Prinsip mas’uliah atau ’accountability’ ialah prinsip yang menuntut seseorang pekerja supaya sentiasa berwaspada dan bertanggung jawab ke atas apa yang dilakukan atau dibelanjakan kerana mereka akan di periksa dan disoal bukan sekadar di dunia malah di hari pembalasan.
Asas pegangan orang Islam dalam hal ini termaktub di dalam banyak ayat al-Qur’an dan hadis Rasulullah saw.
Ibnu Umar ra dari Nabi saw, Baginda saw bersabda:
Maksudnya: “Ketahuilah setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya tentang kepimpinan kamu. Seorang amir/penguasa/ atau pemimpin yang berkuasa terhadap rakyat akan ditanya tentang kepimpinannya. Seorang laki-laki adalah pemimpin atas keluarganya. Dia akan ditanya tentang kepimpinannya. Seorang wanita adalah pemimpin rumahtangga suami dan anak-anaknya. Dia akan ditanya tentang kepimpinannya. Seorang hamba adalah pemimpin atas harta kekayaan tuannya yang dipercayakan kepadanya. Dia juga akan ditanya tentang kepimpinannya. Ketahuilah setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya tentang kepimpinan kamu. ” [HR: Imam Bukhari].
Hadis di atas menjelaskan dua perkara;
PERTAMA: setiap orang memikul amanah dan tanggungjawab yang wajib ditunaikan (kecualilah orang yang tidak mukallaf).
KEDUA; setiap amal sama ada kecil atau besar akan diminta pertanggungjawaban, akan ditanya dan diperiksa oleh Allah.
JAWATAN, KERJA, TUGAS ATAU APA-APA PROFESION yang kita pegang bukan suatu kebanggaan yang boleh kita gunakan sebagai suatu alat untuk mencapai cita-cita dunia tetapi ia merupakan suatu amanah yang wajib ditunaikan dengan cara yang sempurna seperti mana yang ditetapkan oleh institusi dan yang diakui oleh syarak.
Mudah-mudahan kerja yang kita lakukan itu bukan sahaja membawa manfaat duniawi tetapi juga manfaat ukhrawi sebagai suatu bentuk ubudiah kita kepada Allah.
Sebelum Allah bertanyakan kita tentang setiap amal dan kerja yang kita buat selama ini, adalah lebih baik kiranya kita sebelum terlambat memuhasabah diri kita sendiri dan kalau kita tersilap tentu tidak terlambat untuk memperbetulkannya sama ada menggantikan balik, menampung, memulangkan, menqada’ dan apa sahaja cara yang patut.
No comments:
Post a Comment