Thursday, 19 July 2012

Percutian Cik Anum @ Kelate- Hari Ke-2

15 Julai 2012/25 Syaaban 1433H- Ahad

Saya aturkan perjalanan ke Kolam Air Panas Tok Bok sesudah subuh tapi Cik Anum nampaknya dah demam. Hahaha.. kesian pulak.. saya biarkan Cik Anum baring dan lena sepuasnya. Nasib baik saya dah sediakan "air cap badak" kerana selalunya Cik Anum akan perlukan penawar tersebut bila demam.
"Awak dah belikan air cap badak ya.. terima kasih.." saya hanya tersenyum. Awak kan kawan saya...



Hari ni kami hanya akan berehat. Menikmati suasana percutian. Saya dah tempah bilik di Tok Aman Bali Beach Resort, Tok Bali, Pasir Puteh. Saya pernah berkunjung di sini tetapi atas urusan kerja, kursus. Saya sangat teringin bercuti di sini.. Jadi, alang-alang kawan ke Kelantan saya tak boleh lepaskan peluang kembali ke Tok Aman Bali untuk bercuti..





Kami singgah solat di Masjid Ibrahimi, Bandar Pasir Puteh. Kami sempat berjemaah. Alhamdulillah. Agak selesa berada di sini. Saya tersenyum melihat persekitaran masjid kerana saya dan rakan-rakan sekerja pernah bertugas di sini. Ada kenangan saya di sini. :)


Ada pakcik menjual Lokching @ sate ikan... "Awak... saya nak makan tuuu..." Rupa-rupanya Cik Anum juga suka makan Lokching. Kami berdua makan Lokching di laman parkir Masjid Ibrahimi sambil memerhatikan muslimin dan muslimat bersilih ganti masuk keluar masjid... menunaikan kewajipan kepadaNya.

Sepanjang perjalanan ke resort, Cik Anum fokus kepada pemandangan kerana ingin melihat jambatan @ gertak Tok Bali yang cukup kerap didengarinya sebelum ke sini. "Apa istimewanya Jambatan Tok Bali?" Soalan yang agak mencabar... hahaha... saya menjawab sekadarnya kerana saya pun takde jawapan yang tepat.. " Jambatan yang melengkung dan tinggi untuk membolehkan bot perikanan lalu. Atas jambatan pulak jadi lokasi kegemaran kaki pancing. Tok Bali juga ada kuala sungai berbentuk S..."



Cik Anum teringin nak makan jagung bakar sekitar Pantai Bisikan Bayu. Tetapi asyik sangat berbual kami dah pun melepasi gerai terakhir dan terus ke Resort.. hahaha.. saya adalah pemandu pelancong yang masih dalam tempoh percubaan.. hihii.. Jam 2pm kami sampai di resort.





Sasaran Utama saya ialah kolam renang. Sampai je di bilik.. kolam entah ke mana sebaik tengok tilam yang sangat empuk dan suasana bilik yang selesa.. masa untuk tidur.. ;)

Jam 5pm anak-anak buah saya akan datang bagi melengkapkan suasana mandi kolam.. Suasana bertambah seronok melihat aksi anak-anak buah yang mandi sakan.. Hampir satu jam berendam.. puas hati.. Lagipun kami dapat kuasai kolam kerana ramai yang dah santai & terjun kolam terlebih awal dari kami. 



Jadual seterusnya ialah membawa Cik Anum makan malam. Menu bukan nasi.. hmmm... Maggi Ketam di Semerak. Cik Anum tak pernah dengar menu Maggi Ketam. Bagus.. pengalaman baru untuk Cik Anum. "Sedap betul.. Ketam Batu yang segar.. udangnya segar.. maggi yang sedap. Saya akan cuba masak resipi macam ni kat rumah nanti".. ulasan Cik Anum..


Percutian hari ke-2 yang sangat memuaskan walaupun banyak hal-hal berkaitan Tok Bali yang gagal untuk saya jawab.. Saya akan mencari jawapan berkaitan sejarah negeri sendiri. Bukan untuk Cik Anum sahaja tetapi menambah pengetahuan saya yang selama ini tidak begitu kisahkan sejarah negeri yang tercinta.

No comments:

Post a Comment