Saturday, 31 December 2011

Semoga Ada Jodoh Kita..

Banyak perhubungan cinta putus ditengah jalan dan berakhir dengan kekecewaan walaupun nampak akan kekal sebagai pasangan hidup. Jangan biarkan ikatan perhubungan itu longgar. Usahalah dengan berdoa kepada Allah SWT supaya menjadi milik anda.  


Berikut adalah kompilasi beberapa amalan dan doa yang yang boleh anda amalkan bagi dipermudahkan untuk bertemu jodoh. Namun setiap ketentuan itu datangnya daripada Allah s.w.t., dan kita sebagai hambaNya hanya mampu berdoa, berusaha, berikhtiar dan bertawakal kepadaNya… Mudah-mudahan dengan setiap amalan dan doa yang dilakukan ini akan memudahkan anda untuk mendapat jodoh yang beriman dan terbaik untuk diri anda. Yang pentingnya, jangan sekali-kali putus asa untuk berdoa.
Surah Al Anbiyaa: Ayat 89


"Ya Tuhanku janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri dan Engkaulah Waris Yang Paling Baik." 


Surah Taha: Ayat 131 


"Dan janganlah kamu tujukan kedua matamu kepada apa yang telah Kami berikan kepada golongan-golongan dari mereka, sebagai bunga kehidupan dunia untuk Kami cubai mereka dengannya. Dan kurnia Tuhan kamu adalah lebih baik dan lebih kekal."


Surah Taha: Ayat 132


"Dan perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan solat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan akibat (yang baik) itu adalah bagi orang yang bertakwa." 


Wasallam

Friday, 30 December 2011

Selamat Berkenalan..

SEGELINTIR melabelkan lelaki sebagai buaya jika dia suka bertukar pasangan. Namun apabila berdepan dengan lelaki pendiam mahupun lurus bendul, mudah pula melontarkan kata-kata yang jejaka itu 'kayu', tiada perasaan dan sebagainya.

Mengenali seseorang adalah detik terindah dalam kehidupan manusia. Baik lelaki mahupun wanita, perasaan sama tetap wujud. Sifat ingin mengenali seterusnya menjalin hubungan serius adalah lumrah bagi semua orang.

Namun sebelum mengenali seseorang, kita perlu tahu masa yang sesuai untuk mengenalinya. Malam? Siang? Pagi atau petang? Kadangkala kita hanya memikirkan waktu senggang kita saja tanpa mengendahkan keadaan senggang si dia.

Serba salah dibuatnya. Tidak dihubungi, hati memberontak ingin mendengar suaranya. Apabila dihubungi, takut mengganggu dirinya.

Ada sesetengah lelaki lebih didorong rasa malu untuk memulakan sesuatu perhubungan hingga terpaksa melepaskan insan paling disenanginya gara-gara sukar mengungkapkan apa yang terpendam.

Justeru, bagaimana mahu memulakan suatu persahabatan, menjalinnya penuh berhemah dan seterusnya mengikat hubungan yang lebih serius?

Petua berikut mungkin berguna buat anda yang berkira-kira untuk memulakan suatu persahabatan yang suci:

·  Cari masa yang sesuai

Ada kalanya, secara tidak sengaja adalah 'saat paling indah dalam kehidupan manusia'. Ia juga mungkin masa paling sesuai.

Ada ketikanya, anda takut untuk menelefon seseorang kerana bimbang dia mungkin sibuk tetapi tanpa diduga, dia juga menunggu anda. Jika masa untuk menghubungi itu tepat lalu perbualan akan menjadi semakin rancak dan menarik. Malah lebih banyak anda mengenali keperibadiannya.

Tetapi harus diingat, pagi adalah waktu paling sibuk bagi kebanyakan mereka yang bekerja. Masa senggangnya mungkin ketika makan tengah hari.

Namun, waktu paling baik adalah malam kerana semua beban kerja sudah tiada. Pandai-pandailah mengolah bicara jika pancing sudah mengena.

·  Lebih berkeyakinan

Tidak mencuba tidak tahu. Malah 'makanan' tidak akan masuk ke dalam mulut kalau kita tidak menyuapnya.

Sama dengan usaha kerana tanpa usaha, kita mungkin akan terus ketinggalan dan akhirnya orang yang kita minat itu dipikat orang lain.

Sebaiknya, tingkatkan keyakinan diri kerana hanya orang yang berani saja akan berjaya mencapainya. Dalam apa langkah sekalipun, keyakinan amat penting kerana ia adalah "pertahanan" terakhir dalam diri anda.

·  Jangan buang masa

Sebenarnya, lebih lambat anda memulakan langkah perkenalan, anda semakin rugi. Kesungguhan antara faktor serta daya penarik kerana si dia beranggapan anda benar-benar serius ingin menjalin hubungan baru dengan dirinya.

·  Perlu tahu apa yang anda lakukan

Ini sangat penting kerana ada orang ingin mengenali seseorang hanya sekadar suka-suka. Ada orang pula ingin mencari jodoh dan mengimpikan ia berakhir di jenjang pelamin. Justeru, sebagai lelaki anda perlu tahu apa yang anda lakukan. Apa kehendak anda dan bagaimana ia harus diakhiri.

Segelintir yang ingin berkenalan sekadar ingin menambah koleksi bilangan teman wanita. Sebagai lelaki, fokus pada kehendak anda.

Jangan hanya dicabar teman lalu anda berusaha memikat hati si wanita dan apabila sudah dapat, anda ingin meninggalkannya. Ia nyata satu perbuatan yang tidak baik dan menghancurkan hati serta perasaan orang lain.

·  Teruskan persahabatan

Sekali anda melangkah ke alam persahabatan atau perkenalan, teruskan sehingga ada sesuatu yang menghalang. Ingat, jangan sesekali berpatah balik hanya kerana ada perkara yang remeh.

Ini hanya membuang masa anda dan dirinya. Malah ia juga tidak baik kerana membabitkan soal hati. Apapun, cari masa yang paling sesuai untuk mengenali seseorang kerana bukan semua dapat menerima keadaan dengan sebegitu mudah.

Thursday, 29 December 2011

Berpisah Jua..

Ramai lelaki yang tidak tahu cara yang sesuai untuk mempertahankan cinta dan gagal memahami orang perempuan yang akhirnya menyebabkan perpisahan!

Di antara fakta penting untuk renungan :-

a) Tuhan telah memberikan cinta untuk anda kongsikan dengan seseorang yang telah diciptakannya!

b) Ada cinta di dalam hati semua insan di dunia ini!

c) Anda perlu mencintai dan menghargai diri anda terlebih dahulu sebelum mencari dan mendambakan cinta dari seorang wanita.

d)Keyakinan diri adalah salah satu aset penting untuk mencuri cinta wanita!.

e) Duit bukan segala-galanya yang dicari oleh seorang wanita dalam memberikan cintanya!

f) Masih ramai lagi kaum wanita yang tidak berkahwin, maka anda sebenarnya masih ada pilihan dan tidak harus memilih untuk menjadi lelaki solo!

g) Segala apa yang ada pada anda adalah aset untuk anda jerat cinta wanita idaman anda.

h) Anda perlu memahami sifat-sifat kaum wanita untuk mengeratkan dan mengukuhkan cinta anda!

i) Putus cinta bukan penghujung sebuah kehidupan!

j) Segala-galanya ada dalam minda anda untuk mencipta satu hubungan cinta yang berkekalan!

Tiada Jodoh Antara Kita..

‎>> Bahagiakah aku bila dia bahagia walaupun BUKAN denganku..<<

✿~ Sekuat mana kita setia..
✿~ Sehebat mana kita merancang..
✿~ Sejauh mana kita menunggu..
✿~ Sekeras mana kita bersabar..
✿~ Sejujur mana kita menerima..

NAMUN..jika ALLAH tidak menulis JODOH kita bersama, kita tetap TIDAK akan bersama..

>>> Menjadi BAIK, bukan bermakna kamu sentiasa MENDAPAT yang baik..jangan lupa kamu sentiasa LAYAK diuji..dan jangan lupa, disamping KEWAJIPAN menjadi baik, kamu juga perlu sentiasa BERSANGKA BAIK..♥♥ 

Bila Nak Kahwin????



"BILA NAK KAHWIN??"

"BILA NAK KAHWIN??"
hmmmmm…..


Skema jawapan untuk soalan "BILA NAK KAHWIN??"

Kenapa Lambat?
Kerana Allah tahu masa yang terbaik untukku..

Dah Berpunya?
Setiap orang telah ditetapkan jodoh masing-masing..

Siapa?
Nanti Allah akan perkenalkan kepadaku..

Bila?
Bila kami dah dipertemukan..
InsyaAllah jemput datang ke walimatul urusku nanti.. ♥

Kenapa Lambat Bertemu Jodoh?

Usaha sudah dibuat tapi mengapa masih ada yang tidak bertemu jodoh?
Menurut Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah, lambat bertemu jodoh ini mungkin disebabkan:

1.  Usaha Belum Sempurna
“Usaha sudah dibuat tapi usaha yang sesuai dengan matlamat yang hendak dicapai itu tidak dilakukan. Usahanya masih belum betul, masih belum sempurna. Kurang ‘munasib’.

Saya bertanya kepada seorang ulama, ‘Kenapa ustaz, orang ini sudah mandi bunga sampai 99 kali tapi masih tidak bertemu jodoh? Di mana silapnya?’
Dia jawab begini, ‘Mungkin dalam perancangan Allah, usahanya ialah mandi air bunga 101 kali, tapi dia berhenti pada tahap 99 kali.’
* Mesejnya ialah, mungkin kita patah semangat di tengah jalan.  
  Jawapannya ialah, cuba dan cuba lagi.

2.  Belum Benar-benar Bersedia
“Pasangan sudah ada tetapi orang yang hendak mencari jodoh itu belum benar-benar bersedia. Orang yang bersedia adalah orang yang benar-benar merasakan dirinya macam nak jadi suami, macam nak jadi isteri.”

Satu contoh mudah, orang yang tak ada anak, selepas mengambil anak angkat, dengan izin Allah, mudah mengandung. Sebab bila dia ambil anak angkat, si suami telah menjadi bapa dan si isteri telah menjadi ibu. Jadi telah bersedia untuk dikurniakan anak.

Begitu juga orang yang hendak berkahwin. Adakah telah benar-benar bersedia untuk menjadi suami atau isteri? Adakah telah bersedia di segi hati, jiwa, fizikal, mental, intelek. Contohnya di segi fizikal, sentiasa menjaga ketrampilan tak kira bila dan di mana.

3.  Tiada Daya Penarik
“Diri kita macam magnet yang boleh menarik bakal pasangan kita atau sesiapa pun untuk sayang pada kita. Daya tarikan ini berpusat di hati.”

Caranya ialah dengan mengisi hati kita dengan sifat-sifat yang sempurna dan positif. Kalau kita benci pada orang, takut-takut orang yang patut sayang pada kita masih tertahan untuk meminang.

Jadi cuba maafkan semua orang. Mudah-mudahan dengan sebab memaafkan semua orang, orang yang bakal jadi tunang akan datang meminang.

“Kita perlu perbanyakkan istighfar, solat taubat, solat hajat, istikharah, witir dan sebagainya untuk cuci hati kita. Maka hati kita akan jadi magnet untuk menarik orang yang sesuai dengan kita untuk mudah datang, sama ada bakal pasangan atau sesiapa saja.

4.  Doa Tidak Makbul
“Kita berdoa untuk mendapatkan jodoh. Allah telah berfirman: “Mintalah kepada-Ku nescaya Aku perkenankan…” Persoalannya, kenapa masih tidak bertemu jodoh?”

Salah satu punca doa tidak makbul ialah hati masih kotor, rezeki masih belum berkat, zakat masih belum sempurna dan sebagainya. Hati yang masih kotor bermakna masih benci atau sakit hati pada orang.

5.  Restu Ibu Bapa Belum Total
“Jodoh tak sampai juga mungkin disebabkan restu emak bapak tidak total.”

Emak bapak masih rasa tak berapa sedap untuk lepaskan anak. Tanya pada emak, ‘Mak benar-benar redha tak saya berumahtangga?’

Ada emak yang anak sulungnya tak mahu dilepaskan, anak bongsu apatah lagi. Itu yang kadang-kadang susah hendak dapat jodoh. Emak mahu anaknya kahwin tapi dalam hati masih tidak benar-benar redha untuk lepaskan. Ini satu masalah yang besar.

Banyak kes yang saya jumpa, bila emaknya benar-benar redha, terus dapat jodoh yang baik.

6.  Faktor Metafizikal
“Kadang-kadang tak bertemu jodoh juga disebabkan ada faktor-faktor metafizikal yang susah hendak dijelaskan.”

Contohnya terkena sihir atau gangguan ilmu hitam yang kadang-kadang susah hendak dijelaskan secara saintifik. Tapi ini wujud dan berlaku. Sebab sihir sudah ada sejak zaman jahiliah dulu sampai sekarang.

Jika ini berlaku, carilah jalan untuk benteng diri kita atau pulihkan diri kita dengan cara-cara yang munasabah untuk mengatasi masalah belum bertemu jodoh.”

Kredit : (Koleksi ANIS / oleh zakaria sungib / dan juga ihsan Telaga Biru Sdn. Bhd. : VCD Forum Petua Mencari Jodoh di Bandar Baru Bangi)

Friday, 23 December 2011

Jodoh adalah RAHSIA DIA..


Sesekali 'Si Hawa' terfikir tentang 'Si Adam' bakal jodohnya..

"pada akhirnya kelak dengan SIAPA aku akan MENIKAH.."
"siapakah dia yang akan menjadi IMAM dalam solatku"
"siapakah dia yang akan menjadi NAKHODA dalam bahtera rumahtanggaku.."

Allah adalah sebaik-baik pengatur..
HIKMAH pasti ada di hujung lorong ujian..
cuma, manusia selalu KURANG SABAR..
belum sampai ke hujung jalan, sudah BERPUTUS ASA..
lalu, bagaimana mahu sampai kepada hikmahnya?
Jodoh, memang misteri Ilahi..
sampai masa dia PASTI datang..
membawa kita terbang bersama cuma perlu SABAR..♥

Si Dia bukan untukku..

Ya Allah
Bila dia bukan untukku
Bila dia bukan jodohku
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku

Ya Allah
Bila ini bukan masanya
Bila ini belum saatnya
Jarakkan kami
Pisahkan kami
Agar kami jauh dari dosa dan perkara sia-sia
Agar kami tak mengundang murkaMU
Agar kami dapat lebih menjaga hati..
Aminn..

Wanita.. Adakah 'Si Dia' Meminatimu?

Kadangkala wanita sukar memahami tingkah laku lelaki. Kadangkala mereka takut salah erti tingkah laku sesorang lelaki kepada dirinya. Oleh itu, sekiranya anda ingin mengetahuinya, bacalah entri kali ini.

LANGKAH SI DIA CUBA MENDEKATIMU…

• si dia membelanja anda makan @ minum…
• si dia ingin meminjam sesuatu dari anda atau meminta bantuan anda.. langkah ini membuatkan si dia berasa dekat dengan anda.
• si dia mengajak anda menemaninya bersiar-siar & membeli belah yang mana langkah ini akan membuatkan anda menerima si dia..
• si dia mula bertanyakan tentang keluarga anda & dalam masa yg sama si dia akan bercerita tentang keluarganya. Topik ini secara tidak langsung akan merapatkan lagi hubungan anda berdua kerana anda berdua sudah saling mengetahui tentang diri masing-masing.
• si dia akn sentiasa bertanya khabar tentang anda.. dengan ini anda tentunya akan berasa lebih disayangi..
• si dia akan memberikan anda hadiah istimewa. Ini menandakan si dia ingin melanjutkan hubungan yang lebih dari seorang rakan.
• si dia mula melayan anda seperti anda kekasihnya. Setiap kata-katanya juga adalah kata sayang & cinta..

TERUSKAN HUBUNGAN DENGAN SI DIA JIKA…

• si dia tak tergopoh gapah utk menjalinkan hubungan dengan anda secara serius di mana si dia akan mendekati anda dengan sabar & tak tergopoh gapah.
• si dia sering mengambil berat tentang anda termasuklah tentang kesihatan, makan, minum & setiap apa yg anda lakukan.
• si dia sentiasa membantu anda tidah kira apa jua pertolongan yang anda perlukan.
• si dia tak berkira walaupun anda & dia baru berkenalan, si dia tidak kisah membelanjakan wangnya untuk anda.
• si dia sentiasa ingin menggembirakan anda dan tidak akan membebankan anda dengan masalah-masalahnya. Si dia ingin sentiasa bersama anda dengan memberikan kenangan yang indah.
• si dia tidak berahsia tentang pengenalan dirinya, tempat tinggal & nombor telefon agar hubungan anda & si dia tidak berakhir di situ sahaja.
• si dia berterus terang tentang statusnya sama ada si dia pernah ada teman istimewa @ si dia sememangnya single. Si dia juga tidak kisah anda membaca sms @ membantunya menjawab panggilan telefon menandakan katanya adalah benar.
• apabila ada masa terluang, dia pasti akan menghubungi anda & memberitahu anda tentang aktivitinya.

HATI2 DENGAN SI DIA JIKA…

• si dia terlalu cepat memberitahu anda bahawa si dia ingin menjalinkan hubungan serius dengan anda. Misalnya baru 3 hari sudah bercakap soal cinta & sayang.. Nampak macam penipu je kan…?
• mulut kata sayang & cinta tetapi tidak pernah mengambil berat soal anda malah bersikap mementingkan diri pula.
• ada sahaja alasannya apabila anda meminta pertolongan. Sekiranya dia menolong sekalipun hanyalah buat secara ala kadar sahaja untuk mengambil hati anda.
• agak berkira sedikit dalam soal kewangan. Walaupun masing2 telah bekerja namun apabila keluar makan bersama, hari ini si dia belanja anda namun, dia mula mengharapkan anda pula membelanjanya keesokkan harinya..
• si dia mengajak anda melakukan perkara yang si dia suka sahaja tanpa mempedulikan anda suka atau tidak apa yang dilakukannya. Jika anda tidak menyukai aktiviti yang akan dilakukan bersamanya, si dia tetap memaksa anda mengikutnya.
• si dia cuba mengelak jika ditanya tentang alamat rumah dan hanya memberitahu secara umum sahaja. Begitu juga sekiranya anda mahu tahu nombor telefon rumah & nombor telefonnya yang lain untuk dihubungi, si dia sama sekali tidak akan memberinya. Jika ikhlas, mengapa perlu berselindung..?
• si dia tidak pernah menceritakan tentang status dirinya. Apabila ditanya si dia akan berkata “saya mana ada gf.. siapalah yang hendakkan saya”. Tetapi telefonnya tidak pernah berhenti dari menerima panggilan @ sms. Si dia akan merampas telefon cepat2 jika anda cuba membantunya menjawab panggilan telefon @ membaca sms. Selepas itu, setiap kali bersama anda, telefonnya akan dimatikan.. Faham2 je la…
• si dia jarang menghubungi anda apabila tidak bersama anda dan memberi alasan sibuk untuk tidak keluar bersama anda.

Wednesday, 21 December 2011

Bahasa Cinta

Tiga kata… ‘I love You” seringkali sukar untuk dilafazkan dan adakalanya kita tidak boleh melafazkannya setiap masa untuk tunjukkan kepada si dia bahawa dirinya sangat disayangi..

Tips berikut boleh dilakukan untuk melafazkan bahasa cinta kepadanya:

·  Melafazkan kata-kata sokongan, semangat, motivasi..

·  Melakukan aktiviti kegemaran bersama 
(Belajar menggemari aktiviti yang disukai pasangan)

·  Memberi hadiah tanpa perlu menunggu hari-hari istimewa; hari lahir.. ulangtahun..

·        Melayani dengan tulus tanpa disuruh atau dipinta

·        Sentuhan fizikal (suami/isteri)

Wanita jatuh cinta...

1. Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sukar untuk mencari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
4. Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tahu macam mana nak menerima pujian.
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,  dia akan lakukan apa saja.
8. Sekiranya seorang wanita mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu wanita yang mereka ni langsung tak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si wanita akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.
14. Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.
17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!
18. Selepas sorang wanita jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang wanita, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
27. Senjata wanita adalah airmata!!
28.Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Lelaki jatuh cinta...

1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk wanita yang dicintai dengan rela bukan kerana terpaksa.

2. Dia sentiasa ingin menghiburkan wanita yang dicintai  dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.

3. Dia banyak menasihati wanita yang dicintai kerana dia amat menyayanginya.

4. Dia berusaha mengongkong kebebasan wanita yang dicintai kerana perasaan cemburunya.

5. Dia sentiasa takut kehilangan wanita yang dicintai.

6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan wanita yang dicintai kerana dia sentiasa berasa curiga.

7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan wanita yang dicintai.

8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila wanita yang dicintai tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu wanita yang dicintai melayannya lebih dari orang lain.

10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu wanita yang dicintai melakukan apa saja.

11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh wanita yang dicintai.

12. Dia akan menggelabah apabila wanita yang dicintai berjauhan darinya terlalu lama.

13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan wanita yang dicintai.

14. Dia mementingkan wanita yang dicintai daripada dirinya sendiri.

15. Dia kerap bertanya adakah wanita yang dicintai mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada wanita yang dicintainya.

16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan wanita yang dicintai walaupun terpaksa menunggu wanita yang dicintai dengan sabar.

18. Dia membanggakan wanita yang dicintai di depan orang lain.

19. Kalau ditinggalkan oleh wanita yang dicintai, dia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap wanita yang dicintai kembali kepadanya.

20. Apabila muncul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali wanita yang dicintai.

21. Dia menganggap wanita yang dicintai sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.

22. Dia tidak akan berlaku curang kepada wanita yang dicintai namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintainya.

23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan .

P/s : Tidak semestinya tepat, namun belajarlah mencintai lelaki yang mencintaimu…

Cinta Lelaki... Cinta Wanita..

1. Ketika ada wanita yang membenci seorang lelaki setengah mati, itu tandanya dahulu dia mencintainya setengah mati.

2. Wahai lelaki, ketika kau merasa tidak mampu menyimpan rahsia daripadanya bererti kau mencintainya.

3.  Di sebalik kejayaan setiap wanita, dia pernah melalui kegagalan dalam bercinta.

4. Cinta yang dianggap sekadar babak pertama bagi lelaki, ternyata merupakan persoalan hidup dan mati bagi wanita.

5.     Ketika lelaki mengatakan “Perempuan itu tidak mempunyai hati”, bererti wanita tersebut telah berjaya merebut hatinya.

6.     Cinta seorang lelaki bagaikan menulis di atas air atau paling hebat seperti dia menulis di atas pasir.

7. Hati wanita yang mabuk dilamun cinta bagaikan mihrab emas yang biasanya hanya patung tanah yang berlindung di bawahnya.

8.  Bagi wanita, ada tiga tahap dalam perjalanan cintanya iaitu mencintai, dikecewakan dan kemudian bersedih.

9.    Banyak lelaki yang membunuh diri kerana cinta, tetapi wanita jauh lebih ramai.

10.  Cinta ialah sebuah kisah yang di dalamnya terdapat wanita yang bangga berperanan sebagai pahlawan. Sedang bagi lelaki, dia lebih memilih menjadi pengarangnya.

11.  Dalam kehidupan seorang wanita, ada suatu masa yang dia merasa perlu untuk mencintai seorang lelaki dengan sepenuhnya.

12. Cinta, wanita, lelaki dan larangan.

13.Betapa pun seorang wanita bermulut seribu, namun cinta akan mengajarnya diam.

14. Wanita tercantik adalah wanita yang menggetarkan kata cinta di antara dua bibirnya.

15.Dalam bercinta, seorang lelaki selalu ingin tahu apa yang dilakukan kekasihnya.

16.  Ketika wanita mencintai seorang lelaki, sekali-kali dia tidak akan pernah merendahkannya.

17.  Dalam cinta, lelaki adalah penyerang dan wanita yang bertahan.

18.Dalam bercinta, seorang lelaki akan berkorban apa sahaja untuk kekasihnya kecuali satu hal, iaitu mencintainya terus menerus.

19.  Keinginan seorang wanita dapat diubah-ubah oleh orang yang dia cintai.

20.Dalam persahabatan, lelaki lebih pandai daripada wanita, namun tidak demikian dalam bercinta.

21.Dalam cinta, lelaki bak serigala yang ganas, hati-hatilah. Manakala wanita pula sanggup menyerahkan segalanya dan sedia berkorban.

22.Cinta mungkin berakhir dalam sehari, namun cinta hakiki tidak sedemikian.

23. Tiada apa yang mampu mencabut cinta daripada hati seorang wanita, selain cinta yang baru.

24.   Seorang wanita tidak akan mampu hidup tanpa orang yang dia cintai.

25. Cinta merasuk jiwa seorang wanita dalam hitungan detik yang penuh ketenangan dan kekaguman.

26.Wanita mencintai pasangannya untuk dirinya, demikian juga dengan lelaki.

27.   Cinta seorang lelaki tidak lebih daripada selembar sampul depan, namun cinta seorang wanita bagai lembaran-lembaran kertas yang tiada penghujungnya.

28.  Kebahagiaan wanita adalah ketika dia dapat mencintai seorang lelaki lalu tunduk kepadanya.

29.Ketika wanita jatuh cinta, dia memulakannya dengan kekhuatiran, ketakutan dan prasangka.

30.   Perasaan, cinta dan kerelaan adalah hal yang tidak akan lekang daripada diri seorang wanita.

Sumber: Terapi Patah Hati oleh Salahudin Abdul Razak dan Rusydi Ramli Al-Jauhari.
Kredit : CetusanHati.com

Suka? Cinta?

Di hadapan orang yang kita cinta,
hati kita akan berdegup kencang...
Tapi di depan orang yang kita suka,
hati kita akan gembira...

Di depan orang yang kita cinta,
musim sentiasa berbunga-bunga...
Di depan orang yang kita suka,
musim itu cuma berangin sahaja...

Jika kita lihat ke dalam mata orang yang kita cinta,
kita akan kaku...
Tapi jika kita lihat ke dalam mata orang yang kita suka,
kita akan tersenyum...

Di depan orang yang kita cinta,
lidah kelu untuk berkata-kata...
Di depan orang yang kita suka,
lidah bebas berkata apa sahaja...

Di depan orang yang kita cinta,
kita menjadi malu...
Di depan orang yang kita suka,
kita akan tunjukkan imej yang sebenar...

Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta...
Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka...

Bila orang yang kita cinta menangis,
kita akan turut menangis...
Bila orang yang kita suka menangis,
kita akan membuat dia gembira...

Perasaan cinta bermula dari mata,
Perasaan suka bermula dari telinga...
Jadi, jika kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka...
Umpama kita membuang telinga kita
Tapi jika kita cuba menutup mata
Cinta akan berbuah menjadi airmata


Setiap orang akan mengalami perasaan suka dan cinta dalam hidup mereka.

Fikirkanlah dan bukakalah pandangan mata hati untuk melihat siapa yang anda hanya suka ataupun sedang anda cintai.


P/s :Hakikatnya Cinta kepada Allah swt adalah lebih hakiki dan abadi.
Kasih sayangMu Tuhan, itu yang ku dambakan... Dengan rahmatMu, ampunilah dosaku...Aminn

Jatuh Cinta?

"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia berupa kecintaan pada apa yang diingini, yakni wanita…" [Ali-Imran: 14]

Perasaan cinta adalah satu anugerah yang hebat Allah SWT kurniakan pada hambaNya. Cinta ibarat angin taufan yang tidak dapat dibendungkan. Jika cinta itu bersemi dalam hati, segala halangan pasti akan dihadapi walaupun mengorbankan diri.

Perasaan cinta jika dikawal dengan baik akan membawa kebaikan ke akhir hayat. Tetapi jika tersilap langkah maka meranalah badan menanggungnya sepanjang hayat.

Setiap orang akan merasakan perasaan jatuh cinta dalam hidupnya. Jatuh cinta memang berjuta rasanya. Meski demikian, banyak orang seringkali tak sedar sedang jatuh cinta. Mereka terlalu hanyut dalam buaian asmara.

Di antara sifat dan tanda-tanda seseorang telah jatuh cinta pada insan lain:

Emosi


Merasa bahagia memiliki hubungan dan mengambil berat melebihi diri sendiri. Ini petanda jatuh cinta. Apalagi jika rasa prihatin melebihi diri sendiri. Diri sendiri kurang peduli.



Selalu ingin bersama

Individu yang sedang jatuh cinta biasanya merasa selalu ingin bersama. Itu wajar kerana seiring tumbuhnya rasa cinta, Anda akan menganggap pasangan bagai oksigen yang tak boleh dilepas.


Selalu Berhubung

Berhubung antara satu sama lain tidak kira malam atau siang dan tak pernah putus bagi mereka yang sedang dilanda demam cinta. Tak hanya tatap muka, Berhubung melalui telefon yang menjadi satu kemestian. Meski hanya menanyakan hal-hal remeh seperti "sudah makan" itu sudah menjadi pertanda kuat bagi pasangan jatuh cinta.

Melamun

Mereka yang sedang dimabuk asmara seringkali hilang fokus. Fikiran mudah melayang  sehingga berpotensi mengganggu tugas-tugas penting. Melamun memikirkan si dia dan masa depan bersamanya. Bagi yang masih belajar bila banyak mengelamun akan menjejaskan fokus kepada pelajarannya.



Selalu ingin kelihatan menarik

Saat membangun sebuah hubungan, tanpa sedar anda melakukan perubahan. Selalu ingin tampil menarik di depannya, itu menjadi salah satu pertanda. Anda ingin selalu menarik perhatiannya.


Selalu ingin membantu

Ketika seseorang jatuh cinta, apapun rela dilakukan demi mendapatkan simpatinya. Rata-rata seorang lelaki rela menghantar kekasihnya kemanapun pergi. Termasuk membantunya mengatasi kesulitan.


p/s : Adanya perasaan cinta sememangnya fitrah manusia. Jatuh cinta kerana Allah atau nafsu?
Semai cinta bersama keimanan agar cinta membawa diri insan yang sedang bercinta di atas landasan yang betul.