Sunday, 29 July 2012

Iftar & Sahur Dirindui..


Ruangan makan akan diubahsuai.. meja tak digunakan dah. Tikar dibentang.. Acara makan bersila.. Itu tandanya Ramadhan tiba.. Meriah kerana keluarga saya bilangannya agak ramai.. Dan sebab itulah juga Ma saya akan cuba menyediakan menu yang disukai abah & semua anaknya.. hehe..

Cuma suasananya dari setahun ke setahun akan berbeza... kemeriahannya berlainan.. 

Kadang-kadang saya rindukan suasana Ramadhan semasa ada datuk, nenek dan moyang.. Hujung minggu je akan ada giliran berbuka & bersahur kat kampung. Arwah datuk sebelah ma (Che).. hari khamis akan ke rumah kami jemput saya & adik-adik ke kampung. Che suka masakkan telur dadar yang sangat sedap.. Arwah moyang pun dah sediakan gulai betik, ikan rebus goreng kegemaran kami.. tak dapat dilupakan sambal kecupu dan sambal budu buatan arwah nenek.. tiada tandingannya.. sampai hari ini saya masih tak dapat lupakan kelazatan masakan istimewa ini... Paling dirindui waktu bersahur.. saya cukup seronok bangkit awal dan bantu Mok siapkan hidangan. Saya selalu tertanya.. Camana Mok selalu bangkit tepat jam 4am sedangkan jam loceng tiada satu pun di rumah.. Mok akan jawab.. kokokan ayam kejutkan mok bangun awal waktu.. Masih terasa kedinginan air perigi yang segar... Rindunyaa...

Suasana berbuka juga akan berbeza bila kat rumah arwah datuk sebelah abah (Ayoh)... menunya akan bertambah dengan kehadiran kami.. Air kelapa muda yang segar.. sedapnyaa.. Menu utama pilihan Ayoh ialah ketam.. saya suka sangat bila Ayoh tolong isikan ketam untuk saya.. ikan terubuk... saya pun suka ikan terubuk... Ayoh sukakan lauk-pauk yang pelbagai. Cucu-cucu yang kena habiskan sebab kami yang nak makan macam-macam.. hahaha..satu pesanan Ayoh yang saya selalu ingat.. "nak makan tu kena tau banyak mana yang nak di makan.. jangan bazirkan makanan." Nak makan depan Ayoh kena pastikan pinggan licin.. kalau tak Ayoh akan tunggu sampai makanan habis di makan.. Ayohku yang garang.. hehe..

Sempena Ramadhan, kurma tidak dilupakan. Masih segar di ingatan.. arwah Mok selalu tunggu kurma dari saya.. Mok kata kurma yang saya belikan paling sedap di makan.. Seronok sangat makan kurma dengan  Mok..  Alhamdulillah.. Terima kasih Mok selalu menyediakan masakan yang sedap.. kadang-kadang walau hanya ikan kembung goreng dan kicap.. saya sangat berselera.. Tapai yang Mok buat.. perghh...terbaik... Rindunyaa...

Al-Fatihah...

No comments:

Post a Comment