Friday, 30 March 2012

"Don't Worry, Be Happy"..

Tugasan belum siap?? Kesuntukan masa?? Salah siapa??
Usah mencari salah siapa sebab diri sendiri pasti akan terlibat sama menyebabkan 'kenapa' tugasan tidak dapat disiapkan. Fikirkan bagaimana seharusnya dilakukan agar tugasan dapat diserahkan tepat pada masanya dan menepati arahan tugasan.


Kenapa adanya tempoh masa??
Kebanyakan manusia suka bertangguh-tangguh. Suka sangat buat kerja saat akhir.. Tempoh masa makin hampir sedangkan tugasan belum siap.. Kelam kabut..Setiap saat debaran semakin kuat dan temponya semakin laju.. Barulah terkejar-kejar dan terketar-ketar siapkan tugasan.


"Ada aku kisah??"
Kadang-kadang sewaktu berada dalam situasi genting sebegini kita akan boleh melihat 'sikap sebenar' manusia di sekeliling kita. Ada yang hanya memandang.. Ada yang hanya membuat hal sendiri.. Ada yang berkongsi rasa.. Alhamdulillah masih ada manusia yang masih berpegang kepada prinsip "berat sama dipikul, ringan sama dijinjing" atau lebih popular pada hari ini.. "Apa yang penting.. Kerjasama'..


"Don't worry, be happy!"
Bohong jika dikatakan perasaan ini tenang dalam kebimbangan. Manusia tidak sempurna.. Perasaan resah gelisah, haru-biru.. Mencari di mana silapnya.. Siapa bersalah kerana diri dirasakan tidak bersalah. Keegoan diri.. "Kalaulah.." "Sepatutnya.." Ayat-ayat yang dilafazkan untuk mempertahankan diri.. Sudah-sudahlah mencari salah, carilah penyelesaian. Usah ditambah kebimbangan. Tenangkan diri, hati dan fikiran, InsyaAllah..ada jalannya.. DipermudahkanNya jika Nawaitu kita diperbetulkan pasti DIA memberi petunjuk dan kekuatan. Akan diberikanNya pembantu.. InsyaAllah.


P/s:Jangan putus asa dengan kesukaran melaksanakan tugasan kerana itu juga ujian dariNya..
Sesuatu pekerjaan yang dicapai dengan bersusah payah itu lebih 'manis' hasilnya daripada sesuatu yang diperolehi dengan mudah. InsyaAllah..♥

No comments:

Post a Comment