Thursday 19 July 2012

Percutian Cik Anum @ Kelate - Hari Ke-3

16 Julai 2012/ 26 Syaaban 1433H - Isnin

Sesudah subuh saya membancuh secawan nescafe panas dan berehat di beranda. Laptop diletakkan di atas meja minum. Saya berdiri dan merenung keindahan alam ciptaanNya berlatar belakangkan lagu-lagu baru daripada Maher Zain.. :)

Hari ni hari terakhir percutian kami dan saya belum membawa Cik Anum ke Masjid Kg Laut, Nilam Puri. Saya sedang merangka jadual perjalanan agar sempat ke lokasi-lokasi pilihan sebelum ke lapangan terbang jam 4pm.

Sarapan pagi yang ala kadar sahaja. Mungkin maggi ketam yang kami makan semalam masih belum hadam sepenuhnya.. hehe..

Cik Anum masih teringat akan jagung bakar. InsyaAllah.. gerai-gerai jagung bakar pesisir Pantai Bisikan Bayu tentu dah mula berniaga.. Harapnya begitu..




Check-out jam 12pm. Saya dapat menikmati 1 hari percutian yang berkualiti.. cuma semalam saya tidak dapat tidur dengan lena.. mungkin ingatan yang kuat terhadap sesuatu yang sedang berlegar di fikiran..

Alhamdulillah dapat jugak belikan Cik Anum jagung bakar.. "Awak.. saya nak tengok laut.." "Jom.. kita singgah di Pantai Tok Bali.. saya selalu bawa anak buah saya kutip kulit siput & bina istana pasir.. cantik pemandangan kat sana.." Cik Anum terus setuju..

Sepanjang berada di atas susunan batu menghala ke rumah api, Cik Anum menikmati jagung bakar dan saya pula menikmati pemandangan laut dan langit yang terlalu indah untuk digambarkan.

Destinasi seterusnya ialah Masjid Kg Laut, Nilam Puri. Singgah makan tengahari di salah satu restoran kegemaran saya, Restoran Baruh Kadok. Menu kegemaran ialah kari ketam dan kerutup limpa.. Alhamdulillah Cik Anum sukakan menu di sini... "ermmm... sedapp.."

Di sini, Cik Anum turut berkenalan dengan kawan saya yang sangat istimewa. Terima kasih sudi singgah dan berbual-bual dengan Cik Anum. Banyak jugak tips lokasi pelancongan yang Cik Anum dapat. Bertambah semangat Cik Anum untuk kembali bercuti di sini.. hehe..

Masjid Kg Laut, Nilam Puri lokasi solat zohor. Ada satu kisah.. Ketika saya sedang solat, Cik Anum telah menyelamatkan seorang makcik yang tersadung dan hampir jatuh longkang. Alhamdulillah tiada sebarang kecederaan. Makcik yang dalam lingkungan umur 50-an sangat terharu.."Anak muda.. semoga dipanjangkan umur.. dimurahkan rezeki.. terima kasih anak muda.." Begitulah sikap Cik Anum yang saya kenali.. InsyaAllah.. Buat baik akan dibalas baik.. ;)
Telah ditakdirkan kami tiba lewat daripada yang dirancangkan kerana DIA telah aturkan agar Cik Anum sempat membantu makcik yang kurang bernasib baik. Alhamdulillah.. Kenangan yang amat berharga buat Cik Anum pada hari ini di Masjid Kg Laut, Nilam Puri.

Kami kesuntukan masa untuk ke Pasar Siti Khadijah dan Syarikat Jaffar Rawas. Saya sekadar singgah di Pasaraya DZSmart di Tunjong. Misi mencari jubah.. hehe..

Selesai semuanya bergegas ke lapangan terbang. Saya telah dinasihatkan oleh kawan saya agar bertolak awal supaya tidak tersangkut di dalam jam. Alhamdulillah jam 5pm kami tiba. Cik Anum melangkah ke Bilik Berlepas.. saya berlegar sekitar lapangan terbang yang dipenuhi para jemaah yang akan menunaikan ibadah umrah. Tepat jam 5:50pm Cik Anum terbang di awan biru... InsyaAllah.. Jumpa lagi.. Terima Kasih..


No comments:

Post a Comment