Friday, 30 March 2012

Santai: Profesor vs Pendayung Sampan

Satu hari seorang profesor ingin menyeberang sungai dengan sebuah sampan yang didayung oleh seorang pengayuh sampan.
Di tengah-tengah sungai, profesor bertanya: “Kau pandai menulis dan membaca?”
“Tidak. Saya buta huruf.” Jawab si pendayung sampan.
“Kalau begitu, kamu sudah hilang separuh daripada kehidupan kamu.Orang yang tidak pandai menulis dan membaca seolah-olah hilang separuh keupayaan untuk hidup".
Tidak lama selepas itu, professor bertanya lagi: “Kamu ada membuat simpanan wang di bank?”
“Tidak. Pendapatan saya hanya cukup-cukup makan saja. Macam mana nak simpan duit.”
“Kalau begitu, kamu hilang lagi separuh daripada kehidupan kamu. Mana mungkin orang yang tiada wang boleh hidup dengan selesa pada masa tua nanti.”
Sampan terus bergerak. Sampai di tengah sungai. Tiba-tiba sampan itu bocor. Air masuk dengan banyaknya dan sampan hampir mahu tenggelam.
Si pendayung sampan bertanya kepada profesor: “Tuan, apakah tuan pandai berenang?”.
“Err…errr, saya tidak tahu laaa.” Jawab profesor dalam keadaan panik.
“Kalau begitu, tuan akan kehilangan seluruh hidup tuan!!"

No comments:

Post a Comment