Monday, 16 July 2012

Cik Anum @ Kelate...

Alhamdulillah... Saya masih bernafas pada saat ini untuk melalui sebuah perjalanan kehidupan yang telah ditentukanNya.. Dan saya berdoa agar saat yang bakal saya lalui ini adalah lebih baik dari semalam... InsyaAllah..

Hari ini juga saya rasa cukup bertuah kerana diizinkanNya saya bercuti dan menikmati setiap minit dengan penuh berkualiti.. Alhamdulillah..

Percutian kali ni saya diberikan peranan sebagai "pemandu pelancong" yang 'excited' nak bercuti di negeri sendiri..hehe.. 

Saya cuba memenuhi senarai lokasi yang disenaraikan oleh "pelancong" dan turut sama mencadangkan lokasi  yang saya gemar kunjungi yang 'special' buat diri saya... maklumlah.. saya pun sedang bercuti kan.. :)

Saya dah atur perjalanan sebaik saja kawan saya cakap nak bercuti di sini... 3 hari 2 malam berserta lokasi pilihan... ada lokasi yang tak pernah saya tahu pun kewujudannya.. redah je.. hehe.. Pemandu pelancong kena penuhi permintaan pelancong kan.. Pakcik "Google" jadi rujukan tapi salah satu lokasi tidak dapat dikesan.. hmmm... sedikit mencabar.. takpe.. kalau orang lain dapat ke sana.. InsyaAllah saya juga boleh bawa kawan saya ke sana... Alhamdulillah, kami dah pun ke sana pada hari pertama percutian..

Alhamdullillah... Hari ini hari ketiga.. tinggal beberapa lokasi je lagi sebelum kawan saya menaiki penerbangannya pada jam 5:50pm... Semoga percutian di sini amat bermakna.. maklumlah kawan saya ni asyik ke luar negara je.. keliling dunia.. negeri kawan baik dia je belum sempat kunjungi.. hahaha.. Tapi saya   sebagai tuan rumah dan "pemandu pelancong" sangat seronok sebab kawan saya nak datang lagi.... 

"Selamat datang ke negeri Serambi Mekah"..... :)

No comments:

Post a Comment