Tuesday, 15 November 2011

Undang-Undang Buruh | Masa Kerja Dan Kerja Lebih Masa

Untuk memahami cara pengiraan kadar bagi kerja lebih masa, adalah perlu kita mengenalpasti beberapa perkara terlebih dahulu. Pertamanya: Apakah itu kerja lebih masa atau dalam bahasa Inggerisnya “over-time work”?

Kerja lebih masa adalah kerja yang dilakukan selepas tamat masa kerja biasa tetapi tidak termasuk kerja-kerja yang dilakukan pada masa hari cuti dan cuti umum. (work done in excess of the “normal hours of work”, However it does not include work done on Rest Days and Public Holidays) – M.N D’Cruz – A Handbook On Malaysian Labour Laws.

Jadi sebelum kita mengira kadar kerja lebih masa, kita perlu tahu dahulu, apakah masa kerja yang biasa (Normal Hours Of Work). Mana-mana kerja yang dibuat selepas tamatnya masa kerja yang biasa ini adalah dikira sebagai kerja lebih masa atau over-time (OT).

Masa Kerja Yang Biasa (Normal Hours Of Work)

Seksyen yang berkaitan dengan topik ini adalah 60A (1). Menurut seksyen ini perkerja tidak boleh:-
  • berkerja selama 5 jam berterusan tanpa  rehat sekurang-kurangnya 30 minit
  • bekerja lebih  dari 8 jam sehari
  • berkerja melebihi 10 jam sehari termasuk rehat (spread over period of 10 hours)
  • berkerja melebihi 48 jam dalam seminggu

Soalan:

Bagaimana jika majikan hanya memberikan rehat selama 15 minit sahaja?

Menurut proviso pada seksyen ini, rehat yang diberikan kurang dari 30 minit tidak dianggap sebagai rehat sebagaimana ynag dinyatakan dalam seksyen 60A(1)(a). Oleh itu, dianggap sebagai kesalahan kerana tidak mematuhi peruntukan yang mewajibkan pekerja tidak boleh berkerja selama 5 jam berterusan tanpa  rehat sekurang-kurangnya 30 minit.

Bagaimana jika pekerja bekerja mengikut shift dan perlukan perhatian berterusan selama 8 jam?

Majikan dibenarkan menyuruh pekerja membuat kerja berterusan selama 8 jam tanpa mengikuti seksyen 60A(1)(a) dalam situasi begini tetapi dengan syarat dalam tempoh 8 jam itu, pekerja mempunyai masa untuk makan dan rehat selama 40 minit dalam agreggat (rehat sekejap-sekejap selama 40 minit secara keseluruhannya).

Bagaimana jika pekerja bekerja tidak sampai 8 jam sehari? 7 jam misalnya?

Majikan boleh meminta pekerja selama sehingga 9 jam pada satu hari dalam seminggu.

Setelah kita memahami masa kerja yang biasa,  maka apa-apa kerja yang diminta oleh majikan kita selepas masa kerja biasa itu adalah dikira sebagai kerja lebih masa atau over-time (OT) dan perlu di bayar mengikut kadar yang berbeza. Namun, syarat ini cuma terpakai jika kita:-
  • ada terma dalam kontrak yang menyatakan sedemikian; atau jika tidak ada,
  • tergolong dalam golongan orang yang dilindungi di bawah Akta Pekerjaan 1955.
Kadar Gaji Setiap Jam (Hourly Rate Of Pay)

Bagi pengiraan kerja lebih masa, kita perlu tahu terlebih dahulu kadar gaji setiap jam (Hourly Rate Of Pay). Ini kerana OT kita di bayar pada jam-jam yang kita buat selepas tamat masa kerja biasa. Lihat ilustrasi di bawah ini:

A masuk kerja pada pukul 8 pagi dan tamat kerja pada pukul 5 petang. A diberi rehat selama sejam antara pukul 12 tengahari hingga 1 petang. Tempoh masa kerja A (tolak masa rehat) adalah 8 jam. Jika A diminta untuk menyiapkan kerja sehingga pukul 7 malam, maka 2 jam yang digunakan itu perlu dibayar mengikut kadar kerja lebih masa (OT rate).

Seksyen 60I (1) (b) – maksud kadar gaji sejam (Hourly Rate of Pay):
Kadar gaji sehari dibahagikan dengan berapa jam masa biasa bekerja.


Kadar Gaji Sehari (Ordinary Rate Of Pay)

Untuk kadar gaji sehari (ORP), seksyen yang berkaitan adalah Seksyen 60 I (1) (a) dan 60 I (1B), (1C):


Untuk mereka yang menerima gaji hari (daily-rated employees):

Kiraan perlu dibuat kepada gaji yang diterima oleh mereka dalam tempoh gaji sebelumnya (wage period), i.e samada secara bulanan atau mingguan dsb.  Ia juga tidak termasuk bagi insentif yang diterima bagi kerja lebih masa atau kerja diwaktu cuti atau cuti umum.

Jumlah gaji ini kemudianya dibahagikan pula dengan jumlah sebenar hari mereka bekerja pada tempoh gaji tersebut.

Note: Confusing? Berdasarkan kiraan di atas, anda boleh katakan kiraan di atas akan membawa kembali ke kadar gaji harian pekerja semua bukan? Jadi, buat kita perlu buat kiraan?

Betul juga, tetapi anda harus ingat, mereka yang bergaji hari, setiap jam mereka berkerja akan dikira. Bagaimana jika mereka berkerja setengah hari sahaja selama beberapa hari. Adakah kiraan anda menjadi berbeza?

Masa Untuk Buat Kiraan:

Sekarang anda sudah ada formula bagi mengira ORP dan Hourly Rate Of Pay. Oleh itu, anda sudah boleh mengira kadar OT bagi pekerja-pekerja anda. Ambil perhatian bahawa bagi tujuan pengiraan OT dan mana-mana kiraan di bawah Bahagian X dan XI pada Akta Pekerjaan, maksud gaji adalah seperti yang didefinasikan di bawah Seksyen 2 Akta ini:

Maksud Gaji Di Bawah Akta Pekerjaan 1955:

Gaji pokok dan lain-lain pembayaran tunai kepada pekerja bagi kerja-kerja yang dilakukan mengikut kontrak pekerjaannya (kerja yang tidak berkaitan dengan kontrak kerja tidak termasuk dalam definasi gaji. Rujuk: Lee Fatt Seng v Harper Gilfillan Sdn Bhd [1988] 1 CLJ 270; [1988] 1 CLJ (Rep) 156 Wan Hamzah SCJ)  tetapi tidak termasuk:-
  • nilai pada mana-mana faedah seperti perumahan, makanan, minyak, eletrik, air, perubatan dsb.
  • mana-mana sumbangan  yang dibayar oleh majikan untuk kebajikan pekerja seperti tabung pencen, simpanan pekerja, skim persaraan dll.
  • elaun perjalanan dan nilai konsesi perjalanan
  • pembayaran kepada pekerja bagi perbelanjaan khas seperti entertainment allowances dsb.
  • gratuiti atau bayaran bagi penamatan perkidmatan atau pencen.
  • bayaran bonus tahunan atau mana-mana bahagian pada bonus tahunan.

Kiraan Kerja Lebih Masa (Rate Of Payment For Overtime Work
Kredit : 
http://dululainsekaranglain.com/undang-undang/undang-undang-buruh-masa-kerja-dan-kerja-lebih-masa

6 comments:

  1. salam,saya berkerja d sektor swasta sebagai pekerja tetap.baru2 ni saya ada buat kerja lebih masa,iaitu waktu kerja saya 8 pg-5ptng,selepas itu saya di arah kan ot hingga pukul 4pg,bermakna kerja lebih masa saya sbnyak 19 jam,tetapi syarikat hnya bayar pada kadar 1.5...blh kah saya mengambil tindakan undang2 keatas syarikat,harap tlng beri tunjuk ajar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. OT saudara bermula jam 5.01ptg hingga 4pagi hanya 11 jam.....sepanjang masa tu ada rehat x?? semua tu akan di ambil kira jugak....jika ada rehat, bermakna waktu kerja hanya 10 jam....8 jam akan di kira x1.5 dan baki 2jam akan dikira x2.....biasanya kat pejabat sy kira mcm tu le

      Delete
  2. Bagaimana dgn sy waktu bekerja dari jam 6.30 pg hingga 5.30 ptg 2jm rehat 1.30 - 3.30 brapa jam masa sy bekerja dikira o.t

    ReplyDelete
  3. Bagaimana pulak majikan yg tidak mahu membayar O.t pd hari cuti rehat dan umum.Majikan hya mberi stengah hari cuti shja bagi mgantikan o.t saya.blh tlg jawab

    ReplyDelete
  4. Bagaimana pula sekiranya majikan saya tidak mahu membayar overtime pada hari biasa ( jam 5pm-7pm )

    ReplyDelete
  5. Bagaimana pula sekiranya majikan saya tidak mahu membayar overtime pada hari biasa ( jam 5pm-7pm )

    ReplyDelete