Menyebut tiga prinsip di dalam Islam berhubung dengan kerja iaitu; prinsip ubudiah, mas’uliah dan itqan ini memang mudah tetapi menghayatinya tidak semudah menyebutnya.
Cuba kita renung dan fikir terhadap kerja kita sebagai kakitangan kerajaan atau swasta, yang sudah beberapa tahun berkhidmat…
♥Apakah kerja kita diterima Allah sebagai amal soleh?
♥Apakah kita amanah dengan kerja yang ditugaskan?
♥Apakah kita ikhlas dalam menjalankan tanggung jawab?
♥Apakah rezeki yang diperolehi rezeki yang halal?
♥Bagaimanakah kita hendak menampung lompang-lompang yang ada?
♥Apakah kita tidak takut doa orang-orang yang kena zalim sedangkan tiada hijab antara doa orang yang kena zalim dengan Allah?
…. dan banyak lagi soalan-soalan yang harus kita jawab, sebelum ditanya dihadapan Rabbul Jalil!.
Apa pun kita sebagai orang yang beriman tetap bersangka baik terhadap rahmat dan kasih sayang Allah, mudah-mudahan amal dan kerja diterimaNya sebagai ibadah walau pun berlubang-lubang lebih dari daun yang dimakan ulat.
“Allah sukakan hambaNya yang bekerja (secara profesional). Barang siapa yang bertungkus lumus mencari sara hidup keluarganya maka ia seperti seorang mujahid pada jalan Allah.” (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad)
No comments:
Post a Comment