Thursday, 15 December 2011

Ayatul Mahabbah


Maksudnya:

Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. 

(Surah Ali Imran:Ayat 31)


Sesiapa yang mengamalkan Ayatul Mahabbah akan dikasihi dan disayangi oleh pasangan masing-masing, oleh anak-anaknya, kaum kerabatnya, jiran-jiran tetangga.

Jika dia seorang majikan, orang bawahannya akan menyukainya dan jika dia seorang pekerja, orang atasan akan menyukainya. 

Ia juga diamalkan supaya pasangan suami atau isteri menjadi pasangan yang setia serta penyayang. Kasih sayang bertambah erat dan kukuh.

Amalkan setiap hari selepas menunaikan solat fardu lima waktu. 
Baca sebanyak yang boleh. 
InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment