Wednesday, 18 July 2012

Percutian Cik Anum @ Kelate

Percutian kami berdua sangat menarik dan saya ingin kongsikan di sini.
Selalunya bila ingin bercuti saya bayangkan lokasi-lokasi seperti lokasi membeli-belah, pusat pelancongan, pantai dan tempat bersejarah.
Cik Anum rupa-rupanya dah ada senarai lokasi pilihan dan tugas saya hanyalah membawa Cik Anum. "Saya nak ke rumah Allah.. saya nak jelajah masjid..solat di masjid-masjid.. boleh? "Alhamdulillah.. InsyaAllah. Nanti bagitau saya mana masjid yang awak nak singgah ya.."


14 Julai 2012/24 Syaaban 2012- Sabtu
11:15am Cik Anum tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra. Seronoknya melihat Cik Anum tersenyum bila Kereta Kecilku berhenti di hadapan Cik Anum.
"Ke mana kita?"
"Pemandu pelancong bawa saya ke mana sahaja.. asalkan pergi ke lokasi pilihan saya tu ya..."
"Kita lunch.. terus solat zohor di Masjid Muhammadi"

Saya senaraikan Nasi Ulam Cikgu, Kampung Kraftangan

Alhamdulillah kami dapat meja berhampiran dengan 'buffet' menu hidangan.. Cik Anum dah tak tau nak makan apa.. "Saya makan apa je yang awak hidang".. berselera sungguh bila makan menu ala-ala kampung.. budu tak ketinggalan dihidangkan khas untuk Cik Anum.. tapi, ikan keli dah habis.. nak tunggu lambat pulak. 


Pengunjung ramai sangat makan tengahari di sini. Kami cepat-cepat makan nak bagi meja kepada satu keluarga yang masih tidak dapat meja untuk makan. 

Saya membawa Cik Anum melihat sekitar restoran. "Awak, hujung minggu memang ramai pelancong ya.. bukan mat salleh je, orang luar Kelantan pun ramai."
"Mana awak tau yang duk makan ni bukan orang Kelantan?"
"Hehe.. dah tak guna dialek Kelantan.. sah la bukan orang Kelantan kan..."
"Tahun Melawat Kelantan 2012.."










Selesai makan dan ronda-ronda di Pusat Kraftangan, azan zohor berkumandang. 
Kami ke Masjid Muhammadi

Alhamdulillah suasana di sini sangat tenang. Cik Anum seperti tak nak berganjak dari masjid. "Tenangkan menjadi tetamu rumah Allah.. datang Kota Bharu mesti nak datang solat kat sini lagi nanti" 
Alhamdulillah.. salah satu masjid yang kerap juga saya kunjungi. 








Masjid yang Cik Anum senaraikan ialah Masjid Brunei Darussalam, Masjid Kg Laut, Nilam Puri. Masjid yang lain Cik Anum minta saya yang pilihkan. Jadual percutian yang singkat akan disusun oleh saya. Jarak masa dan lokasi adalah risiko yang akan menghadkan lokasi kami.

Perjalanan kami ke Masjid Brunei Darussalam akan saya ceritakan secara khusus kerana banyak yang ingin saya kongsikan.. :)

Saya membawa Cik Anum solat Maghrib dan Isyak di Masjid Telipot sambil tu saya kata "Sultan Muhammad V juga sering solat kat sini." Tak dapat jumpa Baginda Sultan tapi rezeki kami ialah sewaktu kami solat di sini kami sempat ikuti Kuliah Maghrib sempena ambang Ramadhan.

Usai solat saya memandu ke Pengkalan Chepa. Makan malam kami di Food Village. Pilihan malam ni Chim Chum memandangkan Cik Anum tak makan nasi pada waktu malam.. hehe..


Lokasi yang saya senaraikan seterusnya Wakaf Che Yeh kerana haluan yang sama untuk pulang ke rumah saya. Cik Anum mengalah.. "Apa kata kita terus balik.. saya dah tak larat nak jalan.." "Orait.. esok kita akan menikmati percutian sepanjang hari.."

Apa yang penting Cik Anum sangat seronok dan tak sabar untuk ke lokasi seterusnya.

No comments:

Post a Comment