Wednesday 14 December 2011

Takdir ALLAH..

Biasa terungkap dan kita juga biasa terdengar...
”sudah takdir.. nak buat macam mana?”

“Takdir ALLAH”.. Saya akan kaitkan takdir “Jodoh” khusus untuk kandungan blog December 2011 dengan tema ‘winter sonata’..cinta…

Sejauh mana kita menjauhi, jika ia memang sudah tertulis, jodoh akan semakin mendekati. Setiap orang berbeza. Tidak sama caranya bagaimana jodoh itu datang menghampiri. Setiap orang pasti ada penyebab yang akhirnya membawa jodoh menghampiri dan mendekati diri. Ya.. kerana setiap apa yang berlaku kepada kita di dunia ini dari sekecil-kecil sampai sebesar-besar perkara semuanya SUDAH TERTULIS.. Sudah tertulis di Luh Mahfuz..

Sehinggakan saat saya menulis blog pada saat ini juga telah ada dalam pengetahuan Allah sebelum ia berlaku lagi.

Hadis ke 4 dari hadis 40 susunan Imam Nawawi.. 4 perkara yang sudah tertulis sejak dalam kandungan iaitu:

1. soal rezeki
(banyak, sedikit, halal, haram, susah, senang,- jodoh termasuk di dalamnya)
2. ajal
3. amal
4. kesudahan hidup (bahagia atau celaka)

Sewaktu dalam kandungan lagi Allah SWT telah mengarahkan malaikat ke Luh Mahfuz, salin dan catat SEMUA yang telah tertulis dari sekecil-kecil perkara hinggalah yang sebesar-besarnya.

عَنْ أَبي عَبْدِ الرحمنِ عَبْدِ اللهِ بْنِ مَسْعُودٍ رضى الله عنه قَالَ: حَدَّثَنَا رَسُولُ الله صلَّى الله
عليهِ وسَلَّمَ وهو الصَّادِقُ الْمَصْدُوْقُ: (( إِنَّ أَحَدَآُمْ یُجْمَعُ خَلْقُهُ فِي بَطْنِ أُمِّهِ أَرْبَعِيْنَ یَوْمً ا
نُطْفَةً، ثُمَّ یَكُوْنُ عَلَقَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ یَكُوْنُ مُضْغَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ یُرْسَلُ إِلَيْهِ المَلَكُ فَيَنْفُخُ فِيْ هِ
الرُّوْحَ وَیُؤْمَرُ بِأَرْبَعِ آَلِمَاتٍ؛ بِكَتْبِ رِزْقِهِ وَأَجَلِهِ وَعَمَلِهِ وَشَقِيٌّ أَوْ سَعِيْدٌ. فَوَاللهِ الَّذِي لا إل هَ
غَيْرُهُ إِنَّ أَحَدَآُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ اْلجَنَّةِ حَتَّى مَا یَكُوْنَ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْ هِ
الْكتِاَبُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ فَيَدْخُلُهَا. وَإِنَّ أَحَدَآُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ حَتَّى مَا یَكُوْنَ بَيْنَ هُ
وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الكِتَابُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ اْلجَنَّةِ فَيَدْخُلُهَا )). رواه البخاري
ومسلم
Maksudnya:
Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas’uud r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda, dan Baginda adalah seorang yang benar lagi dibenarkan (iaitu dipercayai): Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga.

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Al-lmam Muslim

Subhanallah hebatnya Allah kan?

P/s : Semoga diri ini akan sentiasa sabar dan dipermudahkanNya dalam menghadapi segala cubaan yang merupakan "Takdir ALLAH"..

Nabi SAW bersabda,
Bersemangatlah dalam hal yang bermanfaat bagimu. Dan minta tolonglah pada Allah dan janganlah malas. Apabila kamu tertimpa sesuatu, janganlah kamu berkata:
‘Seandainya aku berbuat demikian, tentu tidak akan begini atau begitu’,
tetapi katakanlah:
‘Qodarollahu wa maa sya’a fa’al’
(Ini telah ditakdirkan oleh Allah dan Allah berbuat apa yang dikehendaki-Nya) 
kerana ucapan ’seandainya’ akan membuka (pintu) syaitan.” (HR. Muslim)

No comments:

Post a Comment