Sunday, 29 July 2012

Rukun Islam 5 Perkara... The 5 Pillars



Ramadhan (رمضان) adalah bulan kesembilan dalam kalendar Hijrah. Sepanjang bulan ini orang Islam akan melakukan serangkaian aktiviti keagamaan termasuk di dalamnya berpuasa, solat terawih, peringatan turunnya Al-Quran, mencari malam Lailatul Qadar, memperbanyakkan bacaan Al-Quran dan kemudian mengakhirinya dengan membayar zakat fitrah dan seterusnya meraikan Aidilfitri pada 1 Syawal. 

Dan ada satu lagi aktiviti yang sinonim buat saya di dalam bulan Ramadhan.. Dari zaman saya kanak-kanak lagi, setiap kali ingin menunggu waktu berbuka puasa saya akan dihidangkan dengan sebuah lagu yang menjadi lagu khusus sebelum DJ Radio Kelantan Fm keudarakan suara azan.. Hingga kini saya tertunggu-tunggu lagu yang sangat istimewa ini.. Jikalau terdengar di bulan-bulan lain.. hati saya akan terus merindui Ramadhan.. seumpama lagu ini tidak dapat dipisahkan dengan bulan Ramadhan.. :)  Jom kita hayati lirik lagunya.. 
Rukun Islam lima perkara
marilah kita mengerjakannya
Pertama mengucap dua kalimah syahadah
kepada Allah kita beribadat
supaya hidup kita tak sesat
dari dunia sampai akhirat
Kedua sembahyang lima waktu
sujud ke hadrat Allah yang satu
mengenal ia supaya tentu
dengan putih bersih di kalbu
Ketiga ramadhan hendaklah puasa
lapar dahaga harus dirasa
supaya kasih sama manusia
tauhid kepada Yang Maha Esa
Keempat fitrah dan memberi zakat
segantang beras pula disukat
tanda islam semua bersahabat
Allah akan memberi berkat
Kelima fardu haji ke baitullah
Rukun Islam sudah terjumlah
lima perkara tunailah sudah
itulah semua perintah Allah
Rukun Islam lima perkara
marilah kita mengerjakannya
p/s : Lagu-lagu dendangan Allaryarham Tan Sri P Ramlee mesra pendengar dan melekat di ingatan.  Al-Fatihah. 

1 comment: