Wednesday, 30 May 2012

PEMASARAN


Pemasaran terdiri dari tiga unsur iaitu pasaran, sasaran dan memasar. Ia dikendalikan oleh pemasar. Pemasar bertanggungjawab bermula dengan menganalisa produk yang berpotensi di pasaran, kemudian memilih kumpulan sasaran yang menguntungkan syarikat hinggalah merancang strategi untuk memasarkan produk yang akan ditawarkan. Kewujudan produk tersebut di sedari, juga mampu bertahan lama di pasaran merupakan faktor kejayaan pemasaran.

OBJEKTIF PEMASARAN
qMemaksimakan PENGGUNAAN Produk/Servis. 
   (Maximization of Consumption)
qMemaksimakan KEPUASAN Pembeli.
  (Maximization of Satisfaction)
qMemaksimakan PILIHAN Produk/Servis dipasaran.
  (Maximization of Choice)
qMemaksimakan KUALITI HAYAT Produk/Servis.
  (Maximization of Life Quality)

KEPENTINGAN PEMASARAN
qDapat mengetahui permintaan dan kehendak dipasaran.
qDapat mengenalpasti kumpulan sasaran yang tepat.
qDapat merancang strategi yang jelas untuk mencapai objektif syarikat.
qDapat mewujudkan permintaan di pasaran.
qDapat memaksimakan jualan.
qDapat menjalinkan hubungan baik dengan pelanggan.
qDapat menjadikan pelanggan sebagai Aset SyarikatCustomer Equity.
qMampu bertahan lama di pasaran dan menjana keuntungan.


KEPUASAN PELANGGAN
}Peringkat yang paling  asas. Produk yang ditawarkan hanya memenuhi kriteria asas produk.
KENIKMATAN PELANGGAN
}Pengeluar berjaya memberi kejutan dengan menawarkan produk melebihi jangkaan pembeli
PENILAIAN PELANGGAN
}Pengeluar dapat meberi extra nilai terhadap produk yang ditawarkan. Extra nilai ini dapat dirasakan oleh pembeli menjadikan produk tersebut berbeza dengan produk pesaing. Apabila Extra Nilai tersebut diakui, harga bagi produk tersebut akan jatuh no 2. Pengguna bukan membeli dengan sebab harga tetapi Extra Nilai yang ditawarkan.
KESETIAAN PELANGGAN
}Extra Nilai yang berjaya ditonjolkan oleh sesebuah syarikat akan membawa kepada kesetiaan pengguna. Apabila pengguna selesa dengan produk tersebut, pengguna akan sentiasa membeli secara berterusan atau menanti produk baru dari keluaran syarikat yang sama.
HUBUNGAN BAIK PELANGGAN
}Satu peringkat yang memerlukan aktiviti pemasaran menghargai pelanggan mereka yang setia. Pelanggan perlu diberi penghargaan untuk memastikan mereka sentiasa menjadi pelanggan aktif yang berterusan dan tidak menghiraukan pesaing yang lain. 
PELANGGAN ASET
}Tahap yang paling atas dalam pemasaran. Keadaan yang begitu selesa oleh syarikat yang mana mempunyai pelanggan yang tetap.



No comments:

Post a Comment