Friday, 30 March 2012

10 SEBAB DOA DITOLAK

► Anda mengenal Allah, tetapi tidak menunaikan hak Nya.
► Anda berkata anda mencintai Rasulullah SAW, tetapi anda meninggalkan  
    sunnahnya.
► Anda membaca Al-Quran tetapi anda tidak beramal dengannya.
► Anda telah rasa nikmat-nikmat Allah tetapi anda tidak mensyukurinya.
► Anda telah berkata bahawa syaitan itu musuh anda tetapi anda tidak 
    menentangnya.
► Anda kata syurga itu benar tetapi anda tidak beramal untuknya.
► Anda kata neraka itu benar tetapi anda tidak lari daripadanya.
► Anda kata mati itu benar tetapi anda tidak bersedia menghadapinya.
► Anda bangun dari tidur lalu anda katakan banyak keaiban manusia tetapi 
    anda lupa keaiban diri sendiri.
► Anda kebumikan mayat saudara-saudara anda tetapi anda tidak 
    mengambil iktibar dari mereka.

No comments:

Post a Comment