Wednesday, 28 March 2012

Hari Ini



Setiap saat, setiap minit, setiap waktu.. Begitu cepat putaran masa dan tidak akan pernah menunggu kita walau sedetik.. 
Setiap hari adalah hari yang kita akan lalui dengan penuh pengharapan.. "Semoga hari ini lebih baik dari semalam.." 

Hari ini tidak memberi jaminan bahawa esok akan sama seperti yang telah dilalui pada hari ini..
Hari ini kita adalah seorang yang berjawatan tinggi, esok mungkin kita menganggur..
Hari ini kita ada ibu dan bapa, esok mungkin kita yatim piatu..
Hari ini status kita bujang, esok mungkin kita "berkahwin"...

Segalanya berkemungkinan... Selagi masih bernafas.. lakukan yang terbaik untuk hari ini.. Tidak perlu tunggu esok kerana kita hidup pada hari ini.. dan esok mungkin tiada buat kita..  

Hargailah dan syukurilah setiap orang di sisi dan kebahagiaan yang sedang kita nikmati. Bahagiakan insan lain, InsyaAllah hidup kita jua akan bahagia.. ♥

No comments:

Post a Comment