Saturday 21 January 2012

Saya dan "Cell Phone.."


Disember 2010- ???
Tak pernah terfikir untuk bertukar kepada BlackBerry Bold 9700 kerana saya adalah pengguna setia produk NOKIA.. BBM sesama rakan-rakan dan penggunaan Internet 'paksa' saya berkenalan dengan BB.. Tapi NOKIA masih digunakan... :)
September 2010
Nokia X6.. Telefon 'Touch Screen' pertama saya.. warnanya special.. Purple! 16gb.. Dan.. buat pertama kalinya saya pergi beli sendiri..  Sebabnya abang saya tiada di rumah dan saya tak boleh tunggu abang saya balik.. hahaha. 


2006-Disember 2010
Masih boleh digunakan sehingga hari ini.. tapi dah bagi kat adik.. sayang sangat kat N70 ni..
2005-September 2010
NOKIA 6630..Tahan lasak. Tak pernah rosak. Masih boleh digunakan dan kini menjadi koleksi saya.

2004 
Telefon kamera & video pertama saya. Suka sangat buat rakaman video dengan NOKIA 6600.. mangsanya family saya laa..


2003
Nokia 8310.. "Butterfly"..Telefon yang 'cute'.. kecil & ringan.. Telefon ni tak lama sangat saya gunakan..
2002-2006
Hmmm.. ini adalah telefon pertama yang saya bayar tapi dibeli oleh abang saya. Saya tak pandai nak beli telefon.. tak reti tawar-menawar. Itu kata abang saya. huhuu.. Syok sangat guna telefon ni sebab boleh tukar macam2 warna.. boleh pakai sedondon dengan pakaian.. hahaha.. Selesa sangat gunakan NOKIA 3310.
2001
NOKIA 3210.. Abang saya juga yang berikan padahal saya dah pun bekerja.. hehe..

2000
Cell Phone pertama saya... NOKIA 5190.. Hadiah daripada abang setelah tamat belajar.. Sekarang pun masih ada dalam koleksi.. tapi dah tak boleh digunakan. 

No comments:

Post a Comment