Saturday 5 November 2011

IBU BAPA

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


ALLAH SWT telah berfirman di dalam AL-QURAN:Maksudnya:"ALLAH melarang kamu daripada menyembah selain kepadanya, dan menyuruh supaya kamu berbuat baik kepada IBU BAPA. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya "AH" dan janganlah kamu membentak mereka tetapi ucapkan kepada mereka perkataan yang mulia". (Al-Isra':Ayat 23)

Rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku di waktu aku kecil". (Al-Isra:Ayat 24)

Daripada Anas bin Malik bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Sesiapa yang ingin dipanjangkan umur dan ditambah rezekinya maka hendaklah dia berbakti kepada IBU BAPAnya serta menyambungkan silaturrahim". (Riwayat Ahmad)

Dari Abu Usaid Malik bin Rabi'ah As Sa'idy ra berkata: Suatu ketika kami duduk di hadapan Rasululullah SAW kemudian tiba2 datang lah seorang laki-laki dari Bani Salimah dan bertanya: " Wahai Rasululullah, apakah masih ada kebaikan yang boleh saya kerjakan untuk berbakti kepada kedua ibu bapa saya setelah mereka meninggal dunia?" Beliau menjawab, "Ya, masih ada iaitu mensolatkan jenazahnya, memintakan ampun buat keduanya, melaksanakan janji-janjinya setelah keduanya meninggal dunia, menyambung tali persahabatan yang tidak boleh disambungnya kecuali dengan keduanya dan memuliakan sahabat kedua-duanya". (H R Abu Daud)

Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang membayar hutang ibu bapanya sesudah mereka meninggal dunia dan menunaikan nazar mereka dan tidak menyebabkan cela bagi mereka, maka dia ditulis sebagai orang yang berbakti walaupun dia adalah orang yang pernah menderhakai IBU BAPAnya". (Riwayat Ibnu Asakir)

Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang menziarahi kubur kedua-dua orang tuanya atau seorang daripada mereka pada setiap Jumaat, nescaya akan diampunkan dosa dan ditulis sebagai orang yang berbakti(kepada ibu-bapanya)".(Riwayat Tabrani)

No comments:

Post a Comment