Wednesday, 7 March 2012

Bermata Lalat atau Bermata Lebah?

Sepanjang perjalanan ke pejabat sempat lah menyertai majlis ilmu melalui Ikim.fm. Pagi ni saya tertarik dengan motivasi pagi yang berkisah tentang "Mata Lalat vs Mata Lebah.." 

MATA LALAT = Negatif

♦Lalat hanya memandang najis, bangkai, kekotoran walaupun berterbangan di dalam taman yang dipenuhi bunga yang cantik dan harum mewangi.

♦Lalat dengan kekotorannya akan membawa pelbagai kemudaratan.

MATA LEBAH = Positif

♦Lebah walaupun berterbangan di kawasan pembuangan sampah sekalipun, matanya hanya mencari keharuman bunga-bunga untuk dihinggapinya.

♦Lebah akan menghasilkan madu yang sangat manis dan mujarab merawat pelbagai penyakit.

ANALOGI MATA LALAT vs MATA LEBAH:

♥ Carilah kebaikan/kelebihan orang berbanding keburukan/kelemahannya
♥ Sentiasa bersyukur dengan nikmat ujianNya, bukannya merungut dan  mengalah
♥ Sentiasa memberi kebaikan kepada orang lain
♥ Hargai setiap pengalaman kehidupan dan ambillah pengajaran dari setiap orang di sisi kita
♥ Berfikiran positif dan dampingilah kalangan mereka yang positif juga
♥ Menjaga penglihatan dan memeliharanya
♥ Jauhi sikap negatif dan sentiasa bersangka baik

► Jadikanlah pandangan mata kita seperti "Mata Lebah" dan elakkanlah pandangan kita dari menjadi "Mata Lalat"◄

No comments:

Post a Comment