Monday, 27 February 2012

ITQAN- KESUNGGUHAN

Konsep ini berkaitan dengan soal nilai (Akhlak), yakni merujuk kepada kualiti kerja yang boleh diterjemahkan sebagai ketekunan, komitmen dan kesungguhan serta disusuli dengan fokus dalam melakukan kerja. 


Ia juga bermaksud amal yang berterusan dengan tidak memberi ruang berlakunya penyelewengan atau sikap sambil lewa.

Rasulullah SAW telah bersabda:

"Sesungguhnya Allah suka kepada seseorang kamu yang apabila melakukan sesuatu kerja maka dilakukannya dengan bersungguh-sungguh (itqan)." (al hadith)

Maksud ‘itqan’ dalam bahasa Arab adalah melakukan sesuatu dengan penuh komitmen, kemahiran yang tinggi dan iltizam. Oleh itu, memberi tumpuan atau fokus pada setiap perkara bukan sahaja akan menjamin kecemerlangn kerja yang dilakukan, sebaliknya perbuatan itu juga mengundang kesukaan Allah pada kita.

Bayangkan andai sekiranya Allah menyukai perkara yang kita lakukan, pasti Dia akan membantu dan memberi kejayaan kepada kita.

No comments:

Post a Comment