Tuesday 28 February 2012

Sombong

Sombong, bongkak, angkuh, atau takbur mempunyai satu pengertian yang sama iaitu tergolong dari sifat mazmumah (sifat-sifat tercela atau keji).

Sifat ini, walaupun sedikit, menjadi kebencian dan kemurkaan Allah. Dan boleh menghalang kita mendapat Syurga.

Firman Allah yang bermaksud:
“Sesungguhnya mereka yang sombong untuk taat sebagai hambaKu, mereka akan masuk neraka jahanam sebagai makhluk yang hina-dina.” (Al-Mukmin: 60)

Sifat sombong atau takbur boleh dibahagi kepada dua:
►Takbur zahir     ►Takbur batin


Takbur zahir boleh dilihat melalui percakapan dan tindakannya. Gayanya angkuh, mulutnya tajam, mudah menghina orang yang dianggapnya lebih rendah daripadanya. Kadangkala ia boleh dilihat melalui percakapan seperti tidak mahu mengaku kalah, menganggap dirinya sentiasa benar dan tidak mahu mendengar atau mengikut nasihat.

Imam Al-Ghazali berkata:

“Orang yang takbur ialah apabila ditegur dia marah, sedangkan kalau menegur orang lain, caranya keras dan kasar.”


Takbur batin ialah membesarkan diri dalam hati. Inilah maksiat hati yang dicela. Contohnya iblis menganggap dirinya lebih baik dan mulia daripada Nabi Adam. Lalu dengan angkuhnya dia enggan tunduk kepada Nabi Adam sehingga menyebabkan Allah melaknat Iblis dan seluruh keturunannya.

Orang yang takbur mereka lupa  bahawa sombong adalah pakaian Allah, iaitu hak uluhiyahNya yang tidak boleh dirampas oleh sesiapa seperti dinyatakan dalam hadis yang diriwayatkan Muslim:


Rasulullah Saw bersabda:


“Allah Swt berfirman; Kemuliaan adalah pakaianKu, sedangkan sombong adalah selendangKu. Barang siapa yang melepaskan keduanya dariKu, maka Aku akan menyiksanya”. [HR Muslim]

No comments:

Post a Comment