Friday, 20 July 2012

Percutian Cik Anum @ Kelate - Masjid Brunei, Danau Tok Uban

14 Julai 2012/24 Syaaban 1433H- 3:00pm-6:30pm

Bertolak dari Masjid Muhammadi lebih kurang jam 3:00pm. Saya tak tau sebenarnya jalan ke sana. Cuma saya masih ingat jalan ke Jeti Danau Tok Uban yang saya kunjungi pada tahun 2002. Hahaha.. itu pun 10 tahun lepas.. cepat betul masa berlalu.

Sebelum ni saya tak pernah dengar tentang Masjid Brunei Darussalam @ Masjid Putih yang terletak di Rong Chenok, Pasir Mas yang juga dikenali Masjid Terapung Danau Tok Uban. Kali pertama saya diceritakan oleh Cik Anum ketika kunjungan saya ke Kuala Lumpur beberapa tahun yang lepas. Itu pun sekadar masuk telinga kanan keluar telinga kiri.. Maafkan saya.. 

Bila Cik Anum nyatakan hasratnya untuk ke sana saya mula bertanya kawan-kawan yang tinggal di sekitar Bukit Panau dan Pasir Mas. Saya gagal untuk dapatkan peta laluan untuk ke sana kerana mereka hanya tau jalan melalui Jeti Danau Tok Uban tetapi jalan tasik dah tak digunakan untuk ke Masjid Putih.

Saya rujuk pakcik Google dan terus dapat macam-macam blog yang bercerita tentang Masjid Brunei.. http://merahsilu.blogspot.com/2007/07/akhirnya-masjid-brunei-di-danau-tok.html..@blog Merah Silu pelbagai kisah sejarah boleh dirujuk. Saya juga merujuk http://blog.amirez.com/sejarah-masjid-brunei-di-danau-tok-uban/ yang pernah mengunjungi Masjid Brunei. Terima kasih kepada blogger yang telah memberi gambaran sebenar wajah Masjid Brunei dan saya semakin teringin ke sana. Sayangnya saya tidak dapat maklumat laluan untuk ke sana. Cabaran buat saya.. Kalau orang lain boleh.. saya juga boleh.. InsyaAllah.

Memang agak sukar mencari lokasi yang terpencil. Saya melalui jalan Tok Uban dari Chetok. Keliru dengan simpang saya perlu rajin-rajinkan diri bertanya orang tempatan 'terpilih' sekitar laluan saya. Untuk pengetahuan, saya seolah-olah mengelilingi kawasan yang sama walaupun laluan berbeza sebanyak 3 kali..  seumpama pusingan O.. akan lalui tempat yang sama.. itu yang saya perasan.. apa taknya asyik lalu je depan rumah yang sedang kenduri kahwin..pi mai pi mai tang tu.. "Kalau duk lalu lagi depan kenduri kahwin.. agak-agaknya kita pun akan kahwin nanti.."hehe.. saya melawak untuk hilangkan risau di hati.

Sebenarnya saya dah bertanya kepada 7 orang tempatan.. ada 7 jawapan.. seperti puzzle..pening saya..
1. Makcik berhampiran kedai runcit dan Balai Polis
"Straight.. lepas jalan keretapi masuk kiri... akan jumpa la Danau Tok Uban"
(bila jumpa jalan keretapi saya keliru.. ke kiri ada Balai Polis tetapi sebelum jalan keretapi. Jadi saya lintas jalan keretapi dan ke kiri hingga ke luar ke jalan Bukit Tuku. Patah balik ke simpang yang saya keliru..)

2. Pakcik tepi jalan keretapi
"Boleh ikut sebelah Balai Polis ataupun ikut jalan Bukit Tuku. Straight je jumpa dengan gertak/jambatan. kat situ Masjid Brunei"
(patah balik ikut laluan tadi ke Bukit Tuku dan saya cam jalan ke Jeti Danau Tok Uban. Teruskan perjalanan tapi saya rasa macam salah. Patah balik ke Jeti Danau Tok Uban.)

3. Lelaki awal 40an simpang Jeti Danau Tok Uban sedang membersihkan semak samun
"Bukan kat sini. Masjid Brunei di Bukit Panau. Ikut jalan utama ke Bukit Panau. Tanya orang sekitar sana"
(Patah balik ke laluan tadi ke jalan utama. Masuk ke Bukit Panau dan kami kembali temui jalan keretapi. Lintas jalan keretapi dan kami kembali ke jalan utama ke Chetok. Patah balik lintas jalan keretapi dan singgah di kedai runcit."

4. Makcik lewat 50an
"Kena ikut laluan ke jalan utama. Masuk simpang Tok Uban. Di situ la Masjid Brunei"
(saya bagitau makcik kami sebenarnya dari sana dan diberitahu Masjid Brunei di Bukit Panau. Agak kecoh sedikit kerana makcik yakin Masjid Brunei bukan di Bukit Panau)

5. Anak makcik awal 20an
"straight ikut jalan utama ke Alor Pasir dan masuk ke Kem Desa Mahmood. Ikut laluan Kem Desa Mahmood"
(sekali lagi kami lalui jalan yang sama. Pusingan sama seperti permulaan perjalanan hingga kami berhenti di hadapan sekolah Tok Uban)

6. Pakcik awal 50an
"Baru-baru ni pun ada kumpulan lelaki muda kata tak jumpa Masjid Brunei. Singgah kat sini juga. Cik keluar ke jalan utama. Nampak Sek Keb Perah, pergi lagi hingga ke Bukit Panau. Jumpa Sek Bukit Mas. Kat situ cari la jalan ke Masjid"
(saya dah lalu semua jalan yang disebut tetapi saya tak pernah perasan Sek Bukit Mas)

Kami nekad teruskan perjalanan. Cik Anum minta saya isikan minyak kereta bimbang kami akan kembali ke jalan yang sama. Ketika melintasi lampu isyarat Bukit Panau saya terlihat perkataan Bukit Mas di kedai sebelah kiri jalan dan kami patah balik masuk ke jalan Bukit Panau. Kami tak jumpa Sek Bukit Mas tapi saya masih ingat hanya ada Sek Keb Bukit Panau sebelum jalan keretapi.

"Awak ikut je laluan mana yang awak nak. Kalau ada rezeki kita akan sampai ke Masjid Brunei".. Cik Anum pasrah andai kami tidak jumpa Masjid Brunei yang dicari kerana beberapa jam lagi akan Maghrib.
"Kita akan solat asar kat Masjid Brunei. InsyaAllah".. saya dan Cik Anum nekad masuk ke simpang kecil sebelah Sek Keb Bukit Panau sebelum jalan keretapi. Jalannya agak sempit. Cik Anum risau dengan minyak kereta yang mula memberi signal untuk di isi. "InsyaAllah sempat sampai. Kita tanya orang kat sini. Saya rasa macam dah dekat nak sampai" saya mula yakin kerana "Bukit Panau" semakin jelas sebagaimana gambaran oleh Merah Silu.

7. Pakcik lewat 50an
"depan lagi. Straight je lepas tu belok kiri Sg Keladi"
(perkataan "depan lagi" buat saya lega walaupun saya tak tau kat mana Sg Keladi...)

Alhamdulillah... lebih kurang 8-9km dari simpang Sek keb Bukit Panau akhirnya kami sampai ke detinasi tepat jam 5:37pm. Hujan sangat lebat. Kami singgah solat dan menikmati ketenangan dan keindahan Masjid Brunei. Alhamdulillah.. catatan perjalanan yang sungguh panjang buat kami padahal jaraknya dekat sahaja. Bila diimbas balik.. orang pertama yang di tanya.. makcik.. ada beritahu lepas jalan keretapi ke kiri.. hanya berlaku sedikit kekeliruan sahaja.. komunikasi sangat penting.. tunjuk arah juga penting.. apa-apa pun syukur sangat-sangat kerana saya berjaya memenuhi impian seorang kawan.. Alhamdulillah..

Ada beberapa peristiwa yang istimewa sepanjang perjalanan dan semasa berada di dalam persekitaran Masjid Brunei hinggalah kami pulang.. mungkin hanya akan dialami oleh sesiapa yang pernah berkunjung di sini sahaja. Mungkin... Biarlah kami berdua jadikan ia sebagai pengalaman berharga di dalam hidup kami. Alhamdulillah.

Berikut adalah sedikit panduan laluan dari Masjid Brunei hingga ke laluan keluar simpang Sek Keb Bukit Panau. Untuk ke Masjid Brunei boleh rujuk dari bawah ke atas.. hehe..untuk rujukan jika kami ingin kembali lagi ke sini.. InsyaAllah..

Pintu masuk ke Masjid Brunei, Tahfiz Al-Balaghulmubin.. Ada papan tanda di larang masuk ke laluan Masjid Brunei.. Kami masuk je kerana 'pak guard' yang bertugas tidak halang kami. Terima kasih.

Inilah agaknya jambatan yang dimaksudkan oleh orang tempatan ke2 yang kami tanya. Rendah dan mungkin tidak boleh dilalui oleh kenderaan tinggi.

Jangan ikut anak panah pergi straight, belok ke kanan. Pergi terus hingga jumpa jambatan di atas.

Papan tanda pertama yang menjadi petunjuk utama kami... "Tahfiz Al-Balaghulmubin". Di hadapan simpang ada kedai makan. Masuk terus ke laluan Tahfiz. Akan jumpa simpang tiga. Ada satu lagi papan tanda kecil "Tahfiz Al-Balaghulmubin". Ke kiri dan jalan terus sehingga jumpa simpang seperti di atas.

Dari simpang Sek Bukit Panau lebih kurang 8-9km ke Tahfiz Al-Balaghulmubin barulah temui Masjid Brunei yang tersergam indah.. Subhanallah.. Alhamdulillah...









P/s: Payung unggu kesayangan tertinggal di tangga laluan utama masjid.. tanda kenangan bahawa saya telah singgah di Masjid Brunei.. terima kasih payung unggu yang memayungi kami untuk memasuki Masjid Brunei. Maaf saya tertinggal payung unggu kesayangan.. Ada jodoh kita jumpa lagi.. saya benarkan sesiapa yang memerlukan payung untuk gunakan payung unggu kesayangan saya.. 

1 comment:

  1. nak tahu jugak apa pengalaman yang cik alami iaitu beberapa peristiwa yang istimewa sepanjang perjalanan dan semasa berada di dalam persekitaran Masjid Brunei hinggalah cik pulang, boleh ke boleh ke?

    ReplyDelete