Sunday, 29 July 2012
Iftar & Sahur Dirindui..
Ruangan makan akan diubahsuai.. meja tak digunakan dah. Tikar dibentang.. Acara makan bersila.. Itu tandanya Ramadhan tiba.. Meriah kerana keluarga saya bilangannya agak ramai.. Dan sebab itulah juga Ma saya akan cuba menyediakan menu yang disukai abah & semua anaknya.. hehe..
Cuma suasananya dari setahun ke setahun akan berbeza... kemeriahannya berlainan..
Kadang-kadang saya rindukan suasana Ramadhan semasa ada datuk, nenek dan moyang.. Hujung minggu je akan ada giliran berbuka & bersahur kat kampung. Arwah datuk sebelah ma (Che).. hari khamis akan ke rumah kami jemput saya & adik-adik ke kampung. Che suka masakkan telur dadar yang sangat sedap.. Arwah moyang pun dah sediakan gulai betik, ikan rebus goreng kegemaran kami.. tak dapat dilupakan sambal kecupu dan sambal budu buatan arwah nenek.. tiada tandingannya.. sampai hari ini saya masih tak dapat lupakan kelazatan masakan istimewa ini... Paling dirindui waktu bersahur.. saya cukup seronok bangkit awal dan bantu Mok siapkan hidangan. Saya selalu tertanya.. Camana Mok selalu bangkit tepat jam 4am sedangkan jam loceng tiada satu pun di rumah.. Mok akan jawab.. kokokan ayam kejutkan mok bangun awal waktu.. Masih terasa kedinginan air perigi yang segar... Rindunyaa...
Suasana berbuka juga akan berbeza bila kat rumah arwah datuk sebelah abah (Ayoh)... menunya akan bertambah dengan kehadiran kami.. Air kelapa muda yang segar.. sedapnyaa.. Menu utama pilihan Ayoh ialah ketam.. saya suka sangat bila Ayoh tolong isikan ketam untuk saya.. ikan terubuk... saya pun suka ikan terubuk... Ayoh sukakan lauk-pauk yang pelbagai. Cucu-cucu yang kena habiskan sebab kami yang nak makan macam-macam.. hahaha..satu pesanan Ayoh yang saya selalu ingat.. "nak makan tu kena tau banyak mana yang nak di makan.. jangan bazirkan makanan." Nak makan depan Ayoh kena pastikan pinggan licin.. kalau tak Ayoh akan tunggu sampai makanan habis di makan.. Ayohku yang garang.. hehe..
Sempena Ramadhan, kurma tidak dilupakan. Masih segar di ingatan.. arwah Mok selalu tunggu kurma dari saya.. Mok kata kurma yang saya belikan paling sedap di makan.. Seronok sangat makan kurma dengan Mok.. Alhamdulillah.. Terima kasih Mok selalu menyediakan masakan yang sedap.. kadang-kadang walau hanya ikan kembung goreng dan kicap.. saya sangat berselera.. Tapai yang Mok buat.. perghh...terbaik... Rindunyaa...
Al-Fatihah...
Rukun Islam 5 Perkara... The 5 Pillars
Ramadhan (رمضان) adalah bulan kesembilan dalam kalendar Hijrah. Sepanjang bulan ini orang Islam akan melakukan serangkaian aktiviti keagamaan termasuk di dalamnya berpuasa, solat terawih, peringatan turunnya Al-Quran, mencari malam Lailatul Qadar, memperbanyakkan bacaan Al-Quran dan kemudian mengakhirinya dengan membayar zakat fitrah dan seterusnya meraikan Aidilfitri pada 1 Syawal.
Dan ada satu lagi aktiviti yang sinonim buat saya di dalam bulan Ramadhan.. Dari zaman saya kanak-kanak lagi, setiap kali ingin menunggu waktu berbuka puasa saya akan dihidangkan dengan sebuah lagu yang menjadi lagu khusus sebelum DJ Radio Kelantan Fm keudarakan suara azan.. Hingga kini saya tertunggu-tunggu lagu yang sangat istimewa ini.. Jikalau terdengar di bulan-bulan lain.. hati saya akan terus merindui Ramadhan.. seumpama lagu ini tidak dapat dipisahkan dengan bulan Ramadhan.. :) Jom kita hayati lirik lagunya..
Rukun Islam lima perkara
marilah kita mengerjakannya
marilah kita mengerjakannya
Pertama mengucap dua kalimah syahadah
kepada Allah kita beribadat
supaya hidup kita tak sesat
dari dunia sampai akhirat
kepada Allah kita beribadat
supaya hidup kita tak sesat
dari dunia sampai akhirat
Kedua sembahyang lima waktu
sujud ke hadrat Allah yang satu
mengenal ia supaya tentu
dengan putih bersih di kalbu
sujud ke hadrat Allah yang satu
mengenal ia supaya tentu
dengan putih bersih di kalbu
Ketiga ramadhan hendaklah puasa
lapar dahaga harus dirasa
supaya kasih sama manusia
tauhid kepada Yang Maha Esa
lapar dahaga harus dirasa
supaya kasih sama manusia
tauhid kepada Yang Maha Esa
Keempat fitrah dan memberi zakat
segantang beras pula disukat
tanda islam semua bersahabat
Allah akan memberi berkat
segantang beras pula disukat
tanda islam semua bersahabat
Allah akan memberi berkat
Kelima fardu haji ke baitullah
Rukun Islam sudah terjumlah
lima perkara tunailah sudah
itulah semua perintah Allah
Rukun Islam sudah terjumlah
lima perkara tunailah sudah
itulah semua perintah Allah
Rukun Islam lima perkara
marilah kita mengerjakannya
marilah kita mengerjakannya
p/s : Lagu-lagu dendangan Allaryarham Tan Sri P Ramlee mesra pendengar dan melekat di ingatan. Al-Fatihah.
Tuesday, 24 July 2012
Mustajabnya DOA Ibu
Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam telah berpesan kepada kita betapa mustajab doa seorang ibu untuk anaknya. Dalam Sahih Muslim, baginya kisah seorang lelaki, Juraij, yang begitu kuat beribadah kepada Allah. Hari-harinya diisi dengan solat sunat. Beliau mempunyai tempat khas untuk solat - pondok kecil yang agak tinggi tempatnya.
Pada suatu hari, ibunya datang menziarahinya. Sambil mendongakkan kepalanya, si ibu memanggil anaknya: "Juraij, saya ibumu, cakaplah denganku!"
Juraij khusyuk beribadah dan berkata dalam hatinya: "Ya Allah, saya utamakan solatku atau ibuku?"
Juraij memilih meneruskan ibadahnya. Ibunya letih berteriak dan akhirnya meninggalkan tempat Juraij.
Esoknya ibunya datang dan memanggilnya lagi tetapi Juraij tidak mengendahkan dan terus beribadah.
Ibunya pulang ke rumah dengan rasa hampa dan marah dalam hatinya. Semasa itulah wanita itu berdoa:
"Ya Allah, Juraij itu adalah anakkku, aku mahu bercakap dengannya tapi dia menolak bercakap denganku. Ya Allah, jangan engkau matikan dia kecuali Engkau tunjukkan padanya akan pelacur."
Ada gembala kambing yang sentiasa menggembala kambingnya di sekita pondok Juraij. Gembala kambing itu terserempak dengan 'bunga desa' yang cantik. Mereka berasmara sehingga wanita itu hamil dan akhirnya melahirkan anak. Namun gembala itu menghilang.
Semasa ditanya orang kampung, anak siapakah itu, wanita ini sekadar menuding ke arah pondok Juraij. Orang-orang kampung beramai-ramai mendatangi Juraij dan memanggilnya dengan marah. Juraij keluar kehairanan. Mereka menuduhnya berzina sehingga wanita itu melahirkan bayinya. Juraij bertanya: "Di mana bayi itu"
Maka mereka membawa bayi itu menghadapnya. Juraij berkata: "Tinggalkan aku untuk solat dan berdoa."
Sesudah itu, Juraij menepuk perut bayi dan bertanya: "Wahai bayi, siapakah bapamu?"
Dengan izin Allah, bayi itu menjawab: "Bapaku ialah gembala kambing di kampung ini."
Penduduk kampung terkejut dan malu kerana merobohkan pondok Juraij dek tertipu oleh wanita itu. Mereka berjanji akan membangunkan pondoknya dengan emas dan perak, namun Juraij menolak dan meminta pondok seperti asalnya.
Rasulullah menyatakan kisah Juraij menunjukkan betapa kuat doa seorang ibu, apatah lagi yang disakiti anaknya.
Banyak iktibar daripada kisah Juraij..
♥ Kewajiban anak memenuhi panggilan ibu lebih utama dibandingkan menyempurkan ibadah sunat. Dengan hadith ini, dihukumkan menurut fiqah bahawa memenuhi panggilan ibu adalah wajib berbanding meneruskan solat sunat.
♥ Doa ibu sangat mustajab - sama ada maksud baik atau tidak. Oleh itu, ibu perlu berhati-hati dan usah ikut perasaan.
♥ Ibu harus sentiasa memantau dan mengambil tahu akan keadaan kehidupan anak-anaknya agar tidak terjadi salah faham antara kedua-duanya.
♥ Ibu harus sentiasa mendoakan kebaikan untuk anak-anaknya, terlebih lagi pada waktu solat dinihari.
♥ Ibu harus sentiasa menjaga mulutnya dan usah mudah tersinggung - maafkanlah dan nasihatkan serta sentiasa berdoa untuk anaknya.
♥ Sebagai pengasuh, ibu perlu dilengkapi ilmu demi memupuk anak yang soleh/solehah.
Seorang alim besar, Syeikh Sya`roni Ahmadi Al-Qudsy berkata:
"DOA
IBU ADALAH SEPERTI JELMAAN MALAIKAT,
BAHKAN IBU ADALAH SEPERTI JELMAAN MALAIKAT
YANG NAMPAK.
ERTINYA, HATI-HATILAH DENGAN DOA IBUMU KERANA DOANYA BEGITU CEPAT
DIKABULKAN OLEH ALLAH SUBHANAHU WA TA`ALA."
Making Dua For Others...
That if you make dua for other people, there is an angel there while you are making your dua, and he makes dua to Allah that:
"Ya Allah, grant this person the same thing that he wishes for others"
~> The angels make dua for you..
Monday, 23 July 2012
Ramadhan Ini... Sebuah Harapan Dan Doa..
Doa Nabi Zakaria a.s:
رَبِّ لَا تَذَرْنِي فَرْدًا وَأَنتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ
- الأنبياء/89
"Wahai
Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri
(dengan tidak
meninggalkan zuriat);
dan Engkaulah jua
sebaik-baik Yang mewarisi."(Al-Anbia’:89)
Friday, 20 July 2012
Percutian Cik Anum @ Kelate - Masjid Brunei, Danau Tok Uban
14 Julai 2012/24 Syaaban 1433H- 3:00pm-6:30pm
Bertolak dari Masjid Muhammadi lebih kurang jam 3:00pm. Saya tak tau sebenarnya jalan ke sana. Cuma saya masih ingat jalan ke Jeti Danau Tok Uban yang saya kunjungi pada tahun 2002. Hahaha.. itu pun 10 tahun lepas.. cepat betul masa berlalu.
Sebelum ni saya tak pernah dengar tentang Masjid Brunei Darussalam @ Masjid Putih yang terletak di Rong Chenok, Pasir Mas yang juga dikenali Masjid Terapung Danau Tok Uban. Kali pertama saya diceritakan oleh Cik Anum ketika kunjungan saya ke Kuala Lumpur beberapa tahun yang lepas. Itu pun sekadar masuk telinga kanan keluar telinga kiri.. Maafkan saya..
Bila Cik Anum nyatakan hasratnya untuk ke sana saya mula bertanya kawan-kawan yang tinggal di sekitar Bukit Panau dan Pasir Mas. Saya gagal untuk dapatkan peta laluan untuk ke sana kerana mereka hanya tau jalan melalui Jeti Danau Tok Uban tetapi jalan tasik dah tak digunakan untuk ke Masjid Putih.
Saya rujuk pakcik Google dan terus dapat macam-macam blog yang bercerita tentang Masjid Brunei.. http://merahsilu.blogspot.com/2007/07/akhirnya-masjid-brunei-di-danau-tok.html..@blog Merah Silu pelbagai kisah sejarah boleh dirujuk. Saya juga merujuk http://blog.amirez.com/sejarah-masjid-brunei-di-danau-tok-uban/ yang pernah mengunjungi Masjid Brunei. Terima kasih kepada blogger yang telah memberi gambaran sebenar wajah Masjid Brunei dan saya semakin teringin ke sana. Sayangnya saya tidak dapat maklumat laluan untuk ke sana. Cabaran buat saya.. Kalau orang lain boleh.. saya juga boleh.. InsyaAllah.
Memang agak sukar mencari lokasi yang terpencil. Saya melalui jalan Tok Uban dari Chetok. Keliru dengan simpang saya perlu rajin-rajinkan diri bertanya orang tempatan 'terpilih' sekitar laluan saya. Untuk pengetahuan, saya seolah-olah mengelilingi kawasan yang sama walaupun laluan berbeza sebanyak 3 kali.. seumpama pusingan O.. akan lalui tempat yang sama.. itu yang saya perasan.. apa taknya asyik lalu je depan rumah yang sedang kenduri kahwin..pi mai pi mai tang tu.. "Kalau duk lalu lagi depan kenduri kahwin.. agak-agaknya kita pun akan kahwin nanti.."hehe.. saya melawak untuk hilangkan risau di hati.
Sebenarnya saya dah bertanya kepada 7 orang tempatan.. ada 7 jawapan.. seperti puzzle..pening saya..
1. Makcik berhampiran kedai runcit dan Balai Polis
"Straight.. lepas jalan keretapi masuk kiri... akan jumpa la Danau Tok Uban"
(bila jumpa jalan keretapi saya keliru.. ke kiri ada Balai Polis tetapi sebelum jalan keretapi. Jadi saya lintas jalan keretapi dan ke kiri hingga ke luar ke jalan Bukit Tuku. Patah balik ke simpang yang saya keliru..)
2. Pakcik tepi jalan keretapi
"Boleh ikut sebelah Balai Polis ataupun ikut jalan Bukit Tuku. Straight je jumpa dengan gertak/jambatan. kat situ Masjid Brunei"
(patah balik ikut laluan tadi ke Bukit Tuku dan saya cam jalan ke Jeti Danau Tok Uban. Teruskan perjalanan tapi saya rasa macam salah. Patah balik ke Jeti Danau Tok Uban.)
3. Lelaki awal 40an simpang Jeti Danau Tok Uban sedang membersihkan semak samun
"Bukan kat sini. Masjid Brunei di Bukit Panau. Ikut jalan utama ke Bukit Panau. Tanya orang sekitar sana"
(Patah balik ke laluan tadi ke jalan utama. Masuk ke Bukit Panau dan kami kembali temui jalan keretapi. Lintas jalan keretapi dan kami kembali ke jalan utama ke Chetok. Patah balik lintas jalan keretapi dan singgah di kedai runcit."
4. Makcik lewat 50an
"Kena ikut laluan ke jalan utama. Masuk simpang Tok Uban. Di situ la Masjid Brunei"
(saya bagitau makcik kami sebenarnya dari sana dan diberitahu Masjid Brunei di Bukit Panau. Agak kecoh sedikit kerana makcik yakin Masjid Brunei bukan di Bukit Panau)
5. Anak makcik awal 20an
"straight ikut jalan utama ke Alor Pasir dan masuk ke Kem Desa Mahmood. Ikut laluan Kem Desa Mahmood"
(sekali lagi kami lalui jalan yang sama. Pusingan sama seperti permulaan perjalanan hingga kami berhenti di hadapan sekolah Tok Uban)
6. Pakcik awal 50an
"Baru-baru ni pun ada kumpulan lelaki muda kata tak jumpa Masjid Brunei. Singgah kat sini juga. Cik keluar ke jalan utama. Nampak Sek Keb Perah, pergi lagi hingga ke Bukit Panau. Jumpa Sek Bukit Mas. Kat situ cari la jalan ke Masjid"
(saya dah lalu semua jalan yang disebut tetapi saya tak pernah perasan Sek Bukit Mas)
Kami nekad teruskan perjalanan. Cik Anum minta saya isikan minyak kereta bimbang kami akan kembali ke jalan yang sama. Ketika melintasi lampu isyarat Bukit Panau saya terlihat perkataan Bukit Mas di kedai sebelah kiri jalan dan kami patah balik masuk ke jalan Bukit Panau. Kami tak jumpa Sek Bukit Mas tapi saya masih ingat hanya ada Sek Keb Bukit Panau sebelum jalan keretapi.
"Awak ikut je laluan mana yang awak nak. Kalau ada rezeki kita akan sampai ke Masjid Brunei".. Cik Anum pasrah andai kami tidak jumpa Masjid Brunei yang dicari kerana beberapa jam lagi akan Maghrib.
"Kita akan solat asar kat Masjid Brunei. InsyaAllah".. saya dan Cik Anum nekad masuk ke simpang kecil sebelah Sek Keb Bukit Panau sebelum jalan keretapi. Jalannya agak sempit. Cik Anum risau dengan minyak kereta yang mula memberi signal untuk di isi. "InsyaAllah sempat sampai. Kita tanya orang kat sini. Saya rasa macam dah dekat nak sampai" saya mula yakin kerana "Bukit Panau" semakin jelas sebagaimana gambaran oleh Merah Silu.
7. Pakcik lewat 50an
"depan lagi. Straight je lepas tu belok kiri Sg Keladi"
(perkataan "depan lagi" buat saya lega walaupun saya tak tau kat mana Sg Keladi...)
Alhamdulillah... lebih kurang 8-9km dari simpang Sek keb Bukit Panau akhirnya kami sampai ke detinasi tepat jam 5:37pm. Hujan sangat lebat. Kami singgah solat dan menikmati ketenangan dan keindahan Masjid Brunei. Alhamdulillah.. catatan perjalanan yang sungguh panjang buat kami padahal jaraknya dekat sahaja. Bila diimbas balik.. orang pertama yang di tanya.. makcik.. ada beritahu lepas jalan keretapi ke kiri.. hanya berlaku sedikit kekeliruan sahaja.. komunikasi sangat penting.. tunjuk arah juga penting.. apa-apa pun syukur sangat-sangat kerana saya berjaya memenuhi impian seorang kawan.. Alhamdulillah..
Ada beberapa peristiwa yang istimewa sepanjang perjalanan dan semasa berada di dalam persekitaran Masjid Brunei hinggalah kami pulang.. mungkin hanya akan dialami oleh sesiapa yang pernah berkunjung di sini sahaja. Mungkin... Biarlah kami berdua jadikan ia sebagai pengalaman berharga di dalam hidup kami. Alhamdulillah.
Berikut adalah sedikit panduan laluan dari Masjid Brunei hingga ke laluan keluar simpang Sek Keb Bukit Panau. Untuk ke Masjid Brunei boleh rujuk dari bawah ke atas.. hehe..untuk rujukan jika kami ingin kembali lagi ke sini.. InsyaAllah..
Pintu masuk ke Masjid Brunei, Tahfiz Al-Balaghulmubin.. Ada papan tanda di larang masuk ke laluan Masjid Brunei.. Kami masuk je kerana 'pak guard' yang bertugas tidak halang kami. Terima kasih.
Inilah agaknya jambatan yang dimaksudkan oleh orang tempatan ke2 yang kami tanya. Rendah dan mungkin tidak boleh dilalui oleh kenderaan tinggi.
Jangan ikut anak panah pergi straight, belok ke kanan. Pergi terus hingga jumpa jambatan di atas.
Papan tanda pertama yang menjadi petunjuk utama kami... "Tahfiz Al-Balaghulmubin". Di hadapan simpang ada kedai makan. Masuk terus ke laluan Tahfiz. Akan jumpa simpang tiga. Ada satu lagi papan tanda kecil "Tahfiz Al-Balaghulmubin". Ke kiri dan jalan terus sehingga jumpa simpang seperti di atas.
Dari simpang Sek Bukit Panau lebih kurang 8-9km ke Tahfiz Al-Balaghulmubin barulah temui Masjid Brunei yang tersergam indah.. Subhanallah.. Alhamdulillah...
P/s: Payung unggu kesayangan tertinggal di tangga laluan utama masjid.. tanda kenangan bahawa saya telah singgah di Masjid Brunei.. terima kasih payung unggu yang memayungi kami untuk memasuki Masjid Brunei. Maaf saya tertinggal payung unggu kesayangan.. Ada jodoh kita jumpa lagi.. saya benarkan sesiapa yang memerlukan payung untuk gunakan payung unggu kesayangan saya..
Thursday, 19 July 2012
Percutian Cik Anum @ Kelate - Hari Ke-3
16 Julai 2012/ 26 Syaaban 1433H - Isnin
Sesudah subuh saya membancuh secawan nescafe panas dan berehat di beranda. Laptop diletakkan di atas meja minum. Saya berdiri dan merenung keindahan alam ciptaanNya berlatar belakangkan lagu-lagu baru daripada Maher Zain.. :)
Check-out jam 12pm. Saya dapat menikmati 1 hari percutian yang berkualiti.. cuma semalam saya tidak dapat tidur dengan lena.. mungkin ingatan yang kuat terhadap sesuatu yang sedang berlegar di fikiran..
Sesudah subuh saya membancuh secawan nescafe panas dan berehat di beranda. Laptop diletakkan di atas meja minum. Saya berdiri dan merenung keindahan alam ciptaanNya berlatar belakangkan lagu-lagu baru daripada Maher Zain.. :)
Hari ni hari terakhir percutian kami dan saya belum membawa Cik Anum ke Masjid Kg Laut, Nilam Puri. Saya sedang merangka jadual perjalanan agar sempat ke lokasi-lokasi pilihan sebelum ke lapangan terbang jam 4pm.
Sarapan pagi yang ala kadar sahaja. Mungkin maggi ketam yang kami makan semalam masih belum hadam sepenuhnya.. hehe..
Cik Anum masih teringat akan jagung bakar. InsyaAllah.. gerai-gerai jagung bakar pesisir Pantai Bisikan Bayu tentu dah mula berniaga.. Harapnya begitu..
Check-out jam 12pm. Saya dapat menikmati 1 hari percutian yang berkualiti.. cuma semalam saya tidak dapat tidur dengan lena.. mungkin ingatan yang kuat terhadap sesuatu yang sedang berlegar di fikiran..
Alhamdulillah dapat jugak belikan Cik Anum jagung bakar.. "Awak.. saya nak tengok laut.." "Jom.. kita singgah di Pantai Tok Bali.. saya selalu bawa anak buah saya kutip kulit siput & bina istana pasir.. cantik pemandangan kat sana.." Cik Anum terus setuju..
Sepanjang berada di atas susunan batu menghala ke rumah api, Cik Anum menikmati jagung bakar dan saya pula menikmati pemandangan laut dan langit yang terlalu indah untuk digambarkan.
Destinasi seterusnya ialah Masjid Kg Laut, Nilam Puri. Singgah makan tengahari di salah satu restoran kegemaran saya, Restoran Baruh Kadok. Menu kegemaran ialah kari ketam dan kerutup limpa.. Alhamdulillah Cik Anum sukakan menu di sini... "ermmm... sedapp.."
Di sini, Cik Anum turut berkenalan dengan kawan saya yang sangat istimewa. Terima kasih sudi singgah dan berbual-bual dengan Cik Anum. Banyak jugak tips lokasi pelancongan yang Cik Anum dapat. Bertambah semangat Cik Anum untuk kembali bercuti di sini.. hehe..
Masjid Kg Laut, Nilam Puri lokasi solat zohor. Ada satu kisah.. Ketika saya sedang solat, Cik Anum telah menyelamatkan seorang makcik yang tersadung dan hampir jatuh longkang. Alhamdulillah tiada sebarang kecederaan. Makcik yang dalam lingkungan umur 50-an sangat terharu.."Anak muda.. semoga dipanjangkan umur.. dimurahkan rezeki.. terima kasih anak muda.." Begitulah sikap Cik Anum yang saya kenali.. InsyaAllah.. Buat baik akan dibalas baik.. ;)
Telah ditakdirkan kami tiba lewat daripada yang dirancangkan kerana DIA telah aturkan agar Cik Anum sempat membantu makcik yang kurang bernasib baik. Alhamdulillah.. Kenangan yang amat berharga buat Cik Anum pada hari ini di Masjid Kg Laut, Nilam Puri.
Kami kesuntukan masa untuk ke Pasar Siti Khadijah dan Syarikat Jaffar Rawas. Saya sekadar singgah di Pasaraya DZSmart di Tunjong. Misi mencari jubah.. hehe..
Selesai semuanya bergegas ke lapangan terbang. Saya telah dinasihatkan oleh kawan saya agar bertolak awal supaya tidak tersangkut di dalam jam. Alhamdulillah jam 5pm kami tiba. Cik Anum melangkah ke Bilik Berlepas.. saya berlegar sekitar lapangan terbang yang dipenuhi para jemaah yang akan menunaikan ibadah umrah. Tepat jam 5:50pm Cik Anum terbang di awan biru... InsyaAllah.. Jumpa lagi.. Terima Kasih..
Percutian Cik Anum @ Kelate- Hari Ke-2
15 Julai 2012/25 Syaaban 1433H- Ahad
Saya aturkan perjalanan ke Kolam Air Panas Tok Bok sesudah subuh tapi Cik Anum nampaknya dah demam. Hahaha.. kesian pulak.. saya biarkan Cik Anum baring dan lena sepuasnya. Nasib baik saya dah sediakan "air cap badak" kerana selalunya Cik Anum akan perlukan penawar tersebut bila demam.
"Awak dah belikan air cap badak ya.. terima kasih.." saya hanya tersenyum. Awak kan kawan saya...
Hari ni kami hanya akan berehat. Menikmati suasana percutian. Saya dah tempah bilik di Tok Aman Bali Beach Resort, Tok Bali, Pasir Puteh. Saya pernah berkunjung di sini tetapi atas urusan kerja, kursus. Saya sangat teringin bercuti di sini.. Jadi, alang-alang kawan ke Kelantan saya tak boleh lepaskan peluang kembali ke Tok Aman Bali untuk bercuti..
Kami singgah solat di Masjid Ibrahimi, Bandar Pasir Puteh. Kami sempat berjemaah. Alhamdulillah. Agak selesa berada di sini. Saya tersenyum melihat persekitaran masjid kerana saya dan rakan-rakan sekerja pernah bertugas di sini. Ada kenangan saya di sini. :)
Ada pakcik menjual Lokching @ sate ikan... "Awak... saya nak makan tuuu..." Rupa-rupanya Cik Anum juga suka makan Lokching. Kami berdua makan Lokching di laman parkir Masjid Ibrahimi sambil memerhatikan muslimin dan muslimat bersilih ganti masuk keluar masjid... menunaikan kewajipan kepadaNya.
Sepanjang perjalanan ke resort, Cik Anum fokus kepada pemandangan kerana ingin melihat jambatan @ gertak Tok Bali yang cukup kerap didengarinya sebelum ke sini. "Apa istimewanya Jambatan Tok Bali?" Soalan yang agak mencabar... hahaha... saya menjawab sekadarnya kerana saya pun takde jawapan yang tepat.. " Jambatan yang melengkung dan tinggi untuk membolehkan bot perikanan lalu. Atas jambatan pulak jadi lokasi kegemaran kaki pancing. Tok Bali juga ada kuala sungai berbentuk S..."
Cik Anum teringin nak makan jagung bakar sekitar Pantai Bisikan Bayu. Tetapi asyik sangat berbual kami dah pun melepasi gerai terakhir dan terus ke Resort.. hahaha.. saya adalah pemandu pelancong yang masih dalam tempoh percubaan.. hihii.. Jam 2pm kami sampai di resort.
Sasaran Utama saya ialah kolam renang. Sampai je di bilik.. kolam entah ke mana sebaik tengok tilam yang sangat empuk dan suasana bilik yang selesa.. masa untuk tidur.. ;)
Jam 5pm anak-anak buah saya akan datang bagi melengkapkan suasana mandi kolam.. Suasana bertambah seronok melihat aksi anak-anak buah yang mandi sakan.. Hampir satu jam berendam.. puas hati.. Lagipun kami dapat kuasai kolam kerana ramai yang dah santai & terjun kolam terlebih awal dari kami.
Jadual seterusnya ialah membawa Cik Anum makan malam. Menu bukan nasi.. hmmm... Maggi Ketam di Semerak. Cik Anum tak pernah dengar menu Maggi Ketam. Bagus.. pengalaman baru untuk Cik Anum. "Sedap betul.. Ketam Batu yang segar.. udangnya segar.. maggi yang sedap. Saya akan cuba masak resipi macam ni kat rumah nanti".. ulasan Cik Anum..
Percutian hari ke-2 yang sangat memuaskan walaupun banyak hal-hal berkaitan Tok Bali yang gagal untuk saya jawab.. Saya akan mencari jawapan berkaitan sejarah negeri sendiri. Bukan untuk Cik Anum sahaja tetapi menambah pengetahuan saya yang selama ini tidak begitu kisahkan sejarah negeri yang tercinta.
Subscribe to:
Posts (Atom)