Tuesday, 6 December 2011

Indahnya Pengorbanan..

Selagi kesal ada di hati
Selagi itulah ia menjerut rasa
Rasa bersalah
Rasa berdosa
Rasa diri tidak diampuni
Kenapa begitu.. Kejamkah aku?

Maafkanlah kekhilafanku
Bukan itu maksudku
Maafkanlah sikapku
Kebencianmu
Kemarahanmu
Menemani hidupku

Sebenarnya diriku terseksa
Memendam rasa yang tidak tertanggung
Kerana aku tiada upaya
Pilihan hanyalah pengorbanan
Ku korbankan kepentinganku
Ku korbankan kesemuanya
Hampir tiada apa lagi
Yang boleh aku korbankan
Pengorbanan adalah keputusanku
Dan kerana sebuah pengorbanan
Natijahnya kekal hingga kini

Ku harapkan pengertian
Pengampunan darimu
Yang tercalar hatinya
Yang menunggu jawapan
Dari sebuah persoalan
Sedang aku masih mencari
Ruang dan peluang dariNya
Memegang hatiku
Agar tiada lagi kekesalan
Tiada lagi hati yang terluka
Maafkan masa silamku
Kerana engkau memahami
Dan aku juga cuba memahami
Indahnya sebuah pengorbanan..
P/s : Maafkanlah diri sendiri.. 
         Hargai hidup dan semua yang kini milikmu.. Selagi dipinjamkanNya kepadamu..

No comments:

Post a Comment