukurinya.
► Anda telah berkata bahawa syaitan itu musuh anda tetapi anda tidak 
    menentangnya.
► Anda kata syurga itu benar tetapi anda tidak beramal untuknya.
► Anda kata neraka itu benar tetapi anda tidak lari daripadanya.
► Anda kata mati itu benar tetapi anda tidak bersedia menghadapinya.
► Anda bangun dari tidur lalu anda katakan banyak keaiban manusia tetapi 
    anda lupa keaiban diri sendiri.
► Anda kebumikan mayat saudara-saudara anda tetapi anda tidak 
    mengambil iktibar dari mereka.

9 PERKARA YANG MESTI DISEGERAKAN



Nabi Muhammad SAW bersabda bahawa wajib disegerakan 9 perkara:


1. Apabila masuk waktu, segeralah bersolat!
2. Apabila melakukan dosa, segeralah bertaubat!
3. Apabila berlaku kematian, segeralah kuburkan mayat!
4. Apabila berhutang, segeralah membayarnya!
5. Apabila cukup hisab, segeralah membayar zakat!
6. Apabila berkemampuan, segeralah menunaikan haji!
7. Apabila nampak anak bulan, segeralah berpuasa!
8. Apabila bersetubuh, segeralah mandi junub!
9. Apabila anak cukup umur (akil baligh), segeralah nikahkan!

Miskin vs Kaya

Berbelanjalah seperti orang MISKIN,
nescaya kita dapat berjimat..

Bersedekahlah seperti orang KAYA,
nescaya rezeki lebih berkat..

Menunggu..



Jangan menunggu bahagia baru tersenyum
tapi tersenyumlah, maka kalian akan bahagia
Jangan menunggu kaya baru bersedekah
tapi bersedekahlah, maka semakin kayanya hati
Jangan menunggu cinta baru berta’aruf
tapi berta’aruflah, insya Allah cinta hadir dalam ridhaNya
Jangan menunggu pasangan yang sempurna baru b'kahwin
tapi kahwinlah, maka insya Allah kesempurnaan akan hadir dalam hidupmu

Sumber : Ust. Zain Fuad Abdullah/Terapi Cahaya Hati
(Annisa Mutiara Hati, Izinkan Aku Menikah Tanpa Pacaran)

Dunia vs Akhirat..

Bekal dunia adalah duit yang halal
bekal akhirat adalah taqwa hanya utk Allah...
segala hal semua kerana Allah
apa yang Allah nok ambik.. tak tinggal...
jangan takut dengan maroh manusia 
takut dengan maroh Allah..
dalam doa qunut
doa-doa ini pada Allah supaya Allah suka pada kita 
walaupun manusia benci kita
manusia yang cakap benar akan di benci...
ramai ulama mati dan di hina bila cakap benar 
apakan kita org awam..
cakap lah benar walaupun perit
orang yang paling pandai repair kito manusia adalah Allah..
macam proton, mercedes tidak pun toyota...
paling pandai repair demo ni... engineer demo nie laaa...
Allah memerintah kafir dengan taghut...
Allah suruh cari di dunia ni syurga..
kalu di akhirat esok-esok tak jupo cari syurga..
maka mung semua nie masa di dunia mung cari tok guru taghut...
mukmin ni beriman dengan Allah... 
tapi nok lagi beriman dengan taghut...
sedangkan taghut ni sesat.. 
kafir duk ikut dia...
wallahualam...

Tazkirah oleh Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat

Terpaksa



Ustaz Azhar Idrus:

Bertudunglah walau TERPAKSA.
Solatlah walau TERPAKSA.
Puasalah walau TERPAKSA.
Kerana kewajipan itu memang kadangkala sifatnya TERPAKSA.
Dari keterpaksaan itu, perlahan-lahan kita akan menemukan hikmah
dan akhirnya hati kita menjadi ikhlas keranaNya.
Kalau nak tunggu ikhlas, sampai bila nak tunggu baru nak beribadah?
Hidayah perlu dicari, bukan tunggu.
Macam makanan, kalau tak suap, ia tak masuk ke dalam mulut :)

Iri Hati..

Abdullah Ibn Mas'ud r.a berkata :
Bersabda Rasulullah s.a.w : 
"Tidak boleh iri hati kecuali dalam dua perkara :
1. Seorang yang diberi oleh Allah Ta'ala harta kekayaan maka dipergunakan untuk mempertahankan hak (Kebenaran).
2. Seorang yang diberi oleh Allah Ta'ala ilmu hikmat maka ia dipergunakan dan diajarkannya."   
(Hadist Buchary Muslim)

Marah..

Kalau Anda salah, Anda tidak punya hak untuk MARAH.
Kalau Anda benar, Anda tidak perlu MARAH.
Tapi kalau mahu marah, marahlah dengan...

1. Tujuan yang tepat
2. Kepada orang yang tepat
3. Pada waktu yang tepat
4. Cara marah yang tepat
5. Darjah kemarahan yang tepat.

Bill Gates

"I failed some subjects in exam,
but my friend passed in all.
Now he is an engineer in Microsoft,
but i am the owner of Microsoft"
(Bill Gates)

Santai: Profesor vs Pendayung Sampan

Satu hari seorang profesor ingin menyeberang sungai dengan sebuah sampan yang didayung oleh seorang pengayuh sampan.
Di tengah-tengah sungai, profesor bertanya: “Kau pandai menulis dan membaca?”
“Tidak. Saya buta huruf.” Jawab si pendayung sampan.
“Kalau begitu, kamu sudah hilang separuh daripada kehidupan kamu.Orang yang tidak pandai menulis dan membaca seolah-olah hilang separuh keupayaan untuk hidup".
Tidak lama selepas itu, professor bertanya lagi: “Kamu ada membuat simpanan wang di bank?”
“Tidak. Pendapatan saya hanya cukup-cukup makan saja. Macam mana nak simpan duit.”
“Kalau begitu, kamu hilang lagi separuh daripada kehidupan kamu. Mana mungkin orang yang tiada wang boleh hidup dengan selesa pada masa tua nanti.”
Sampan terus bergerak. Sampai di tengah sungai. Tiba-tiba sampan itu bocor. Air masuk dengan banyaknya dan sampan hampir mahu tenggelam.
Si pendayung sampan bertanya kepada profesor: “Tuan, apakah tuan pandai berenang?”.
“Err…errr, saya tidak tahu laaa.” Jawab profesor dalam keadaan panik.
“Kalau begitu, tuan akan kehilangan seluruh hidup tuan!!"

Santai : "Siapa Bodoh?"



Seorang profesor melangkah penuh bergaya menuju ke bilik kuliahnya.
Dia hendak menguji pelajarnya mengenai kelemahan diri.
Dia bertanya, "Siapa yang merasakan dirinya bodoh, sila berdiri".
Semua pelajar diam. Ada yang senyum.
Tidak lama kemudian, seorang pelajar bangun.
Profesor berkata: "Oooh....Jadi awak mengakulah diri awak ini bodoh?"
Pelajar: "Bukan....sebenarnya saya tidak sanggup lihat profesor seorang saja yang berdiri!"

P/s: Semua orang bijak kerana dikurniakan AKAL.. Gunakanlah akal dengan bijak agar diri tidak diperbodohkan oleh akal sendiri.. :)

"Don't Worry, Be Happy"..

Tugasan belum siap?? Kesuntukan masa?? Salah siapa??
Usah mencari salah siapa sebab diri sendiri pasti akan terlibat sama menyebabkan 'kenapa' tugasan tidak dapat disiapkan. Fikirkan bagaimana seharusnya dilakukan agar tugasan dapat diserahkan tepat pada masanya dan menepati arahan tugasan.


Kenapa adanya tempoh masa??
Kebanyakan manusia suka bertangguh-tangguh. Suka sangat buat kerja saat akhir.. Tempoh masa makin hampir sedangkan tugasan belum siap.. Kelam kabut..Setiap saat debaran semakin kuat dan temponya semakin laju.. Barulah terkejar-kejar dan terketar-ketar siapkan tugasan.


"Ada aku kisah??"
Kadang-kadang sewaktu berada dalam situasi genting sebegini kita akan boleh melihat 'sikap sebenar' manusia di sekeliling kita. Ada yang hanya memandang.. Ada yang hanya membuat hal sendiri.. Ada yang berkongsi rasa.. Alhamdulillah masih ada manusia yang masih berpegang kepada prinsip "berat sama dipikul, ringan sama dijinjing" atau lebih popular pada hari ini.. "Apa yang penting.. Kerjasama'..


"Don't worry, be happy!"
Bohong jika dikatakan perasaan ini tenang dalam kebimbangan. Manusia tidak sempurna.. Perasaan resah gelisah, haru-biru.. Mencari di mana silapnya.. Siapa bersalah kerana diri dirasakan tidak bersalah. Keegoan diri.. "Kalaulah.." "Sepatutnya.." Ayat-ayat yang dilafazkan untuk mempertahankan diri.. Sudah-sudahlah mencari salah, carilah penyelesaian. Usah ditambah kebimbangan. Tenangkan diri, hati dan fikiran, InsyaAllah..ada jalannya.. DipermudahkanNya jika Nawaitu kita diperbetulkan pasti DIA memberi petunjuk dan kekuatan. Akan diberikanNya pembantu.. InsyaAllah.


P/s:Jangan putus asa dengan kesukaran melaksanakan tugasan kerana itu juga ujian dariNya..
Sesuatu pekerjaan yang dicapai dengan bersusah payah itu lebih 'manis' hasilnya daripada sesuatu yang diperolehi dengan mudah. InsyaAllah..♥

Thursday 29 March 2012

Rasional..

Masalah.. semua orang ada masalah.. 
cuma situasi yang membezakan masalah setiap dari kita.
Setiap masalah akan ada penyelesaiannya.. 
lambat atau cepat bergantung kepada kita...
namun.. jangan tenggelam dengan masalah.. 
Jangan dikuasai masalah..


Emosional akan menambah masalah.. 
bukannya membantu tetapi menyesakkan fikiran..
Rasional akan mendorong kita bertenang.. 
satu-persatu terungkai simpulan yang hampir mati

Rehat seketika... lupakan masalah yang bersarang di fikiran
Tenangkan hati.. Tarik nafas lepaskan perlahan-lahan..
Senyum.. 

Lillahitaala..

Alhamdulillah... DIA uji kerana DIA tahu aku mampu hadapinya..
InsyaAllah.. Semuanya akan dapat diselesaikan..
Sedangkan penyakit pun ada penawarnya.. 
Inikan pula masalah ciptaan manusia..
Teruskan ke hadapan.. lupakan masalah
Perbaiki kesilapan.. Solusi.. 
InsyaAllah.. ♥

Wednesday 28 March 2012

Hari Ini



Setiap saat, setiap minit, setiap waktu.. Begitu cepat putaran masa dan tidak akan pernah menunggu kita walau sedetik.. 
Setiap hari adalah hari yang kita akan lalui dengan penuh pengharapan.. "Semoga hari ini lebih baik dari semalam.." 

Hari ini tidak memberi jaminan bahawa esok akan sama seperti yang telah dilalui pada hari ini..
Hari ini kita adalah seorang yang berjawatan tinggi, esok mungkin kita menganggur..
Hari ini kita ada ibu dan bapa, esok mungkin kita yatim piatu..
Hari ini status kita bujang, esok mungkin kita "berkahwin"...

Segalanya berkemungkinan... Selagi masih bernafas.. lakukan yang terbaik untuk hari ini.. Tidak perlu tunggu esok kerana kita hidup pada hari ini.. dan esok mungkin tiada buat kita..  

Hargailah dan syukurilah setiap orang di sisi dan kebahagiaan yang sedang kita nikmati. Bahagiakan insan lain, InsyaAllah hidup kita jua akan bahagia.. ♥

Monday 26 March 2012

Hidup Tanpa Dia..



OMBAK RINDU

Tuhan tolong lembutkan hati dia

Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku


Wednesday 21 March 2012

Aku Damba SyurgaMu..

Daripada Abdullah bin Salam katanya bahawa nabi s.a.w bersabda yang bermaksud :

"Wahai sekalian manusia! 
Sebarkanlah salam
jamukanlah makan
jalinkanlah silaturrahim dan 
bangunlah untuk dirikanlah solat sedangkan manusia lain sedang tidur 
nescaya kamu akan masuk Syurga dengan selamat".

(Tarmizi, Ahmad, Hakim, Darimi, Ibnu Majah dan Ibnu Saad dengan sanad sohih)

Tuesday 13 March 2012

Kanvas Sempurna

Terpandang langit yang begitu indah sepanjang ‘jem’ dalam perjalanan pulang menjadikan hati saya tenang dan terpaku dengan kehebatan alam ciptaanNya.

“Subhanallah..  cantiknya langit.. macam lukisan”..

Seperti sebuah kanvas yang bersilih ganti corak lukisannya.. warnanya sekejap terang sekejap pudar.. berubah-ubah mengikut “mood” tetapi setiap saat wajahnya terlalu indah untuk digambarkan. Seketika saya dapat rasakan kanvas ini terlalu istimewa.. misteri.. banyaknya cerita alam yang telah disaksikan oleh langit..

Apakah warna langit yang sebenarnya.. biru.. putih.. oren.. violet.. merah.. hitam? Saya hampir tidak mengenali warna-warnanya.. apa yang saya tahu.. langit sungguh cantik. Bergantungan tanpa tiang.. bagaikan hamparan permaidani dari kapas-kapas yang berserakan.. Allahuakbar.. sempurnaNya ciptaanMu. Kau hiasi langit dengan matahari.. bulan.. bintang.. hujan..

Alhamdulillah.. Ku syukuri nikmatMu Ya Allah..

Monday 12 March 2012

What women/men should know...

Andai Dia Bukan Jodoh..

Saat kita MENGETAHUI 
dia bukan jodoh kita..
jika ternyata bukan.. 

JAUHKAN kami dengan hati-hati..
JARAKKAN kami tanpa merasa tersakiti..
PISAHKAN dan bantu kami menemukan PENGGANTI..

Biar hati yang satu itu RETAK menjadi dua untuk seketika kerana apabila sudah sampai jodohmu, 
DUA HATI akan bertemu dan MENJADI SATU..
sehati, sejiwa, seiman dan seakidah..♥♥

InsyaAllah, semuanya kerana Allah..


Sunday 11 March 2012

BEST FRIEND

Many people, not all, go through different best friends throughout life. However, usually a person only has one real, true best friend in all that time.

♥A best friend is not only someone you have a good time with, it is also someone you believe you can trust your life with
♥A best friend is the first person you call when the most amazing things happen in your life, and when the most horrific incidents happen
♥A best friend is the person you will always remember no matter what comes about. Some people lose the only true best friend they will ever have, and even when they get new "best friends" .. that old, real best friend is always on their mind

♥A best friend is almost like real family
♥A best friend gives the opinion you usually care most about.
♥A best friend is the one who tells you the things you absolutely need to hear regardless of whether you want to hear it or not
♥A best friend is the person you usually can be around always and never get sick of


♥A best friend is someone you don't envy, and is the person you are grateful to have as a friend
♥A best friend is the one who will forgive you always, even when you've screwed up so bad
♥And a best friend is the one who even though you may have drifted apart from, when the time comes for them to hug you or congratulate you on an accomplishment or to console you on a loss.. they are the number one person you want to see, always because they are the person you've confided the most in and they are the person who knows you the best .. even when you both have changed.


►Your real, true best friend is your comfort zone.


p/s: Best friend till Jannah.. InsyaAllah..

Friday 9 March 2012

SUCCESSFUL RELATIONSHIP

4 essential parts of a successful relationship:


Trust
Respect
Loyalty
Communication

Wednesday 7 March 2012

Bermata Lalat atau Bermata Lebah?

Sepanjang perjalanan ke pejabat sempat lah menyertai majlis ilmu melalui Ikim.fm. Pagi ni saya tertarik dengan motivasi pagi yang berkisah tentang "Mata Lalat vs Mata Lebah.." 

MATA LALAT = Negatif

♦Lalat hanya memandang najis, bangkai, kekotoran walaupun berterbangan di dalam taman yang dipenuhi bunga yang cantik dan harum mewangi.

♦Lalat dengan kekotorannya akan membawa pelbagai kemudaratan.

MATA LEBAH = Positif

♦Lebah walaupun berterbangan di kawasan pembuangan sampah sekalipun, matanya hanya mencari keharuman bunga-bunga untuk dihinggapinya.

♦Lebah akan menghasilkan madu yang sangat manis dan mujarab merawat pelbagai penyakit.

ANALOGI MATA LALAT vs MATA LEBAH:

♥ Carilah kebaikan/kelebihan orang berbanding keburukan/kelemahannya
♥ Sentiasa bersyukur dengan nikmat ujianNya, bukannya merungut dan  mengalah
♥ Sentiasa memberi kebaikan kepada orang lain
♥ Hargai setiap pengalaman kehidupan dan ambillah pengajaran dari setiap orang di sisi kita
♥ Berfikiran positif dan dampingilah kalangan mereka yang positif juga
♥ Menjaga penglihatan dan memeliharanya
♥ Jauhi sikap negatif dan sentiasa bersangka baik

► Jadikanlah pandangan mata kita seperti "Mata Lebah" dan elakkanlah pandangan kita dari menjadi "Mata Lalat"◄

15 WAYS TO KEEP A RELATIONSHIP WORKING

Tuesday 6 March 2012

Broken Heart



Always put yourself in the other's shoes.
If you feel that it hurts you,
it probably hurts the person too.


(FORGIVE ME!)

DOA AGAR PERKATAAN KITA TERJAGA



أَسْأَلُكَ كَلِمَةَ الْحَقِّ فِي الْغَضَبِ وَالرِّضَى
[As-aluka kalimatulhaqq filghadhabi warridhaa]

“Aku memohon kepadaMu perkataan yang benar pada saat marah dan ridha” {Shahîh. HR Ahmad (IV/264)

Sunday 4 March 2012

Taubat Seorang Hamba



Hati hiba mengenangkan
Dosa-dosa yang ku lakukan
Oh Tuhan Maha Kuasa
Terima taubat hamba berdosa...

Ku akui kelemahan diri
Ku insafi kekurangan ini
Ku kesali kejahilan ini
Terimalah.....
Taubatku ini.....

Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan
Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan..

Ku akui kelemahan ini
Ku insafi kekurangan ini
Ku kesali kejahilan ini
Terimalah...
Taubatku ini...

Di hamparan ini ku meminta

moga taubatku diterima...

Ku akui kelemahan ini
Ku insafi kekurangan ini
Ku kesali kejahilan ini
Terimalah....
Taubatku ini...

Ku akui kelemahan ini
Ku insafi kekurangan ini
Ku kesali kejahilan ini
Terimalah..
Taubatku ini...