Saturday 21 January 2012

Saya lihat Pelangi.... :)

Penghujung Safar 1433H.. penghujung Jan 2012.. masa berlalu dan tidak pernah menunggu. Setiap saat ada sahaja yang terjadi di dalam kehidupan. Datang dan pergi. Kematian dan kehidupan.. Semua telah dirancang olehNya.. Yang patah akan tumbuh.. Yang hilang akan berganti.. Yang pergi tidak akan kembali.

Petang kelmarin saya berpeluang melihat pelangi. Petang hari ini saya merenung melihat langit tetapi pelangi tidak muncul. Setiap yang berlaku telah ditetapkan olehNya. Saya seharusnya sentiasa menghargai dan menikmati setiap saat yang dianugerahkan olehNya sebelum ia hilang dari pandangan mata saya. Siapa tahu itu adalah pelangi terakhir yang akan saya lihat. Alhamdulillah.. saya bersyukur di atas segalanya..

Hahaha.. jangan sedih-sedih.. senyum.. selalu emosional. Bahagiakan diri sendiri dan mereka yang sentiasa ada di sisi. InsyaAllah beri bahagia akan dapat bahagia..

Terngiang di telinga Pelangi Petang nyanyian arwah Sudir..
"Engkau tiba bagaikan pelangi, tak bercahaya namun kau berseri tapi cukup menghiburkan hati ini.."

Saya juga berdoa agar kehadiran saya di dalam kehidupan kalian penuh berseri.. walaupun seketika.. Sesuatu yang indah untuk dikenang. Kalau ada yang tak indah tu.. maafkanlah ya, maklumlah kita kan manusia. Adakalanya kalian terluka kerana saya. Maafkan saya ya.. Hmm.. lumrah kehidupan: suka pasangannya duka.. gembira pasangannya sedih.. pahit pasangannya manis dan saya pasangannya awak.. hehe..

Apa yang nak saya luahkan sebenarnya... saya sangat bahagia kerana saya telah lalui pelbagai pahit manis kehidupan dan saya bersyukur kerana tiap satu darinya mengajar saya erti sebuah kehidupan. Alhamdulillah.. 

Semoga esok kita masih berpeluang melihat matahari dan pelbagai keindahan ciptaanNya untuk kita sama-sama nikmati dan syukuri. Syukur tidak terkira kerana dapat bernafas untuk saat ini. DIA sayangkan kita setiap masa.. DIA izinkan kita bernafas supaya kita ada peluang untuk hidup agar kita muhasabah dan berusaha untuk menjadi lebih baik berbanding hari semalam. InsyaAllah. 

TERIMA KASIH.

No comments:

Post a Comment